Sunday, September 19, 2010

Engkau telah pergi..


9 hari sudah berlalu...
Engkau telah pergi meninggalkan aku...
Meninggalkan aku keseorangan tanpa sesiapa...
Iman ku ini...
Tidak lagi mampu menasihati nafsu yang telah di hasut syaitan..

9 hari sudah berlalu...
Berlalu dan aku mencipta dosa baru..
Dosa itu yang telah ku pinta ampun maaf..
Kini terulang lagi..
Kerana aku..
Belum beriman...

9 hari sudah berlalu..
Berlalu dengan memberi Fitrah hanya untuk seketika..
Dan aku lah yang amat menzalimi diri..
Menzalimi diri untuk kehidupan yang tidak pernah kekal..

Oh Tuhan..!!!!
Yang Maha Mendengar...
Yang Maha Melihat...
Yang Maha Membantu...
Dengarkanlah permintaan ku...
Ku persembahkan pada Mu kekesalan ku...
dan..
Bantulah aku untuk menuju Mu..
Munuju kepada Pengampunan Mu sebelum Engkau menutupnya...

Ya Tuhan ku..
Bantulah aku untuk sentiasa rasa berdosa pada Mu...
Bantulah aku untuk sentiasa rasa takut pada Mu...
Bantulah aku untuk sentiasa menghina diri pada Mu...
Bantulah aku untuk sentiasa taat pada Mu...
Bantulah aku untuk sentiasa syukur pada Mu...

Sesungguhnya...!!
Engkaulah pemberi RASA itu...
Kurniakanlah aku RASA itu...
Rasa yang mahal...
Rasa yang akan mencukupkan aku sebagai hamba Mu...
Rasa yang menghilangkan lapar dan dahaga ku...
Rasa yang melemahkan nafsuku..
Rasa yang menjadi penghibur di kala duka ku...
Rasa yang membuatkan ku merindui Mu..!!

Ya Robbi...


(Tuhan..aku malu pada Mu..T_T)

No comments:

Post a Comment

(",)Wa atamanni hazihi ukhuwah 'ala ridhwanihi..