Sunday, December 16, 2007

Tazkirah : Cubalah Faham Masalah Aku!!!! : Eh Marah ke??


Herm…aSsaLamualAikuM…selamat sejahtera…dan sebagainya lagi…time melepaskan geram..he…ape khabar sahabat semua??. Moga iman bertambah dengan bertambahnya amalan yang soleh.
”Sahabat yang perihatin”. Bagus ada sahabat yang macam ni. Sebenarnya bila seorang berhadapan dengan masalah dia di ibaratkan seperti pesakit yang penyakitnya kronik giler!! dan sahabat yang ingin menasihatinya adalah ibarat seperti Doktor pakar. Tapi untuk sahabat yang perihatin, disini ada beberapa tips untuk menjadi sahabat yang perihatin, berkualiti, berhikmah dan di sayangi. Saya pun boleh di ketogori kan sebagai sahabat perihatin juga(ceh, perasan...). Tapi saya pun kena ingat dan hafal serta amalkan tips2 ni. Sila baca tips di bawah :

Sekiranya anda perasan yang sahabat anda ada masalah, ape yang boleh anda buat dengan cara yang agak berhikmah agar tidak menyakitinya :
1) Cuba perhatikan tindak tanduknya.
2) Jangan melulu tanya. Contohnya : ”Ada masalah ke?”. Ini adalah kerana, kadang2 sahabat kita tak suka kita tanya macam 2 sebab dia memang nak uzlah kejap. Bagi dia kalau dia nak bagitahu atau cerita masalah 2 dia akan cerita. So tak perlu tanya. Dia tak kan cerita juga.
p/s : If sahabat kita memang jenis selamba dan suka cerita masalah, so tak per la tanya melulu macam tu. Tapi kalau sahabat kita tak suka ditanya melulu, tapi kita tanya juga, maknanya kita memang tak kenal sahabat kita lagi..so ta’aruf balik..padan muka..hehe..
3) Hari ke3 atau ke 4 baru tanya masalah sahabat kita.

Kalau ada masalah, nak luah dekat siapa??. Ni ada tips sikit :
1) Cari orang yang paling sesuai untuk luahkan masalah. Paling sesuai maksudnya kalau boleh, beliau mesti ada pengalaman untuk masalah yang sejenis macam kita.

2) Saya suggestkan, carilah orang yang berilmu agama sikit untuk cerita masalah dan minta pendapat dia. Dah le kita ni orang yang biasa2 je. Kalau minta pendapat orang biasa gak, alamatya masalah kita tak settle gak. Nak minta pendapat kena rujuk, paling kurang ustazah atau ustaz. Mereka lebih berilmu dan berpengalaman.

Kenapa????
~ Ini kerana untuk mengelakkan kita lebih tension! menghadapi masalah sekiranya kita cerita dekat orang yang tak da pengalaman. Orang yang tak da pengalaman, biasanya akan cakap ikut teori dan ilmu dia saja. Jadi tak sesuai. Pengalaman adalah guru terbaik untuk kita. Ingat!.

~ Orang yang tak da pengalaman ni tak kan faham masalah kita. Dia akan lebih memerhatikan kita. Setiap pergerakkan kita dia akan intip. Ha lagi bahaya. Kita boleh tension kalau gitu. Lama2 bleh masuk wad gila...haha...

~ Sebenarnya yang ada ilmu pun bagus gak, cuma kurang berkesan lah nasihat dia dekat kita.

Dalam masa kita mencari asbab untuk menenangkan hati, kita kenalah senantiasa berdoa kepada Allah agar di permudahkan kekusutan yang melanda diri. Antaranya solat taubat dan bacaan al-Quran.


Ada tips sikit lagi :

~ Kalau hati anda rasa tak tenang, cuba ambil al-Quran. Niatkan betul2 moga Allah beri petunjuk melalui Firmannya. Then kita terus buka al-Qurann tu without pilih2 helaian yang kita nak baca. insyaAllah,sekiranyan diizinkan Allah, Dia yang Maha Pengasih akan beri petunjuk pada kita..Percayalah. ini semua akan berlau dengan kuasa Allah....

Ok. Selamat Mencuba. Kepada semua yang bergelar SAHABAT, saya doakan kalian success dalam menjadi cermin kepada sahabat anda. Ingatan buat diri juga...ameen Ya Robbal ’alamin.

Catatan :

~Bab Doktor dan pesakit ni, nanti aku sambung balik ceritanya. Memang best(perasan), aku rasalah. Tapi tak tahu pula pendapat anda macam mana. InsyaAllah aku sambung kalau sempat. Kalau tak sempat, pandai pandailah fikir ye...=)

~8.00 malam, Lepas Maghrib aku dapat idea ni. Nie sekadar cadangan kalau rasa bermanfaat, so cubalah…

Tazkirah : Ideologi Berbentuk Agama : Bahai

Pengasas: Mirza Ali Muhammad

~Dilahirkan di Sirazi

~Dakwa sebagai `al Bab’- pintu yang menghubungkan manusia dengan iman yang lenyap dan akan keluar di akhir zaman
~Dikenali sebagai Babiyyah
~Dakwa sebagai Imam Mahdi dan Khalifah dpd. Nabi Musa, Isa & Muhammad

~Gabungkan ajaran Yahudi, nasrani dan Islam, bina agama baru.
~1853- ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh
~Diteruskan oleh pengikutnya
~Mirza Hussin Ali Bahullah perbaiki ajaran agama dan ubah kepada Bahaiyyah
~Gabung agama Sabain, Hindu, Budha dan lainnya.
~Fahaman serba Tuhan

Antara Bentu Ajaran :
~Menghapuskan permusuhan antara penganut agama (Agama International).
~Mengharamkan penggunaan senjata untuk jihad. Yang ada hanya jihad lisan.

~Muhamad bukan nabi terakhir.
~Solat jamaah hanya ada pada s. jenazah
~Percaya jelmaan tuhan.
~Akhirat hanya takwilan-syurga neraka tiada.



Catatan : Sekiranya ada terdapat percanggahan, minta maklumkan kepada saya dengan kadar yang segera untuk mengelakkan salah faham.

Terima Kasih..=)