Tuesday, May 27, 2008

Respond Posting "ANUGERAH SUKARIN"


Assalamualaikum sahabat2 sekelian (hehe...), kabo??. Erm...aku sebenarnya nak kongsi sikit tentang posting aku semalam. Tadi masa dekat libry aku buka tafsir yang memang menjadi rujukan kegemaran aku (bukan nak menunjuk, tapi nak berkongasi na..), Tafsir Fi Zilalil Qur'an, Jilid 13. Sebelum ni aku ada terbaca sepotong ayat dari surah [al-Ahzab : 36]. Aku memang tertarik hati dengan ayat ni. So, that's why eden berkobar-kobar nak g ko libry hari ni. Akhirnya apa yang aku temui amat bermakna sekali. Ini adalah intipati yang aku dapat dari tafsir tersebut :


Firman Allah :
"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan-apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara-membuat pilihan sendiri mengenai urusan mereka, dan barangsiapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat nyata "
[al-Ahzab : 36]

Untuk mengetahui Nuzul ayat ini, bloeh rujuk tafsir tersebut. Cuma apa yang nak di kongsikan disini adalah ulasan dalam tafsir itu berkenaan :

Dasar Penyerahan Diri Kepada Keputusan Allah (Lihat ulasan di bawah) :

"Inilah satu asas dari asas-asas 'aqidah Islam yang telah tertanam di dalam hati angkatan kaum muslimin yang pertama. Ia tertanam dengan amat kukuh. Ia di yakinkan oleh jiwa mereka dan ia mempengaruhi perasaan-perasaan mereka. Intisari dari asas ini ialah mereka tidak mempunyai apa-apa kuasa pun di atas diri mereka dan urusan mereka, malah mereka dan segala apa yang ada di dalam milik mereka adalah di bawah kekuasaan Allah. Allah memilih dan mengendalikan mereka mengikut kehendak iradat-Nya. Mereka tidak lebih dari merupakan sebahagian dari alam buana yang berjalan mengikut undang-undang yang umum, sedangkan Allah Pencipta dan Pentadbir alam buana inilah yang menggerakkan mereka bersama-sama pergerakkan alam buana yang besar. Dialah yang membahagikan peranan-peranan kepada mereka masing-masing di dalam cerita alam buana yang besar ini. Mereka tidak mempunyai kuasa memilih peranan yang di lakunkan mereka kerana mereka tidak mengetahui cerita itu dengan sepenuhnya. Mereka juga tidak mempunyai kuasa untuk memilih gerak langkah yang disukai mereka kerana apa yang di sukai mereka mungkin tidak sesuai dengan peranan yang di tentukan untuk mereka, kerana mereka bukannya pengarang cerita itu dan bukan pula tuan punya panggung itu. Mereka hanya para pengambil upah yang mendapat upah dari kerja-kerja mereka. Merak tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam hasil natijah mereka itu"


Catatan :

Untuk mendapat penjelasan yang lebih lanjut dan menarik lagi, anda di alu-alukan
cari tafsir ni dan lihat sendiri kandungannya. Aku jamin, garenti tersenyum nyelah bila baca tafsir ni. Bukan surah and ayat ni jer, tapi surah yang lain gak.

wallahu'alam

Selamat Mencuba!!


Rujukan :

  1. Asy-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah, Tafsir Fi Zilalil Qur'an, Di awah Bayangan al-Qur'an, Jilid 13, Terjemahan oleh Yusoff Zaky Haji Yacob.

No comments:

Post a Comment

(",)Wa atamanni hazihi ukhuwah 'ala ridhwanihi..