Tuesday, September 23, 2014

Sukar yang di Syukuri


Air mata Cinta mengalir..
Mengenangkan kisah kisah lalu..
Penuh kedengkian..
Fitnah..

Jiwa nan lara menempuhnya..
Walau apa jua rintangan dan halangan..
Semata mata kerna AmanahNya..
Menggalas amanah Nenda terCinta..
Walau dalam bingung..

Mereka tiada akan memahaminya..
Kesakitan demi kesakitan..
Mereka tiada akan memahami..
Walaupun Kadangkala, 
Nafas ini tidak puas, 
Makan tidak mampu,
Minum tiada berdaya..
Ianya bukan sandiwara..

Saturday, February 15, 2014

Kenangan itu..



Saat ini..
Segala kenangan ku kali pertama menjejakkan kaki 
di Melaka terimbau..
Terasa seakan-akan mahu kembali ke saat itu..
Indah..
Aku dan Dia bertemu..
Bersama mengharungi Sirr..
Mencari jawapan akan segala persoalan...
Yang tersimpan di dada alam..
Begitu nyaman tika itu..
Hatiku kini berbunga nan Mekar..
Keindahan itu akan terus terpahat hingga ke alam sana..
Kerna..
Kita adalah dua jiwa yang tercipta untuk 
Cinta dari Sirr yang terpendam..

Friday, February 14, 2014

Sirr


Ya Ilahy...
Engkaulah pemilik jiwaku..
Segalanya telah aku lepaskan dari diriku..
Segenap kehendak dan keinginan..
Yang ku tuju hanyalah pandangan Mu..

Ya Ilahy...
Tiadalah yang lain selain memuji Mu..
Tiadalah yang lain selain bermesra dengan Mu..
Engkau yang Maha Lembut..
Engkau yang mengubati segala luka dan lara..

Ya Ilahy...
Pada Mu tempat duduk ku dan pandangku..
Pada Mu tempat Cinta dan rindu ku..
Pada Mu tempat tangis dan tawa ku..
Pada Mu segala aduan ku..
Pada Mu segala rahsia ku..
Pada Mu..
Engkau yang Maha Berkasih Sayang..
Engkau yang menCintai dan DiCintai..