Sunday, March 23, 2008

K U S E S A L I

Ya Allah,

Inilah hambaMu,

Yang meratap mengharap percikan cintaMu,

Engkau tahu,

Bertapa jelaga nista terus memburu,

Dosa dan dosa dan dosa,

melagukan sonata hawa nafsu,

Kelu lidahku untuk mengaku di hadapanMu,

Malu jiwaku untuk menatapMu,

Ya Allah,

Dalam gundah penuh ragu aku menghampiriMu,

Menatap diriku sendiri yang selalu berpaling,

sesekali dosa-dosa ku sesali,

Tetapi berjuta kali ku ulangi,

Betapa harus ku mengadapMu,

Sedang seluruh syaraf batinku,

Hanyalah kisah kepalsuan..

Wednesday, March 19, 2008

A d i k K u A s r a r

Asrar : Salam. akak..asrar seronok sangat belajar hari nie...Ade ke budak-budak tu present cakap kerajaan kita sama dengan Andalusia..Asrar teringat akak cite tentang dasar negara hari tu, antara perlembagaan dan uluhiyyah..apelagi kuar la hujah, panas betul...bile dah faham Islam, kite rase sangat nak tegakkan Islam tu, kan akak?
Catatan : Mesej nie dari adikku yang comel. "Bagus adik, teruskan usaha untuk faham Islam. semoga adik Istiqomah ye sayang..."
p/s : So, kita bertangungjawab untuk memahami hakikat Islam itu sendiri. baru dapat menilai.

M u t i a r a H a t i

"Dalam kita melangkah terkadang di uji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk..
dan menangis..
peritnya terasa..
tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri..
kerana mungkin air mata ketika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman..
yang kian terkoyak lantaran tersasar dari ke ikhlasan..
semoga kita tabah dan di tetapkan iman.."
~Nukilan Rasa~

Tuesday, March 11, 2008

~ T A Z K I R A H : K A U K E K A S I H K U ~


“Afirah, Khirul sayang dan rindu dekat Afirah selalu. Kalau Afirah sayang dekat Khirul
, nak tak kita………….”
Bicara seorang lelaki dalam lingkungan 20-an sambil merangkul tangan kekasihnya.


“ Khirul, tak boleh buat macam ni! Berdosa sangat Afirah rasa…..kita bukan suami isteri. Mana boleh bersama-sama lagi macam ni....” Afirah membalas dalam nada menolak ajakkan Khirul sambil matanya menunduk kebawah.


”Tak ape Afirah. Khirul janji, janji betul-betul ni, lepas ni khirul akan kahwin dengan Afirah ye...” Bersinar-sinar mata Khirul memberi harapan palsu kepada Afirah.


Akhirnya, sepasang kekasih ini terus bersama, larut dan alpa dalam gelojak dan gelora jiwa yang membara tanpa menghiraukan hukum azab siksa Allah yang bakal di timpakan kepada mereka berdua nanti. Azab neraka pada ketika itu umpama ’syurga cinta’. Api yang panas umpama salji yang sejuk. Dunia milik berdua. Tiada siapa yang nampak. Inilah hakikat insan atau manusia yang alpa dan lupa pada hari ini. Nilai cinta di tempatkan jauh ke lembah maksiat, umpama cinta haiwan yang tidak punya akal fikiran. Manusia kufur pada nikmat akal untuk membezakan antara halal dan haram!

Allah telah befirman dalam surah ’Ali Imran ayat 110 yang bermaksud :
”Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang di lahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan berman kepada Allah..”

Kitalah umat yang terbaik yang telah di ciptakan Allah. Sedihnya, kenapa kita tidak pernah mempersembahkan nilai akhlak yang mulia kepada Allah. Beginikah cara untuk kita tunjukkan rasa sykur kita kepadaNya? Ya Allah....”Rabbirfirli ya Allah....Rabbirfirli Ya Rahman....Rabbirfirli Ya Rahim...”. Mungkin kita terlupa...

”Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh paling baik untuk menjadi ikutan kamu”
[al-Ahzab : 21]

Begitulah hakikat Rasulullah diutuskan. Mengapa kita tidak pernah menjadikan Rasulullah sebagai Qudwah Hasanah? Mengapa nilai akhlak dan moral barat kita ambil? Kenapa? Kenapa? Tidak cukupkah nilai akhlak yang ada pada Rasulullah?

Andai kata Rasulullah ada di hadapan kita, sudah tentu baginda sedih dan menitiskan air mata melihat umatnya yang lelah kalah pada nafsu pada hari ini. Andai kata Saidina Umar al-Khattab masih hidup, sudah tentu di hunuskan pedangnya untuk menikam sesiapa sahaja yang tidak menghargai Rasulullah s.a.w.


Bila di tanya tentang akhlak Rasulullah, tiada seorang sahabat pun yang mampu menceritakannya. Sebak menusuk sukma, bila terkenangkan akhlak Rasulullah. Rasulullah sesungguhnya amat cinta pada Ilahi, penyayang, kasih pada isteri, sahabat, kaum keluarga dan khususnya umat manusia.


Sehingga sampai satu ketika Ali telah ditanya oleh seorang Arab Badui mengenai akhlak Rasulullah, Ali dengan linangan air mata berkata: ”Ceritakan kepada ku mengenai keindahan dunia ini.”
Arab Badui itu menjawab : ”Bagaimana mungkin aku dapat menceritakan keindahan dunia ini..”
Ali menjawab : ”Engkau tidak sanggup menceritakan keindahan dunia padahal Allah s.w.t berfirman bahawa sungguh dunia ini kecil dan hanyalah senda gurau belaka. Bagaimana aku dapat melukiskan akhlak nabi sedangkan Allah berfirman :

”Sesungguhnya Muhammad memiliki budi pekerti yang Agung”
[al-Qalam : 4]

”Ummati...ummati...ummati...” itulah kalimah yang telah menghancurkan leburkan hati setiap umat yang bisa memaksa air mata setiap insan mengalir deras. Cintanya Rasulullah pada kita sehingga ke saat wafatnya..Ya Rasulullah....


”Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira’

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahduIringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya RasulullahKau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnyaKami merinduimu..”


Begitulah, ketika Rasulullah s.a.w wafat, kota Madinah dipenuhi dengan tangisan umat Islam. Ada diantaranya tidak percaya yang Rasulullah telah meninggalkan mereka.

Jika kita merenung dan menyingkapi semula setiap pengorbanan yang Rasulullah lakukan kepada kita, bermula dari Rasulullah diangkat menjadi Rasul sehingga wafatnya, maka sudah pasti kita sedikit pun tidak akan melakukan perkara yang mengguris hati Baginda. Kita pada hari ini tidak mahu memahami, menghayati dan menyintai nilai akhlak yang ada pada Rasulullah. Menerima akhlak Rasulullah umpama membaca buku. Setelah habis di baca, kita akan menutup buku tersebut dan menyimpanya jauh di sudut rak sehingga berdebu. Mungkin nilai akhlak di dalam buku itu kita ambil seketika kita masih ingat. Namun, bila telah lama berlalu, kita pun lupa nilai akhlak yang ada dala cerita itu, lalu kita pun kembali kepada nilai akhlak dan moral yang buruk. Perkara yang sama kita telah lakukan kepada Rasulullah s.a.w. Tidak zalimkah kita melakukan perkara sedemikian kepada kekasih Allah? Perjuangannya kita kenang dan peribadinya kita sanjung hanya pada ketika 12 Rabiulawal sahaja. Sedangkan cinta Rasulullah pada kita, umatnya tidak pernah mengira batas hari dan waktu. Ayuhlah sahabat, kawan-kawan sekelian. Ayuhlah kita kembali menyintai Rasulullah setulusnya, seikhlasnya, secintanya. Moga, bila tiba masanya kita kembali berkumpul di padang Mahsar, Rasulullah s.a.w bisa tersenyum melihat umatnya yang benar mengambil dan menggunakan harta peninggalannya iaitu al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dan rujukkan untuk kita mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w.


~Sempena sambutan Maullidur rasul yang bakal kita sambut pada 20 Mac 2008 bersamaan 12 Rabiulawal dengan waktu yang tersisa ini, apa kata kita mengambil peluang untuk mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w~

~Wallahu'alam~

Catatan : InsyaAllah, penulisan ini bakal keluar dalam salah satu Risalah di Universiti..Nantikan..

~ T E R I M A K A S I H G U R U ~


“..Menginfakkan harta kejalan Allah adalah perniagaan yang pasti menguntungkan dan tidak akan rugi untuk selamanya..”

Hermm..tetiba aku rasa sedih bila teringatkan amanat Guru aku nie. Betul kata dia. Aku tak kan lupa. Terima kasih Guru!. Actually, aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat Guru aku. Dia banyak mengajar aku. Menjadi anak muridnya adalah perkara paling berharga. Mendapat ilmu dan tarbiyyah. Aku bersyukur. Semoga Guruku senantiasa di Rohmati..


”Guru...
Terima kasih atas ilmu yang kau ajarkan..
Kami tidak akan lupa setiap masa yang kau luangkan buat kami...
Setiap ilmu mu pasti kami amalkan..
Moga berkatnya berterusan sehingga kita di kembalikan..
Semoga Allah sahaja bisa membalas jasamu..
Ameen ya Robb..”