بســــم الله الرحمان الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah wa syukruliLlah..Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Sayyidina Muhammad Rasulullah s.a.w dan Ahlul Baitinya dan para sahabat..
Syukur kerna sehingga saat ini jantung kita semua masih berdenyut dan kita masih lagi mampu menghembus nafas dari Sang Pemberi Nikmat, Allah Azzawajalla..SubahanAllah.. Maha Suci Allah dari segala kekurangan, sesungguhnya kita lah yang terlalu banyak kekurangan dan selalu berdosa sehingga kita perlu tersungkur di hadapan Tuhan memohon kemapunanNya. Ya Allah, ampunkanlah aku..T_T.(Ya Allah, aku teramat mahu menatap wajahnya ya Sayyidina Muhammad s.a.w yang sesungguhnya dia Keksaih Cinta Mu..layakkah aku..T_T, astaghfiruLlah.. Akan aku dan sahabatku berbakti kepada Ahlul Baitnya ya Sayyidina Muhammad s.a.w. Semoga janji Ya Habibina Rasulullah, aku dan sahabatku akan bersamanya di syurga..ameen..)
****
"Aku memohon Keampunan ALLAH yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkanNYA, yang Maha Hidup dan Maha Pengatur, Maha Mengampuni dosa-dosa, Maha Agung dan Mulia, dan aku bertaubat kepadaNYA dari segala kemaksiatan dan dosa-dosa dan dari dosa yang aku lakukan dengan sengaja atau tidak, zahir dan batin, ucapan dan perbuatan, dalam semua gerakkan dan diam, angan-angan dan hembusan nafasku semuanya secara terus-menerus, selamanya dan sampai bila-bila pun. Dan dosa yang aku ketahui, dan yang tidak aku ketahui, dengan hitungan yang tercakup dalam `Ilmu ALLAH dan terhimpun dalam buku catatan amal, terguris oleh pena, dengan hitungan apa pun yang telah wujudkan oleh Qudrat dan `Iradat ALLAH, dan dengan hitungan tinta yang dibuat menulis Kalimat-Kalimat ALLAH, sebagaimana layaknya Keagungan Dzat Tuhanku, Keelokan dan KesempurnaanNYA. Dan sebagaimana yang Dicintai oleh Tuhanku dan DiredhaiNYA."
****
~ Istighfar yang diriwayatkan oleh as-Sayyid al-Imam al-`Arif BiLlah Ahmad ibn Idris al-Maghribi رضي الله عنه; dari Kitab "Bintang Indah Cemerlang"
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين
No comments:
Post a Comment
(",)Wa atamanni hazihi ukhuwah 'ala ridhwanihi..