Monday, May 26, 2008

PENCALONAN ANUGERAH SUKARIN

Gambar sekadar Hiasan

Osme (Pelakon kurang terkenal) :
Inilah saat yang di nantikan. Tak gitu cik Gayah.

Cik Gayah (Penyanyi paling pelupo) : Ya betul!!

Osme : Dimumkan, pelakon wanita terbaik anugerah Sukarin tahun 2010 jatuh kepada ...(Gedegam gedegum )......Cik.... Nyonya..” Dijemput keatas pentas.

Berdentam dentum tepukan gemuruh dari penonton. Hampir meletup mikrofon dan speaker..hehe.....

...............................................................................................

Begitulah kehidupan umpama lakonan. Wah..wah...hehe...first of all, aku nak menyusun jari2 ni nak minta maaf sebab lama tak update blogs ni. Sibuk dengan tesis. Nak buat macam mana. Perjuangan belum selesai. InsyaAllah, hari ni, aku nak berkongsi sesuatu dengan kalian sahabat2 yang di kasihi sekalian (Wah, cam nak bagi syarahan agama pulak dah..=) )

Jom kita buka minda (buka selua-luasnya), kita lihat, artis pada hari ini, tidak kira pelakon, penyanyi, pelawak, penulis, penerbit dan pepe yang lain, hidup mereka penuh cabaran, ujian dan dugaan. Gosip silih berganti, fitnah datang dan pergi. Bukan mudah menjadi artis. Kadang-kadang di uji dengan kemewahan. Kadang-kadang diuji juga dengan kemiskinan dan kesusahan. Dan kadang-kadang juga diuji dengan keindahan dan kecantikan. Sebenarnya banyak ujian untuk seorang yang bergelar artis. Contohnya seorang pelakon. Jika kita lihat, seorang pelakon itu merupakan seorang yang tabah. Melakonkan wataknya mengikut skrip yang telah disediakan. Walaupun kadang-kadang, kondisinya ketika dilokasi tidak baik, mungkin dia sedang bersedih, namun, apabila skrip dan director menuntut dan mengkehendaki dia gembira maka senyuman perlu diukir. Untuk apa? Untuk menghidupkan lakonan itu. Begitulah juga sebaliknya. Kerjaya seorang pelakon menuntut artis untuk bersabar. Sekiranya dia penyanyi, dia perlu menghiburkan orang. Walaupun, dia dalam keadaan sedih, namun, tanggungjawabnya kepada penonton perlu di laksanankan. Mendedangkan lagu yang telah digarap indah lirik dan diikat bersama melodi. Wah! indah sekali. Sekiranya, penyanyi mendendangkan lagu dengan penuh penghayatan, sudah tentu penonton akan berpuas hati dan tersenyum.

Begitulah kehidupan seorang artis, perlu mengembirakan orang lain walaupun dirinya sendiri terluka.

Sekiranya kita merenung jauh ke dalam diri kita sejenak, hidup kita adalah lakonan semata. Kitalah pelakon-pelakon yang memainkan watak yang berbeza. Jika lakonan yang di tayangkan di TV, kitalah penontonnya. Ramaikan. Tetapi, dalam kehidupan dunia dan akhirat, hanya ada satu sahaja yang menjadi penonton dan pengadil serta penghukum iaitu Allah yang Esa. Hidup sebagai ’artis’ bukan senang. Sebagai pendakwah, hidup kita memang payah. Bukan mudah. Penuh mehnah. Lakonan kita (pendakwah) mantap jika berdialogkan al-Quran dan as-Sunnah. Namun, lakonan kita kurang atau tidak menjadi lansung jika kita berdialogkan duniawi semata. Kadang-kadang lakonan kita (pendakwah) tidak dapat diterima oleh pelakon-pelakon yang lain. Ada yang dengki, cemburu dan buruk sangka. Oleh itu, banyaklah gosip dan fitnah untuk ’pelakon’ seperti kita. Namun, ada ’pelakon’ yang sealiran dengan kita (pendakwah), menyokong tindakan kita, menjadi sahabat dan teman.

Adakalanya, kita (pendakwah) di rundung masalah, namun bila berhadapan dengan mad’u, kita perlu menunjukkan wajah yang ceria dan gembira. Untuk apa? Untuk menghidupkan watak yang dilakonkan. Watak apa? Watak sebagai seorang da’ie. Andai kata kita menunjukkan kesedihan di hadapan mad’u, sudah pasti dan confirm, mad’u itu tidak yakin untuk mendengar kata-kata kita, kerana kita sendiri tidak mampu mengendalikan masalah. Bahkan, mad’u itu akan bersimpati dengan kita (Bukan nak hipokrit, tapi, as pendakwah, kita kena pandai and bijak mengendalikan masalah sebab kita adalah orang yang di Tarbiyyah)

Kerana itulah....sebutkanlah dan hayatilah dialog yang telah diberikan oleh Allah iaitu al-Quran dan telusurilah as-Sunnah dengan sepenuh hati agar Allah berpuas hati dengan lakonan kita yang ikhlas. Apabila Allah berpuas hati dengan kita, maka seudah tentu Allah akan memilih kita sebagai orang yang dicintainya. Seperti artis terkenal. Bila dia disayangi oleh peminat, atau penonton, maka sudah pasti mereka akan memilih beliau untuk memengangi apa-apa pingat yang di pertandingkan.


Catatan :
  1. Pendakwah perlu tabah.
  2. Mehnah dan tribulasi adalah sunah berjuang.
  3. Bak kata guru aku "kalu nak cinta Allah, mesti ikut sunnah Rasulullah s.a.w"
...Wallahu'alam...
=)

No comments:

Post a Comment

(",)Wa atamanni hazihi ukhuwah 'ala ridhwanihi..