Friday, December 14, 2007

~Jom Beli Tudung!!~


"Aku tak dapat hidayah lagi.....". Macam pernah je dengar ayat gini kan??? siapa yang selalu guna ayat yang sedap nie...hehe...

Kenapa Wanita Islam Di Wajibkan Menutup Aurat????

“Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih di kenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu”

[al-Ahzab : 59]

Aurat Wajib Jaga. So, ada beberapa tips untuk beli tudung. Kepada penggemar tudung

bawal ke, or tudung yang nipis sikit(trend), so dekat sini ada tips menutup aurat. Di bawah nie adalah langkah langkah awal yang perlu di ambil sebelum akad jual beli tudung berlaku :

Tudung Nipis :

1)Cari tudung bidang 45,50 @ 60.


2) Cari tudung yang berbunga2 banyak.(p/s : jangan warna kosong, nanti nampak leher anda. Tak come le nampak leher. Nanti orang tahu leher kita panjang mana. Hehe..=))

3) pakailah dengan gaya melebihkan tudung ke paras dada(mengikut syariat)


Tudung tebal :

1) Tudung tebal senang ckit. Warna kosong pun boleh.

2) Bidang 45, 50 @ 60


Larangan :

Bagi penggemar tudung labuh, anda di larang atau dengan ayat sopannya di nasihatkan supaya berhati2 dengan kejarangan tudung anda. Di pasaran ada banyak tudung empat segi yang labuh tetapi jarang. So, langkah yang bijak adalah jangan beli tudung macam tu..!. Cari alternative lain, kerana anda lebih memahami bab tudung2 ni.


Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

(",)Wa atamanni hazihi ukhuwah 'ala ridhwanihi..