Sunday, December 16, 2007

Tazkirah : Cubalah Faham Masalah Aku!!!! : Eh Marah ke??


Herm…aSsaLamualAikuM…selamat sejahtera…dan sebagainya lagi…time melepaskan geram..he…ape khabar sahabat semua??. Moga iman bertambah dengan bertambahnya amalan yang soleh.
”Sahabat yang perihatin”. Bagus ada sahabat yang macam ni. Sebenarnya bila seorang berhadapan dengan masalah dia di ibaratkan seperti pesakit yang penyakitnya kronik giler!! dan sahabat yang ingin menasihatinya adalah ibarat seperti Doktor pakar. Tapi untuk sahabat yang perihatin, disini ada beberapa tips untuk menjadi sahabat yang perihatin, berkualiti, berhikmah dan di sayangi. Saya pun boleh di ketogori kan sebagai sahabat perihatin juga(ceh, perasan...). Tapi saya pun kena ingat dan hafal serta amalkan tips2 ni. Sila baca tips di bawah :

Sekiranya anda perasan yang sahabat anda ada masalah, ape yang boleh anda buat dengan cara yang agak berhikmah agar tidak menyakitinya :
1) Cuba perhatikan tindak tanduknya.
2) Jangan melulu tanya. Contohnya : ”Ada masalah ke?”. Ini adalah kerana, kadang2 sahabat kita tak suka kita tanya macam 2 sebab dia memang nak uzlah kejap. Bagi dia kalau dia nak bagitahu atau cerita masalah 2 dia akan cerita. So tak perlu tanya. Dia tak kan cerita juga.
p/s : If sahabat kita memang jenis selamba dan suka cerita masalah, so tak per la tanya melulu macam tu. Tapi kalau sahabat kita tak suka ditanya melulu, tapi kita tanya juga, maknanya kita memang tak kenal sahabat kita lagi..so ta’aruf balik..padan muka..hehe..
3) Hari ke3 atau ke 4 baru tanya masalah sahabat kita.

Kalau ada masalah, nak luah dekat siapa??. Ni ada tips sikit :
1) Cari orang yang paling sesuai untuk luahkan masalah. Paling sesuai maksudnya kalau boleh, beliau mesti ada pengalaman untuk masalah yang sejenis macam kita.

2) Saya suggestkan, carilah orang yang berilmu agama sikit untuk cerita masalah dan minta pendapat dia. Dah le kita ni orang yang biasa2 je. Kalau minta pendapat orang biasa gak, alamatya masalah kita tak settle gak. Nak minta pendapat kena rujuk, paling kurang ustazah atau ustaz. Mereka lebih berilmu dan berpengalaman.

Kenapa????
~ Ini kerana untuk mengelakkan kita lebih tension! menghadapi masalah sekiranya kita cerita dekat orang yang tak da pengalaman. Orang yang tak da pengalaman, biasanya akan cakap ikut teori dan ilmu dia saja. Jadi tak sesuai. Pengalaman adalah guru terbaik untuk kita. Ingat!.

~ Orang yang tak da pengalaman ni tak kan faham masalah kita. Dia akan lebih memerhatikan kita. Setiap pergerakkan kita dia akan intip. Ha lagi bahaya. Kita boleh tension kalau gitu. Lama2 bleh masuk wad gila...haha...

~ Sebenarnya yang ada ilmu pun bagus gak, cuma kurang berkesan lah nasihat dia dekat kita.

Dalam masa kita mencari asbab untuk menenangkan hati, kita kenalah senantiasa berdoa kepada Allah agar di permudahkan kekusutan yang melanda diri. Antaranya solat taubat dan bacaan al-Quran.


Ada tips sikit lagi :

~ Kalau hati anda rasa tak tenang, cuba ambil al-Quran. Niatkan betul2 moga Allah beri petunjuk melalui Firmannya. Then kita terus buka al-Qurann tu without pilih2 helaian yang kita nak baca. insyaAllah,sekiranyan diizinkan Allah, Dia yang Maha Pengasih akan beri petunjuk pada kita..Percayalah. ini semua akan berlau dengan kuasa Allah....

Ok. Selamat Mencuba. Kepada semua yang bergelar SAHABAT, saya doakan kalian success dalam menjadi cermin kepada sahabat anda. Ingatan buat diri juga...ameen Ya Robbal ’alamin.

Catatan :

~Bab Doktor dan pesakit ni, nanti aku sambung balik ceritanya. Memang best(perasan), aku rasalah. Tapi tak tahu pula pendapat anda macam mana. InsyaAllah aku sambung kalau sempat. Kalau tak sempat, pandai pandailah fikir ye...=)

~8.00 malam, Lepas Maghrib aku dapat idea ni. Nie sekadar cadangan kalau rasa bermanfaat, so cubalah…

Tazkirah : Ideologi Berbentuk Agama : Bahai

Pengasas: Mirza Ali Muhammad

~Dilahirkan di Sirazi

~Dakwa sebagai `al Bab’- pintu yang menghubungkan manusia dengan iman yang lenyap dan akan keluar di akhir zaman
~Dikenali sebagai Babiyyah
~Dakwa sebagai Imam Mahdi dan Khalifah dpd. Nabi Musa, Isa & Muhammad

~Gabungkan ajaran Yahudi, nasrani dan Islam, bina agama baru.
~1853- ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh
~Diteruskan oleh pengikutnya
~Mirza Hussin Ali Bahullah perbaiki ajaran agama dan ubah kepada Bahaiyyah
~Gabung agama Sabain, Hindu, Budha dan lainnya.
~Fahaman serba Tuhan

Antara Bentu Ajaran :
~Menghapuskan permusuhan antara penganut agama (Agama International).
~Mengharamkan penggunaan senjata untuk jihad. Yang ada hanya jihad lisan.

~Muhamad bukan nabi terakhir.
~Solat jamaah hanya ada pada s. jenazah
~Percaya jelmaan tuhan.
~Akhirat hanya takwilan-syurga neraka tiada.



Catatan : Sekiranya ada terdapat percanggahan, minta maklumkan kepada saya dengan kadar yang segera untuk mengelakkan salah faham.

Terima Kasih..=)



Friday, December 14, 2007

Tazkirah : Rumah A Rumah B : Ape Benda Nie??


Hari ni, 14hb 12 2007, aku hidup macam biasa, seperti biasa dan macam orang biasa. Semalam, hidup agak berbeza. aku harap tak jadi macam semalam. Sedih...sedih...hari ni lebih baik dari semalam. Sekarang aku tengah menulis sambil dengar lagu Harapan Tidak Buta yang di nyanyikan oleh Alarmme..(wahhaha...kejiwangan melanda..keke..)..Alarmme. Ingatkan aku Allah. Aku ni cepat terlalai. Pagi tadi aku buat sarapan untuk housemate aku. Maggie goreng. Kire okey gak le rasanya. Tapi pedas sikit kot. Herm...kejap lagi ingat nak g solat Dhuha jap. Ye lah. Amalan wajib belum tentu di terima Allah, so amalan sunat ni kenalah banyak. Tul tak?? Hari nie macam hari yang complicated untuk aku. Entahlah…aku dapat rasa. My instinct said like that..

Nak kongsi dengan sahabat2 sikit (ceh skema pula). Bab hijrah atau dalam bahasa lainnya, berubah jadi yang lebih baik. Kalau bagi 1 hari pun tak habis aku nak cerita..he…

Kita ni ibarat rumah. Cuba sahabat2 bayangkan ada dua buah rumah. Rumah A dan Rumah B. Rumah A dan Rumah B duduk di dalam hutan. Kedua dua rumah adalah rumah usang. Tapi bayangkan. Pemilik Rumah A tak renovate pun rumah dia. Dia biarkan usang sampai bila2. so agak2 sahabat2, siapalah yang akan diami rumah tu atau siapa yang akan berkunjung rumah tu??? Jawapannya, mestilah orang jahat, penagih dadah dan benda2 jahat. Betul tak?? So macam kita le. Kalau akhlak, pakaian dan ape2 yang dekat luar, maksudnya fizikal kita, kita tak berubah, means, pakai pakaian yang x menutup aurat dan miliki akhlak yang tak baik, so siapa yang nak kawan ngan kita. Mestilah orang yang biasa2 je. Orang sosial dan sebagainya.

If anda nak di dampingi oleh orang yang soleh dan solehah. So tengok macam mana pemilik Rumah B menghias rumahnya. Pemilik rumah B renovate rumah yang usang tadi jadi banglo yang indah. Letak pula cat yang paling kalis hujan dan ribut..dan panas...he(melampau pula.he). ada pula kolam renang, pagar yang di buat dari besi (besar giler) siap gate besar(mak engkau!) lagi, ada pokok bunga dan landscape, taman permainan dan macam2 lagi. So, agak2 siapa nak berkunjung rumah yang secantik gini?? Hehe...fikir2...mesti anda semua kata, orang jahat pun nak masuk rumah gini gak. Yer la..kaya raya habis pemilik rumah nie. Tapi jaga jaga. Pemilik rumah nie lebih bijak dari apa yang anda sangka...jeng jen jeng.... Hehe...dia ada letak invisible sekuriti( means iman yang kukuh la) .haha..:) padan muka penjahat. Meh la masuk. Lalu je boleh le. Nak masuk dalam tak leh...tak leh...

Sambung balik. Tadi traffic light jap...jawapannya mestilah orang baik baik. Paling kurang orang kaya raya, dermawan dermawan, bangsawan bangsawan, hartawan hartawan...hehe...but the most important is......datangnya orang yang soleh solehah membawa ilmu yang banyak untuk di manfaatkan di rumah yang indah tu. So samalah juga dengan diri kita. Bila dah pakai pakaian yang menutup aurat dan ada akhlak yang baik, barulah orang yang baik2 nak dampingi kita. Yang paling penting orang yang soleh solehah. Ni tak, kita selalu kata “aku tak dapat hidayah lagi”...ye ke tak dapat hidayah. Meh sini orang yang tak dapat hidayah. Saya nak bagitahu. Bersyukurlah anda kerana masih dalam Islam. Bila anda cakap “aku tak dapat hidayah..”, sebenarnya insyaAllah, pada masa tu anda dah dapat hidayah, thats why anda rasa cam tu. Masa tu anda tahu yang menutup aurat tu wajib. Pakai tudung tu mesti. Ha...amacam..betul tak. Sebab tu lah ayat ”aku tak dapat hidayah lagi” keluar atau keluar dengan tidak sengaja dari mulut anda.

Kembali kepada cerita rumah. Jadi, bila Rumah B dah cantik dari segi fizikalnya(luaran. If manusia, dah menutup aurat), dan kemudian pemilik rumah nie rasa nak renovate yang dalam pula. So dia pun letaklah beberapa ruang dalam rumahnya. Ruang tamu, memasak, ruang solat, runag buku dan sebagainya. Then dia pun ajaklah tetamu yang soleh solehah, kaya raya tu masuk. Then dia pun buatle majlis sikit. Di rumah tu setiap hari bergema bacaan ayat al-Quran, solat jemaah dan sebagainya lagi...wah bahagianya....islamiknye. macam tu lah juga kita. Bila fizikal dah settle, so kita pula kawan dengan orang yang baik2. tiap2 hari, sahabat kita yang baik mesti selalu ingatkan kita tentang Allah. InsyaAllah...kita mesti dekat ngan Allah. Sebabnya, dah kawan dengan orang baik2, mesti dapat tempias imannya. Betul tak?? ”Sahabat yang baik adalah cermin kepada sahabatnya”. Tiap2 hari, kita mesti baca al-Quran(memang dasyat lah), paling kurang pun 4 kali seminggu. Solat penuh. Menderma, berakhlak baik dan sebagainya. Indahnya dapat jadi orang yang macam tu.

Sekarang ni yang paling penting adalah...................APA YANG ANDA AKAN BUAT SETELAH BACA BENDA NIE????

Saya suggestkan, BERUBAHLAH KEARAH KEBAIKAN. HIJRAH YA SAHABAT....

Firman Allah :

”wa man yattaqillaha yaj’al lahu makhraja..”

maksudnya : ”dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Dia akan menjadikan untuknya jalan keluar”

Danke, auf wiedersehen : Terima kasih sampai bartemu lagi..

Wassalam

~Jom Beli Tudung!!~


"Aku tak dapat hidayah lagi.....". Macam pernah je dengar ayat gini kan??? siapa yang selalu guna ayat yang sedap nie...hehe...

Kenapa Wanita Islam Di Wajibkan Menutup Aurat????

“Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih di kenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu”

[al-Ahzab : 59]

Aurat Wajib Jaga. So, ada beberapa tips untuk beli tudung. Kepada penggemar tudung

bawal ke, or tudung yang nipis sikit(trend), so dekat sini ada tips menutup aurat. Di bawah nie adalah langkah langkah awal yang perlu di ambil sebelum akad jual beli tudung berlaku :

Tudung Nipis :

1)Cari tudung bidang 45,50 @ 60.


2) Cari tudung yang berbunga2 banyak.(p/s : jangan warna kosong, nanti nampak leher anda. Tak come le nampak leher. Nanti orang tahu leher kita panjang mana. Hehe..=))

3) pakailah dengan gaya melebihkan tudung ke paras dada(mengikut syariat)


Tudung tebal :

1) Tudung tebal senang ckit. Warna kosong pun boleh.

2) Bidang 45, 50 @ 60


Larangan :

Bagi penggemar tudung labuh, anda di larang atau dengan ayat sopannya di nasihatkan supaya berhati2 dengan kejarangan tudung anda. Di pasaran ada banyak tudung empat segi yang labuh tetapi jarang. So, langkah yang bijak adalah jangan beli tudung macam tu..!. Cari alternative lain, kerana anda lebih memahami bab tudung2 ni.


Selamat mencuba!!

Thursday, December 13, 2007

~Monolog Sepi~


Iman : Assalamualaikum Hati...!
Hati: Walaikumusalam Iman...(tunduk sedih)
Iman : Kenapa hati nampak sedih? (sambil menyentuh iman)
Hati :Hati...hati..(menangis)
Iman : Ceritalah pada iman...
Hati : Hati tahu Hati tak berdaya untuk menahan rasa ini...(menangis). Tuan hati menangis. Hati tak tahan tengok dan rasa sedihnya. Tuan hati kecewa. Terluka. Menangis. Apa Hati boleh buat.
Iman : Hati...Izinkan iman bertemu Tuan Hati...Tuan Hati mungkin kehilangan Cintanya...
Hati : Iman, tadi masa Tuan Hati solat, sepanjang solat, dia menangis...masa baca doa pun dia menangis...berderai air mata...(tunduk dan menangis)
Iman :...Ya Allah...bantulah dia...Engkaulah yang Maha Mengetahui..Rabb...
Hati : Iman...tengok Tuan Hati menangis lagi...
Iman : ‘’A’uzubillahi mina syaitonirrojim. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui "
Hati : [al-baqoroh:216] (berbisik)
Iman : Iman faham...kecewanya bukan kepalang. Kembalilah kepada Allah....Cintanya abadi...benar abadi...Menagislah sepuasnya.....Lihatlah kekuasaan Allah....Dia Cinta padamu...
Hati :Tuanku...janganlah bersedih. ku kirmkan Iman sebagai penyejuk hatimu...Iman, teruslah berada di sini...Engkaulah tetamu yang paling di nanti Tuanku...silakan Iman...Jemputlah masuk...(menitis air mata)
Iman : Syukran....Hati (tersenyum)

Pada ketika itu, nafsu meninggalkan Tuan, namun nafsu pasti kembali...Nafsu pergi dengan kecewa

~Kasih Abadi~


17 RABIULAKHIR 142626 MEI 20051110
Sayang……..
Saya rindu kat awak
Dulu saya tak macam ni
Mungkin 17 tahun dulu saya takbetul-betul kenal awak
Saya selalu dengar cerita tentang awakustazah selalu puji awak
Mereka cakap awak baik hati
Suka tolong orangAwak tak kisah orang hina awak
Sebab awak yakin dengan janji Allah
Bertuah nya ibu Aminah yang melahirkan awak
Awak tak sombong
Horma t orang tua dan sayangkan kanak-kanak
W alaupun awak tak kaya
Tapi awak tetap bantu mereka yang memerlukan
Wa laupun awak ada kedudukan
Tap i awak tak pernah pandang rendah katorang lain
Malah awak risau kalau orang lain sesat
Awak tak nak tengok kami tersalah arah
Kadang-k adang saya cemburu sangat
Ramai orang sayangkan awak
Ramai orang nak sangat jadi kekasih awak
Sebab memiliki kasih awakBermakna memiliki kasih Illahi
Tapi saya tahu awak tetap sayangkan saya
Kalau saya ikut perintah Allah dantinggalkan larangan-Nya
Awak suka wanita yang pandai jaga maruah
Tutup aurat dan taat kepada Allah,suami dan mak ayah
Awak pernah kata
Penghuni neraka kebanyakannya wanita
Malah awak lihat sendiri seksaan neraka
Kepada wanita yang engkar pada perintah AllahInsya Allah, saya takkan lupakan pesanan terakhir awakAwak suruh kitorang solat
Sebab solat yang khusyuk
Akan hindarkan kami daripada perkara mungkar
Awak hensem sangatWajah awak bercahaya
Sej uk mata memandang
Bag i saya,awaklah jejaka paling kacak
Yang pernah hadir dalam hidup saya
Malahan Anas bin Malik r.a. meriwayatkan,Kulit awak tak putih
Tak jugak sawo matang
Rambut awak ikal
Tak lurus
Tak jugak terlalu kerinting
Dad a awak bidang
Rambut awak mencecah bahudari al-Bara bin'Azib r.a., iamengungkapkan :Aku tak pernah melihat orang yangberambut panjang terurus rapi, denganmengenakan pakaian merah, yang lebihtampan dari Rasulullah saw. Rambutnyamencapa i kedua bahunya. Kedua bahunyabidang. Beliau bukanlah seorang yangberperawakan pendek dan tidak pulaterlampau tinggi.Terin ginnya saya nak menatap wajah awak
Rindu sangat sangatSaya tahu awak dah ada keluarga sendiri
Ada isteri-isteri yang taat
Dan anak-anak yang soleh dan solehah
Awak suami yang romantikLema h lembut dan bijak bertolak ansur
Tak pernah menyakiti perasaanisteri-i steri awak
Tak pernah berkasar dengan anak-anak
Say a jugak tahu awak paling sayangkanKhadijah
Bertuahnya Khadijah disayangi awak
Saya tak kisah walaupun awak dah jadisuami orang
Saya tetap suka, sayang dan cintakan awak
Saya tak pernah cemburu dengan sayapkiri awak
Malah saya kagum dengan diorang
Teguh berdiri di belakang tabir pengorbanan
Dan setia menyokong perjuangan awakhingga ke akhir hayat mereka
Kalau dulu saya cuma dengar tentangkisah hidup awak
Keindahan budi pekerti awak
Dan jalan perjuangan dakwah awak
Tapi sekarang saya usaha sendiri
Saya baca dan fahami kitabullahSa ya cari hadith-hadith awak
Saya betul-betul nak faham diri awak
Saya nak tau warna kegemaran awakMakanan favourite awak
Cara awak berjalan
Paka ian awak dan macam-macam lagi
Makin banyak yang saya tahuMakin bertambah rasa cinta ni
Makin saya kenal awak
Makin memuncak perasaan saya nak jumpaawak dan Pencipta kita
Saya nak sangat syafaat dari awak diakhirat kelak
Saya tau awak jauh
Tapi awak tetap dekat di hati saya
Walau saya tak mampu bertemu dengan awak
Tapi saya akan sentiasa ingat kat awak
Saya akan sentiasa basahi bibir nidengan selawat
Itu tanda saya cintakan awak
Saya akan cuba,Insya Allah
Awaklah permata hidup saya, YA RASULULLAH….
Ummu asma’ –AD-PERLIS 1110260505