Friday, December 14, 2007

Tazkirah : Rumah A Rumah B : Ape Benda Nie??


Hari ni, 14hb 12 2007, aku hidup macam biasa, seperti biasa dan macam orang biasa. Semalam, hidup agak berbeza. aku harap tak jadi macam semalam. Sedih...sedih...hari ni lebih baik dari semalam. Sekarang aku tengah menulis sambil dengar lagu Harapan Tidak Buta yang di nyanyikan oleh Alarmme..(wahhaha...kejiwangan melanda..keke..)..Alarmme. Ingatkan aku Allah. Aku ni cepat terlalai. Pagi tadi aku buat sarapan untuk housemate aku. Maggie goreng. Kire okey gak le rasanya. Tapi pedas sikit kot. Herm...kejap lagi ingat nak g solat Dhuha jap. Ye lah. Amalan wajib belum tentu di terima Allah, so amalan sunat ni kenalah banyak. Tul tak?? Hari nie macam hari yang complicated untuk aku. Entahlah…aku dapat rasa. My instinct said like that..

Nak kongsi dengan sahabat2 sikit (ceh skema pula). Bab hijrah atau dalam bahasa lainnya, berubah jadi yang lebih baik. Kalau bagi 1 hari pun tak habis aku nak cerita..he…

Kita ni ibarat rumah. Cuba sahabat2 bayangkan ada dua buah rumah. Rumah A dan Rumah B. Rumah A dan Rumah B duduk di dalam hutan. Kedua dua rumah adalah rumah usang. Tapi bayangkan. Pemilik Rumah A tak renovate pun rumah dia. Dia biarkan usang sampai bila2. so agak2 sahabat2, siapalah yang akan diami rumah tu atau siapa yang akan berkunjung rumah tu??? Jawapannya, mestilah orang jahat, penagih dadah dan benda2 jahat. Betul tak?? So macam kita le. Kalau akhlak, pakaian dan ape2 yang dekat luar, maksudnya fizikal kita, kita tak berubah, means, pakai pakaian yang x menutup aurat dan miliki akhlak yang tak baik, so siapa yang nak kawan ngan kita. Mestilah orang yang biasa2 je. Orang sosial dan sebagainya.

If anda nak di dampingi oleh orang yang soleh dan solehah. So tengok macam mana pemilik Rumah B menghias rumahnya. Pemilik rumah B renovate rumah yang usang tadi jadi banglo yang indah. Letak pula cat yang paling kalis hujan dan ribut..dan panas...he(melampau pula.he). ada pula kolam renang, pagar yang di buat dari besi (besar giler) siap gate besar(mak engkau!) lagi, ada pokok bunga dan landscape, taman permainan dan macam2 lagi. So, agak2 siapa nak berkunjung rumah yang secantik gini?? Hehe...fikir2...mesti anda semua kata, orang jahat pun nak masuk rumah gini gak. Yer la..kaya raya habis pemilik rumah nie. Tapi jaga jaga. Pemilik rumah nie lebih bijak dari apa yang anda sangka...jeng jen jeng.... Hehe...dia ada letak invisible sekuriti( means iman yang kukuh la) .haha..:) padan muka penjahat. Meh la masuk. Lalu je boleh le. Nak masuk dalam tak leh...tak leh...

Sambung balik. Tadi traffic light jap...jawapannya mestilah orang baik baik. Paling kurang orang kaya raya, dermawan dermawan, bangsawan bangsawan, hartawan hartawan...hehe...but the most important is......datangnya orang yang soleh solehah membawa ilmu yang banyak untuk di manfaatkan di rumah yang indah tu. So samalah juga dengan diri kita. Bila dah pakai pakaian yang menutup aurat dan ada akhlak yang baik, barulah orang yang baik2 nak dampingi kita. Yang paling penting orang yang soleh solehah. Ni tak, kita selalu kata “aku tak dapat hidayah lagi”...ye ke tak dapat hidayah. Meh sini orang yang tak dapat hidayah. Saya nak bagitahu. Bersyukurlah anda kerana masih dalam Islam. Bila anda cakap “aku tak dapat hidayah..”, sebenarnya insyaAllah, pada masa tu anda dah dapat hidayah, thats why anda rasa cam tu. Masa tu anda tahu yang menutup aurat tu wajib. Pakai tudung tu mesti. Ha...amacam..betul tak. Sebab tu lah ayat ”aku tak dapat hidayah lagi” keluar atau keluar dengan tidak sengaja dari mulut anda.

Kembali kepada cerita rumah. Jadi, bila Rumah B dah cantik dari segi fizikalnya(luaran. If manusia, dah menutup aurat), dan kemudian pemilik rumah nie rasa nak renovate yang dalam pula. So dia pun letaklah beberapa ruang dalam rumahnya. Ruang tamu, memasak, ruang solat, runag buku dan sebagainya. Then dia pun ajaklah tetamu yang soleh solehah, kaya raya tu masuk. Then dia pun buatle majlis sikit. Di rumah tu setiap hari bergema bacaan ayat al-Quran, solat jemaah dan sebagainya lagi...wah bahagianya....islamiknye. macam tu lah juga kita. Bila fizikal dah settle, so kita pula kawan dengan orang yang baik2. tiap2 hari, sahabat kita yang baik mesti selalu ingatkan kita tentang Allah. InsyaAllah...kita mesti dekat ngan Allah. Sebabnya, dah kawan dengan orang baik2, mesti dapat tempias imannya. Betul tak?? ”Sahabat yang baik adalah cermin kepada sahabatnya”. Tiap2 hari, kita mesti baca al-Quran(memang dasyat lah), paling kurang pun 4 kali seminggu. Solat penuh. Menderma, berakhlak baik dan sebagainya. Indahnya dapat jadi orang yang macam tu.

Sekarang ni yang paling penting adalah...................APA YANG ANDA AKAN BUAT SETELAH BACA BENDA NIE????

Saya suggestkan, BERUBAHLAH KEARAH KEBAIKAN. HIJRAH YA SAHABAT....

Firman Allah :

”wa man yattaqillaha yaj’al lahu makhraja..”

maksudnya : ”dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Dia akan menjadikan untuknya jalan keluar”

Danke, auf wiedersehen : Terima kasih sampai bartemu lagi..

Wassalam

1 comment:

  1. salam saje je nak tanya..kat mane ambik posterni..rasenya yg mujaddeeda punya ni..he..he

    ReplyDelete

(",)Wa atamanni hazihi ukhuwah 'ala ridhwanihi..