Monday, September 21, 2015

Ku melangkah



Dalam jejak ku yang hening..
ku melangkah keseorangan..
memandang kehadapan..
aku dalam perjalanan..

Persinggahan ku sementara..
hadirnya mereka sementara..
datangnya mereka sementara..
mengisi setiap tawa dan duka..
menghiasi warna warna Cinta..

Kini aku berhenti seketika..
melihat sekeliling ku..
penuh cerita, senda, gurau, tawa..
cuba ku fahami setiap seni kejadian..
cuba ku selami setiap watak kewujudan..

Ku ingin melangkah..
dan tiada halangan..
tiada kebimbangan..
Namun..
setiapnya membawaku dalam pengharapan..
ku yakin setiap kejadian..
ada pelajaran..

Ya Ilahy..
Kekasih Hati..
Aku dalam gundah..
Engkau terdahulu mengetahui air mata ini..
mengalirnya terlebih dahulu sebelum bicara..

Friday, July 17, 2015

Pergi tanpa Noktah


Siapa tahu..
Kini..
Langkahku sudah hampir pada hujungnya..
Terasa hiba dijiwa..
Ku perlu menjauh..
Meninggalkan segala gelak ketawa..
Meninggalkan segala hiba nestapa..
Jauh ku kan berjalan..
Menuju perhentian..

Siapa tahu..
Aku yang lepas penuh senyuman..
Kini..
Dihadapan..
Hidup tiada titik jawapan..
Aku tiada mahu menyakiti sesiapa..
Tiada mahu melukakan sesiapa..
Tiada mahu apa apa jua dibebankan ke atas bahu..
Biarlah hanya kaki dan bahu ini memikulnya..
Demi Cinta..

Siapa tahu..
Adakah ucapan Selamat Jalan akan ku ungkapkan..
Buat mereka yang ku kasih..
Buat mereka yang mencintai..
Terpaksa ku ucapkan..
Agar mereka memahami..
Betapa peliknya hidupku ini..
Aku datang dan pergi..
Mereka tiada mampu akan mengerti..
Kebahagiaan apakah yang aku nikmati ini..

Duhai yang melihat..
Lihatlah senyuman diwaktu Senja..
Ianya indah mempersona..
Namun begitu..
Senyumannya akan berlalu..
Meninggalkan kita...
Dan datanglah malam menggantikan..
Esok...
Belum tentu lagi..
Senja kembali...
Begitulah diriku..

Thursday, June 25, 2015

Melangkah lah Duhai Diri..


Melangkah lah duhai diri..
Biar apa jua yang melanda dirimu..
Biar hujan, panas, petir dan guruh..
Itulah perjalanan mu..
Yang telah di suratkan..
Oleh Kekasih mu..

Melangkah lah duhai diri..
Dalam ranjau yang berduri ini..
Jangan pernah mengalah kerna kelemahan diri..
Dia lah yang Maha Memberi..
Pintalah agar diberikan Kekuatan..
Tiada pun kekuatan yang lahir dalam dirimu..
Jika bukan Dia yang memberi..
Engkau sendiri pun tidak mampu melangkah..

Melangkah lah duhai diri..
Dalam Kabut yang kabur ini..
Mata penglihatan mu meskipun tiada dapat melihat..
Namun mata Ruhani mu berfungsi
Untuk terus memandang dari Nya..
Dia lah yang sentiasa bersama mu..
Dalam sukar dan suka..

Melangkah lah duhai diri...
Walau longlai kaki mu..
Walau lemah jiwa mu..
Walau pilu hati mu..
Walau sakit batin mu..
Walau luka zahir mu..
Melangkah lah..
Engkau tidak akan memahami selagi engkau kaku tanpa melangkah..
Melangkahlah..
Sedangkan Bumi juga melangkah mengelilingi matahari..
Disana Sang Bumi..
menemui siang dan malam..

Melangkah lah duhai diri..

:Teratak Zahro 

Sunday, February 8, 2015

Dia


Keheningan Pagi memberikan kekuatan pada diri..
Terasa kesejukan memenuhi ruang hati..
Pada Kabus ku sampaikan rindu rindu yang bertamu..
Pada Siang ku sampaikan Cinta yang menyinar..
Dia lah yang sentiasa dalam legar siang dan malamku..
Dia lah yang yang sentiasa dalam nafasku..
Tanpa Dia, aku hanyalah sia sia..
Dengan Dia, aku adalah TajalliNya
Bersama Dia, aku bermakna..
Untuk Dia, segalanya..


Tulisan: Teduhan, Cyprus

Saturday, February 7, 2015

Cita Cinta mu..


Berdamailah dengan Jiwamu..
Kerna Jiwa sentiasa inginkan Kedamaian bersama Allah..
Sedangkan Nafsu mengajak kepada Kedamaian bersama Dunia..
Pesan Nendaku.. 
Jadikan Akhirat sebagai Modal dan Dunia sebagai Keuntungan.
Sekiranya engkau melihat dunia dengan Jendela Akhirat, pasti Kedamaian bersama Ilahy menjadi Cita Cinta mu..

Wednesday, February 4, 2015

Di Sebalik Awan Mu..


Di sebalik Awan Mu..
Terlihat Cahaya..
Menerangi Alam..
KAU Simbahi Cinta di jiwa..
Diriku Terpaku..
Dalam Kerinduan..
Mendambakan..

Di sebalik Awan Mu..
Kala duka..
KAU sambut tanganku..
KAU bawaku terbang..
Mendakap Mu..
Dikala Suka..
Kau biar aku menCintai Mu..
Dan diriku..
Hanyut dalam kerinduanku..

Kesukaran dan Kepayahan ini..
Adalah Persoalan Mu untukku..
Adakah aku yakin..
Kepada Cinta Mu..
Kekasihku..
Oh Kekasih hati..
Apa jua kepayahan..
Kepayahan dalam Bahagia..
mahupun..
Kepayahan dalam duka..
Kuatkan Kaki ku Ya Ilahy..
Kerna..
Aku tahu..
Di Sebalik Awan MU itu adalah Alam Qurbah yang Indah..

By: Teduhan Azzahra
Teratak Istanbul

Thursday, January 15, 2015

Pulanglah...


Berjalanlah kepada Allah dengan penuh rasa Kehambaan. Walau sebesar zarah dosa yang diperbuat, pasti engkau akan mudah menangis. Kerana engkau tahu disana ada CINTA dan PENGAMPUNAN Ilahy. Tidak sia sia setiap yang berlaku padamu. Semuanya itu adalah Perjalanan mu menuju DIA. Dengan pakaian KEHINAAN dan DOSA, maka engkau akan menjadi hamba yang SEJATI. Air Matamu akan memadamkan api neraka. Teruslah berjalan kepada ALLAH duhai Pendosa. Dia senantiasa menanti mu, menCintai mu, mengasihi mu dan akan mengampunkan segala salah dan silap mu. Dia lah yang MAHA BERKASIH SAYANG lagi MAHA MENERIMA TAUBAT. Sekiranya DIA telah memilih engkau di atas JALAN ini, maka DIA sesekali tidak akan mensia-siakanmu. 

Ya Allah...

Tulisan: Teduhan Azzahra

Bulan Kecintaan Ku


Ya Allah Duhai Kekasihku..
Di bulan yang Berbahagia ini..
Bulan Kekasih Mu..
Bulan dimana Sang Kekasih dilahirkan ke dunia..
Bulan dimana Sang Kekasih menjadi Kekasih kepada Sekelian Umat..
Inilah Bulan Senyuman, tawa, Airmata dan inilah bulan Kerinduan..

Duhai Allah Kekasih hatiku..
Tiada mampu aku sampai pada bulan Rabiul Awal yang dulu..
Sewaktu itu Kekasih Mu dilahirkan..
Bagaimana agaknya susananya..
Bagaimana agaknya Kegembiraannya..
Bagaimana agaknya Airmata mereka yang menyaksikan kelahirannya..
Ingin aku berada disisi Bonda Aminah..
Sama menantikan kelahiran Baginda Rasul SAW..

Duhai Kekasihku..Duhai Ilahy..
Ingin sekali aku Kesana..
Bersama disisi Sang Nabi..
Duduk..
Memandang Baginda yang DiCintai..
Sungguh Jauh itu menyiksakan aku Ya Allah..
Memekatkan lagi Rasa Kerinduan ini..
Menambahkan lagi Rasa Kegoncangan ini Ya Allah...
Sungguh Jauh itu buat aku ingin terus ingin memeluk Baginda Nabi SAW..
Agar segalanya hilang..
Agar Duka ku hilang,
Pilu ku hilang,
Rinduku diubati..
Dan tawaku datang...

Duhai aku yang MerinduMu..
Jika Cinta dan Rindu pada mu Ya Rasulullah bisa mengalirkan air mata..
Namun, 
Jauh disudut Nuraniku..
Aku tiada rela Kehilangan mu Duhai Baginda..
Aku tiada rela...
Aku tidak mahu kehilangan mu..
Engkaulah segalanya dalam Perjalanan ini..
Sungguh meminta Cinta dan Rindu itu mudah..
Namun merasai rasa kehilangan mu itu payah...
Kerna Rasa yang Kuat mengekalkan Cinta dan Rindu
Adalah Rasa Tiada Mahu Kehilangan Mu..
Itulah Rasa yang mengikat Cinta dan Rindu..

Tulisan: Teduhan Azzahra
Teratak Istanbul