Wednesday, October 5, 2011

Hapuskan Bayangan Cinta ~ Bicara Sang Faqir


Ku bicara cinta


Kerana dalam diri ada cinta

Namun ianya telah dinodai

Dengan bayangan cinta palsu

Sehingga cinta sejati pudar dan suram


Oh betapa insan dalam kepalsuan

Mengejar cinta permainan bayang-bayang

Cinta yang takkan kesampaian

Penuh penderitaan kesedihan dan gelora


Bangunkan cinta sejati dalam dirimu

Pada Tuhan yang menciptamu dengan kalimah cinta

Engkau akan hidup dengan cinta kebenaran

Bukan lagi bayang yang tak terpegang


Engkau akan merasai kenikmatan

Kerana hidupmu tiada lagi lelah mengejar bayang

Cinta yang sejati membawa cahaya

Menyinar cinta kebenaran

Menghancurkan bayang cinta kebatilan


Engkau akan menemui Dia dan Dia

Hanya Dia yang menyeru kepada kalimah cinta yang hakiki dan abadi

Engkau akan bahagia dan amat bahagia

Sehingga engkau tiada peduli lagi

Pada siapa di sekelilingmu dan apa yang berlaku

Hanya memandang Wajah-Nya dimana engkau memandang..


Bicara Sang Faqir, Sabtu, 1 Oktober 2011

~Walid~