Friday, August 24, 2012

Sedetik


Ya Allah..

Saat ini aku sedang menghirup udara Cinta Mu.

Menghirup dengan penuh rindu & syahdu.

Setiap bicaranya ku cuba memahami.

Setiap alunannya ku tarikan..


Aduhai Tuhan ku..

Betapa dunia menjadi saksi bisu.

Melihat dan memandang dengan kaku.

Sedang yang disekitarnya bersuara..

Namun.. siapakah yang memahaminya?

Hanya yang bersama mereka memahaminya.


Kemudian...

Aku terus berlari dari satu daerah ke daerah yang lain

Berlari dengan larian yang Engkau kehendakkan ke atas ku

Tiada aku tahu disana bisa aku menemui Engkau atau tidak

Asalkan disitu ada bisikan Mu, disitulah aku pergi dan aku tuju


Tuhan..

Dalam daerah-daerah itu

ku temukan jasad-jasad yang kaku

tiada dia mampu

tiada dia terdaya

dia dengan lemah terdampar

tiada pula memandang aku

aku kehairanan..

apakah dia tega untuk terus kaku?


Lalu dia bersuara..

Wahai manusia malang!

Aku akan terus kaku dengan Tuhanku!

kemana dia mahu aku, disitu aku berada

Kerna ini kehendakNya, maka inilah aku

Janganlah engkau cuba mengubah akan hal yang ini..

Kerna ini yang disukai Tuhan ku

Maka

aku berbahagia..!!



Thursday, June 7, 2012

Hening pagi


Ya Ilahy...
saat malam sudah berlalu pergi..
hening malam pula menyinggah di qalbi ini..
dan..
aku masih berselimut di antara dosa dosa semalam..
dosa dosa yang tiada pernah meningalkan ku..

Sunday, June 3, 2012

Rejab


Rejab..

Iya..
Inilah bulan Rejab..
Segala kepiluan ku terus terpalu di bulan ini..
Segala kerinduan ku terus terpaku di bulan ini..
Segala keCintaanku terus terkaku di bulan ini..
Ia bulan seribu rahsia..
Bulan dimana aku dan diriku terus menangis dalam pelukan diri..
Menangis menanggung keresahan jiwa..
Menangis menanggung kegusaran hati..
Menangis dan terus menangis..
Kerna..
Ia bulan Rejab..
Bulan yang membawa aku berjalan..
dari hari kehari dengan penuh kesilapan..

Friday, April 20, 2012

Getar rasa


Aku hamba hina..
tiada aku mengatakan aku hina..
tetapi aku mengakuinya akan atas kehinaan diriku..
atas kelemahan jiwaku..
atas kelemahan langkahku..
yang telah menyampaikan aku kepada kehinaan diriku..

Betapa banyak dosa yang telah ku perbuat..
Betapa banyak taubat yang telah ku dirikan..
Namun..
Kehinaan tetap menjadi teman hidupku..
kerna dengan dia sahaja aku hina..
tanpa hina aku akan merasa mulia..
tanpa hina, aku menghina mereka yang terhina..
tanpa hina, aku mencela mereka yang berdosa..
Bahkan itu lebih hina..
Maka teruslah kehinaan manjadi teman & sahabatku..

Tuhan..
Pintu Mu tetap ku ketuk..
walau tiada jawapan..
ia adalah hiburan buatku..
jika terjawab
ia adalah hiburan juga..
bermanja dengan Mu juga hiburan..
berbahagia dengan 'hirisan' Mu jua hiburan..
merasa hina juga hiburan..
Lantas hiburan apakah lagi yang aku cari?

Tuhan,
Saat tiada aku mengharapkan pandangan yang lain hanyalah Engkau yang ku inginkan..
tidak puas rasanya jika ku tatap alam ini..
tanpa merasai pandangan Mu..
sedang dalam keasyikan jiwa-jiwa yang memandang Engkau..

Thursday, January 26, 2012

Rindu yang tak terpegang


Aku bertanya pada hatiku...
apakah kegemilangan hatimu..?

Gemilang Cinta dihatimu ternyata..
senyuman manis Baginda s.a.w..

Dimanakah dapat ku cari senyuman itu..
senyum yang tiada terlihat..
tiada tergambar..
tiada terpegang..
senyuman Cinta..
senyuman kasih..
dari yang Memiliki..

Dia telah melihat aku..
disaat aku rebah..
aku jatuh dalam kehinaan..
aku mengharapkan sentuhanya..
belaiannya..
senyumannya..
hanya dia..!
dia..!
dia..!

Dia yang selalu aku dambakan..
redhonya yang selalu aku inginkan..
kemaafannya tika aku sangat perlukan..

Dia sentiasa tahu aku dalam kehinaan..
dosa itu amalanku..
maksiat itu kebodohanku..

Ya Rasulullah..
maafkan aku..
atas Cinta ku yang dusta pada mu..

Friday, January 20, 2012

Aku datang lagi...


Tuhan...
aku datang lagi...
dengan penuh dosa dan maksiat..
mengadap Mu dengan penuh kederhakaan..
menggendong dosa-dosa ku yang telah lama berkarat...
aku selalu berdosa di hadapan Mu...
aku malu...
aku malu Ya Allah...
dosa ku keaibanku..
berada di hadapan-Mu dengan penuh dosa...
berdiri seolah-olah aku tiada bersalah...
alangkah terhinanya aku...
mengadap Mu dengan dosa...

Tuhan...
aku berdiri lagi...
untuk rukuk dan sujud pada Mu...
dengan penuh dosa...
aku mengAgungkan Mu...
aku tiada layak, Ya Allah...
Terasa terhina diriku ini...
aku bagai najis yang mengotorkan setiap yang mendekati...

Tuhan...
di hadapan Mu, aku adalah seorang pendosa...
Rintihanku palsu...
Rayuanku palsu...
akulah seorang penipu..
pembohong...
yang slalu berbohong tentang Cinta pada Mu...

Tuhan..
ampunkanlah aku yang berdosa ini...
ampunkanlah aku di atas segala pembohongan...
ampunkanlah aku di atas segala penipuan...
dan...
ampunkanlah aku di atas kepalsuan ku itu...
kerna hanya itu yang ku mampu...

Monday, January 16, 2012

Di sebalik wajah Cinta


Di sebalik wajah Cinta..
aku bercerita..
Tentang erti bahagia..
bahagia yang jika ku bahasakan..
terlihat senyuman dan kegembiraan..

Namun..
bukanlah bahagia itu yang ku maksudkan..
bahagia yang terlihat di sebalik Cinta..
yang sukar dirungkai dengan bicara yang penuh dusta..
Bahagia itu adalah tarian hati..
melodinya yang indah sekali..
bisikannya yang terabadi..
bergetar sanubari mendendangkan lagu bahagia..
walau terkadang sumbang ku nyanyikannya..

Bahagia bukanlah yang tersenyum..
tetapi bahagia itu adalah yang tersembunyi
dalam tangisan..
dalam keperitan..
dalam kesengsaraan..
dalam kedukaan..
dalam kepahitan..
dalam keputus asaan..
dalam kesabaran..
dan
dalam kegembiraan..

Itulah bahagia yang penuh Cinta dan Syukur..
Bahagia yang slalu tersembunyi..
yang penuh sujud Cinta kepada Allah..

"..Ilahy..
ampunkanlah aku yang selalu berdosa..
bermaksiat pada mu..
saat aku bermaksiat..
aku hampir gila..
gila mengharapkan ampunan Mu..
pandangan Mu..
Andai dosaku bertebar di bumi dan setinggi langit..
ku harap agar dosa itu tiada menghijab mereka-mereka yang ku cintai.."