
saat malam sudah berlalu pergi..
hening malam pula menyinggah di qalbi ini..
dan..
aku masih berselimut di antara dosa dosa semalam..
dosa dosa yang tiada pernah meningalkan ku..







Akulah yang slalu tidak beradab dengan sifat Jamal Mu..
Keindahan Mu yang slalu tiada ku endahkan..
Bagaikan melihat permata tapi tiada tahu berbuat apa-apa..
Tuhan..
Aku sentiasa tidak beradab dengan mu..
Dan masih terhijab dengan rasa hina yang melanda diriku..
Masih terhijab dengan munajat ku..
Aku masih terhijab dan semua itu menghijab ku…
Menghijabku dari memandang Mu dengan haq..
Itulah aku…
Semua diamkan diri..
Aku tidak mahu mendengar lagi..
Aku bukanlah sesiapa..
Cuma hamba yang tersangat hina!
Dari diri yang hina..!
Namun menagih Cinta Nya yang Maha Suci..

Terpancar air kedamaian..
Dari sebuah galian diri..
Di situ ku temukan jawapan bagi kedahagaan ini..
Di situ kurasakan kenyamanan yang luar biasa..
Di situ kurasakan kenikmatan..
Sumbernya terpancar dari mata air yang berbeza..
Mata air yang tersembunyi..
Terselindung..
Pada mulanya keruh..
Namun ku terus menggali sehingga ku dapati kejernihan terpancar..
Terpancarnya dari tanah yang kering dan
merekah..
jika tiada memperdulikannya, maka berterusanlah kekeringan yang menyelubunginya..
Tapi..
Jika ada yang menggalinya tanpa mengira imbalan..
Maka akan ketemui sumber air kedamaian..
Sumber air kebahagian..
Yang membahagiakan..
Air kedamaian inilah yang akan menyuburkan tanah yang kekeringan..
Sehingga..
Tumbuhlah rimbunan Cinta yang hakiki..
Tempat berteduh menikmati kelazatan..