Saturday, February 26, 2011

♥♥ Majlis Silaturrahim Pondok Se-Malaysia & Maulidul Rasul 1432 H (ATURCARA TERKINI) ♥♥

بســــم الله الرحمن الرحيم

^_^ Assalamualaikum w.b.t
Di bawah ini, dibawakan Majlis yang akan berlansung si Kuala Terengganu. EnsyaAllah, kita doakan semua yang berada di sekitar ini, bisa menghadirkan diri bagi memperoleh ilmu yang bermanfaat dan bisa menyucikan hati kita..EnsyaAllah. Iya, moga2 dengan kehadiran mahupun niat untuk kita kesana, mampu membikin Sang Nabi s.a.w tersenyum dan Berbahagia..ameen..

Disini hamba sertakan Posternya dibawah.
Jemput lihat & Klik Imej bagi melihat Aturcaranya..^_^




Semoga Allah s.w.t memudahkan kita semua dalam menghadiri majlis2 yang bisa meningkatkan rasa mahabbah kepada Baginda Nabi s.a.w..


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


Friday, February 25, 2011

Majlis Ilmu Bersama.... ^_^

بســــم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t

Moga hari anda sekalian di Bahagiakan oleh Allah s.w.t. Sholawat serta salam buat junjungan mulia Sayyidina Muhammad Rasulullah s.a.w, Keluarga Baginda s.a.w serta para Sahabat Baginda s.a.w..

Ilaa hadhratin Nabiyyi Muhammad al-Mushthofaa Rasulullah s.a.w, wa ilaa aalihii washohbihii ajma'iin.. al-Fatihah



Jadual terbaru Ustazah Alina Almunawar (semarang, Indonesia):

26.2.2011, Sabtu:
Kediaman Puan Zarina
No 35, Jln Bdr Utama 1/1, Bandar Utama
(2.30 PM)

27.2.2011, Ahad:
Baitul Faliq,
No 108, Pinggir Za’aba, Tmn Tun Dr Ismail
(10 AM)

Masjid Muaz Bin Jabal, Taman Setiawangsa
(3PM)

28.2.2011, Isnin:
Masjid Al Falah USJ
(9 AM)


p/s: Ayuh kita lapangkan waktu untuk kesana.. ^_^

Saturday, February 12, 2011

12 Rabiul Awal [KeLembutan Kasih Sang Nabi s.a.w]

بســــم الله الرحمن الرحيم

Ya Robbi...
Air mataku..

Jatuh berlinangan..
Merindukan seseorang..
Yang menjadi Nabi Akhir Zaman..

Baginda Nabi s.a.w tulus dalam perjuangan..
Mukjizatnya Sang Nabi s.a.w pada sekelian manusia..
Mencukupkan minuman,
Mencukupkan makanan,
Memberi kasih sayang..

Mengimpikan umatnya..

Mencintai Tuhan..


Kelahiran Baginda s.a.w..
Sungguhnya indah penuh keAjaiban..
Lahirnya..
Sujud kepada Tuhan..
tidak seperti insan lain..
Sangatlah tampan, indah di pandangan Tuhan dan manusia..

Begitulah..
Bebeza Sang Nabi s.a.w..
Jika dibandingan dengan sekelian manusia..
Kelembutannya sehingga membuatkan kanak-kanak bahagia..

Wahai umat Rasulullah s.a.w..
Ayuhlah merindu & menyambutnya..
Jika cinta buktikanlah..
Pintalah pada Tuhan..
Debarkan hati mu..
Agar rasa-rasa itu...
Membuatkan kita rindu padanya Sang Nabi s.a.w..

Ameen..

Tuesday, February 8, 2011

12 Rabiul Awwal [Saat Kecintaan Sejati Sang Nabi s.a.w]


بســــم الله الرحمن الرحيم

Tuhan ku..
Ku hulurkan Salam buat Baginda Nabi s.a.w..
Salam dan rinduku buat Insan TerAgung yang Engkau Cintai..
Salam penuh pengharapan pada Baginda s.a.w
Ku hulurkan lagi Salam cinta ku padanya..
Salam tulus dari umat yang berdosa..

Ya Rasulullah, Ya Habiballah, Ya Nabiyyallah..
KeGembiraan diwajah mu Ya Rasulullah,
slalu menjadi pengharapan ku padaNya Ilahi..
KeBahgiaan di hati mu Ya Habiballah,
slalu menjadi dambaan ku di setiap jalan hariku..
Saat terukirnya Senyuman mu Ya Nabiyyallah,
itulah detik yang membahagiakan..
Tiada yang lebih membahagiakan selain melihat diri mu Ya Rasulullah,
Gembira, Bahagia dan Tersenyum..

Ya Rasulullah, Ya Habiballah, Ya Nabiyyallah..
Tangisan mu Ya Rasulullah itulah yang tidak sanggup ku lihat..
Remuklah hatiku saat melihat Titisan air matamu Ya Habiballah,
Hancurlah seluruh jasad ini saat aku mendapati engkau kecewa dengan diriku,.. Ya Nabiyyallah,

Tuhan ku..
Saat aku menangis, aku bimbang Kekasih Mu bersedih melihat umatnya yang kecewa..
Saat aku berduka, aku bimbang Sang Nabi menitiskan air mata melihat diriku terhina..
Saat aku mengharap pada-Mu Tuhan, aku selalu merasakan Kekasih Mu juga turut menadah tangan mengharap pada-Mu..
Saat aku bersujud, mengharapkan Baginda s.a.w memohon bagiku moga terampun dosa,
aku merasa sejuknya Kasih dan Rindunya Sang Nabi pada umatnya..

Tuhan ku..
Saat bilakah telah aku lukakan hati Sang Nabi s.a.w..?
Saat bilakah telah aku telah membuat Baginda s.a.w menangis..?

Tuhan ku..
Ampunkanlah aku ketika saat ku membuat mata Sang Nabi menangis,
membuat Hati Sang Nabi kecewa..
Kerana aku sangat tidak sanggup atas dosa-dosa ku ini
yang menghiris-hiris perasaan Baginda s.a.w..
Taubatkanlah aku, dan angkatlah doa ku ini Ya Allah
dengan berkat Sayyidina Muhammad Rasulullah s.a.w,
Kekasih Mu..
Tolonglah Ya Allah..
Mataku buta untuk melihat Baginda terseyum redho pada ku..
Maka, aku berharap pada Mu..
di saat dosa ku terampun dan doa ku terangkat,
maka Baginda s.a.w tersenyum melihat ku..
dan syaitan kecewa dengan segenap usahanya..

Ya Allah..
Kegembiraan Sang Nabi sudah cukup menitiskan air mata syukur ku ini..
..ameen Ya Allah..