Tuesday, January 1, 2008

Tazkirah : Jom Nyanyi..! : Tudung...Oh..Tudung....Periuk...Tudung...Saji..


“Tudung Oh tudung kenapa engkau temenung..?
Bagaimana aku tak temenung…
Orang tak pakai aku…orang tak pakai aku…
Orang oh orang…
Kenapa tak pakai tudung…?
Bagaimana nak pakai tudung…
Hidayah tak dapat lagi...hidayah tak dapat lagi...
Hidayah oh hidayah… Kenapa tak dapat lagi…?
Macam mana nak jawab soalan nie…
Hidayah tu milik Allah...Hidayah tu milik Allah...”


Ha...amacam? sedap tak? Hehe...lama tak menjenguk ke blogs sendiri...biaselah dah balik kampung. Dekat kampung tak de wireles sebab wire less...he...=)...Hari nie ingat nak sentuh bab baru. important but simple..! Simple dalam bahasa melayu Biase2 je. Important dalam bahasa melayu bermaksud Penting. Bile IMPORTANT mendahului perkataan SIMPLE so that’s means IMPORTANT le benda yang aku nak cakap ni!. Mesti anda semua dah dapat gambaran awal tentang ape kebenda yang aku nak cerita ni kan? tak pe. Biaselahlah tu. Kita kena bagi hint sikit. Biar semua fikir sekejap..TUDUNG????? bila cakap bab tudung ni, mesti semua FOBIA kan?? Ke tak de FEELING tentang TUDUNG??
Huh..tak leh macam tu, because tudung nie ada kaitan yang amat amat rapat serapat rapatnya dengan AURAT bukan URAT ye tuan2 dan puan2. Kesilapan dalam pemakaian tudung atau tidak bertudung akan memberi impak yang negative pada diri sendiri dan masyarakat. Tudung ni untuk pengetahuan anda dan saya sendiri adalah bukan BUDAYA. Saya ulang 1000 kali…BUKAN BUDAYA! Ianya adalah undang2 yang telah di tetapkan atau dalam bahasa islamiknye, syariat.


Firman Allah :
"Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka supaya mereka lebih dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu”
[al-Ahzab:59]


Ini adalah dalil. Firman Allah. Tudung ni bukan benda yang main2. Kena pakai. Mesti berusaha kearah Hidayah Allah. Kita tak boleh tunggu HIDAYAH datang bergolek golek, tapi kena usaha bergerak kepada HIDAYAH tu.


Firman Allah :
“Wa man yattaqillaha yaj’al lahu makhraja..”
Maksudnya :
“..dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Dia akan menjadikan untuknya jalan keluar”
Dekat bawah ni aku ada letak beberapa kata2 yang keluar dari respondance bila aku tanya tentang bab tudung2 nie. Jom kita dengar apa kata mereka...Jom Jalan2...



Sketsa 1 : Kenapa tak pakai tudung yang menutup aurat(melabuhkan tudung, tudug jarang dan sebagainya)


Respondance 1 : Tak dapat hidayah lagi..
Respondance 2 : Nampak gemuk le….hehe..
Respondance 3 : Panas…
Respondance 4 : nampak warok sangat….



Sketsa 2 : Kenapa tak pakai tudung ??


Respondance 1 : Tak dapat hidayah lagi..
Respondance 2 : nampak gemuk le….hehe..
Respondance 3 : Panas…
Respondance 4 : nampak warok sangat….
Respondance 5 : Rambut rosak, kelumumur, kering….

Herm…..perasan tak sesuatu bila anda baca respondance nie?? Sama je kan alasannya. Sebenarnya Respondance2 tersebut dan orang2 yang sewaktu dengannya, bagi aku bagus sangat, sebab memang berterus terang. I like that’s attitude. But if that’s attitude seiring sejalan dengan penampilan anda lagi bagus. Akhlak dan amalan anda akan di pandang Allah. Setiap amalan menjadi Ibadah. Sebab syarat ibadah mesti ikut syariat. Dapat pahala. Tak nak ke??? Mesti nak kan?? Berbaloi hidup kat dunia.
Ok, untuk alasan ” aku tak dapat hidayah lagi”, aku malas nak komen, sebab aku dah komen banyak tentang bab nie. Bleh baca tulisan aku yang sebelum nie. Untuk alasan kedua ”nampak gemuk”...adoi..ada le pulak alasan gini...tak gemuk pun kalau pakai tudung. Cuba pakai tudung. Pastu gi timbang. Tak naik banyak pun berat badan..he...sebenarnya aku faham perasaan orang yang cakap macam nie. Maksud orang ni adalah...tudung akan beri kesan 10 dimensi(he...) membuatkan dia nampak gemuk...sebenarnya dan hakikatnya, tudung tidak bersalah dalam hal ni. Tak pakai tudung bukan alasan untuk nampak kurus, tapi anda kena makan makanan yang seimbang. Di sebabkan anda tak jaga makan, jadi salahkan tudung. Maka terjadilah tak pakai tudung. Lagi satu, walaupun anda jaga makan (diet giler) tapi mungkin tulang rangka badan anda besar. So kena terima hakikat kejadian Allah. Tudung tetap wajib! Walaupun bertulang atau berangka besar. No choice!. Bila pakai tudung, anda akan nampak comel, berseri dan sebagainya lagi. Sebab setiap yang di WAJIBKAN Allah tentu ada sebabnya dan hikmahnya. Kalau tak pakai tudung, sebenarnya anda telah menzalimi rambut anda. Mana taknye. Rambut terdedah kepada cahaya matahari. Ada sinaran UV yang tak baik untuk kesihatan dan tumbesaran rambut. Satu lagi.. Kelumumur???? Ha...bila tak pakai tudunglah sebenarnya menjemput kehadiran kelumumur. Bila rambut terdedah kepada UV, so rambut kering, then rosak, bercabang dan lastly kelumumur. Sebab tu lah kena pakai tudung. Nak tahu kenapa orang yang pakai tudung pun ada kelumumur??.. sebab tak jaga…patutnya tak da. Ni lah cabarannya. So Allah nak kita berusaha menjaga rambut kita dengan cara mengikut syariat. Ada banyak kaedah jaga rambut. Tapi aku tak perlu cerita. Semua dah faham rasanye… Jadi, tak pakai tudung dengan niat nak jaga rambut, bukanlah cara yang mengikut syariat. Salah cara macam nie!... Bila pakai tudung, orang tak kan tahu rambut kita panjang mana, kerinting, panjang atau pendek dan sebagainya Itu rahsia kita. Barulah privacy namanye..Rambut kita yang panjang ke, kontot ke, ke ape2 ke adalah untuk suami tercinta. Dia je dan orang2 yang di bolehkan agama je dapat tengok. Jangan le bagi orang lain(bukan muhrim) tengok. Kalau bagi juga, maknanya kita dah kianati bakal suami kita…nak ke macam tu ???
Suami pula, nak ke kahwini isteri yang mengkianati kamu ??. Mesti tak nak kan ??


Firman Allah :
"Perempuan2 yang keji adalah untuk laki2 yang keji, dan laki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji(pula), sedangkan perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik, dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik2 (pula).. "
[An-Nur :26]


Jadi Anda Tak Nak Jadi Yang Terbaik ke ??? ni janji2 Allah tau. Allah sentiasa tepati janji. Bukan macam kita...!
Lastly..(aku nak tulis lagi sebenarnya) tapi esok hari raya Aidil Adha. Tak pe, aku tak tidur sebab bekorban nak tulis benda ni bagi dekat diri sendiri dan anda semua. Aku sayang dekat anda semua sebab :
Rasululullah s.a.w pernah bersabda :
”Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia menyintai dirinya sendiri”
(h.r. Bukhari dan Muslim)
Walaupun anda semua dekat alam maya je, tapi insyaAllah ukhuwah kita kukuh di atas DASAR AKIDAH yang sama.
.…Aku harap anda semua faham ape yang aku nak cerita. Cuma nasihat aku kepada yang bertudung…tolonglah pakai betul2 tudung anda…jangan belit teruk2 sangat sampai tak ikut syariat lansung. Anda dah cantik bertudung, tapi tak menutup aurat juga…sayang kan ? Bersederhana dalam bertudung. Ingat ! Kalau nak dapat tips beli tudung, boleh tengok tulisan aku yang sebelum ni.
Aku minta maaf kalau ada yang tersinggung baca tulisan aku. Sebenarnya aku berasa amat bertanggungjawab sebab DAKWAH nie WAJIB bukan sunat.
So ...


APE TINDAKAN ANDA ???...


..Selamat Maju Jaya..
..I left all of u now..but hope, all of u will make a change..

Tazkirah : Ideologi dalam Agama : Qadyani

Pengasas: Mirza Ghulam Ahmad Qadyani (1835)
Penubuhan: 1889 di perkampungan kecil Punjabi, India

Sejarah Hidup Pengasas


~Kuat dan tekun belajar
~Amat meminati bidang berkaitan dengan agama terutamanya bidang tafsir Al-Quran dan Al-Hadith. ~Pendidikan awal Mirza bermula dengan pengajian membaca Al-Quran.
~Mempelajari Bahasa Arab sewaktu umurnya 10 tahun diikuti belajar ilmu nahu, mantiq dan falsafah secara berguru.
~Mirza mendalami ilmu agama dengan belajar secara sendiri sahaja tanpa guru.
~1880- Mengganggap diri sebagai penulis, mempertahankan kebenaran Islam dpd. pengaruh Kristian.
~1885- Mengumumkan dirinya sebagai mujaddid
~1891- Dakwa sebagai Imam Mahdi kemudian sebagai al Masih
~1901- Mengaku dipilih sebagai utusan Tuhan (Muhammad Ke 2)- Kuasa mengubah al Quran dan Hukum
~1904- Mengaku sebagai Krishna.