Wednesday, December 31, 2008

** N E W P O S T I N G **

~Air Mata Muslimat~


"Siapa yang mengerti tentang hati wanita seperti kami. Hanya Allah yang memahami. Manusia tak mampu mendalami kecintaan, ketaatan dan jiwa kami yang sentiasa merindu KasehNya. Adakah mereka tahu, kami menangis. Hati kami menangis kerana dosa dan noda manusia. Hati kami kecewa. Tolonglah..kami perlu bimbingan, bukan galakkan kemaksiatan. Mereka juga tahu bertapa sucinya hati kami. Hormatilah pendirian kami. Hati kami perlu di jaga kerana hati kami terlalu mudah lembut dengan pujukkan, rayuan dan harapan yang di berikan. Tolonglah...janganlah beri kami apa-apa harapan. Kami tidak butuhkannya. Kami cuma mahu Cintanya, bukan perhatian mereka. Perhatian mereka, hanya membuatkan kami leka, lalai dan akhirnya ada yang kecewa. Tolonglah...kami perlu bimbingan. Kami sedih dan kecewa dengan keadaan hati kami. Hati yang sudah hilang cahaya. Hati yang di ajak berbicara, sudah diam membisu tidak berkata. Fahamilah kami, kerana kami adalah pembantu sayap kiri mereka. Jangan buat kami begini, kami lemah dan hilang harapan jika mereka terus menyiksa jiwa kami. Bantulah kami untuk menjaga hati kami, kerana sesungguhnya, kami sebenarnya ingin menjaga hati mereka dari terleka & terlalai terhadap kami."
Ensha Allah, entry ini akan aku siarkan jika di izinkan Allah s.w.t. Moga2 kita menjadi seorang ensan yang sangat menjagai hati, kerana disitulah tempat tumpuan Kekasih hati, Allah s.w.t.
:akuhamba86:
Tunggu... =)

Tasbih Cinta




Duhai hati yang sendiri

Engkau bernama 'sepi'
Jauh terhindar tercemar
duniawi

Dalam jiwa mu tega terluka

Meredah kemuncup perjuangan yang penuh duga

Saling menzahir cinta demi cinta

Engkau cukup terluka, terluka seribu rasa

Adakah mereka mengerti duhai hati?

Adakah mereka memahami?

Sungguh zalimnya dirimu

Menghunus pedang ke jantungmu sendiri

Teganya engkau membenamkan ia di lubuk hatimu

Membiarkan hatimu luka dan parah

Aku tahu, perit engkau mengusir semak dilubuk hatimu

Mengharap segengam harapan demi harapan

Demi sebuah cita dan Cinta..


Nukilan rasa : akuhamba86


Thursday, December 25, 2008

Tabir Cintaku


Aku mahu sentiasa mencintai, meratapi , menangisi
Sebuah kehidupan yang pasti ada kesudahan
Hatiku yang sentiasa di lewati duka dan nestapa, rindu dan bahagia
Meragut segenap jiwaku untuk menantiNya
Kadar sebuah duka yang tidak tertanggung
Dibayar tunai oleh kasih yang menggunung
Kudus kasih ini pasti di metrai perpisahan yang hakiki
Namun, kukuh cinta ini bertemu Kasih pasti
Aku tidak akan tega lagi melatah
Meraung sakitnya melukakan segenap jiwa
Aku akan terus meredah laut duka dan bahagia ini demi cintaNya
Walau badai lautan menghentam aku karam
aku lemas..
Namun teguh hati ini tak meranapkan kecewa kesakitan
Aku tetap menanti dan menadah cintaNya
Walau setitik jiwaku hitam kelam
Jurai air mata ini tak dapat aku tahan
Umpama hujan
Meratap pilu dosa yang aku lakukan..
Ya Robb...ampunkanlah dan maafkanlah diri hambamu yang penuh dosa ini..
:: aku hamba86 ::


Sunday, November 23, 2008

Taubat Seorang Hamba

Hati hitam mengenangkan..
Dosa-dosa yang ku lakukan..
Oh Tuhan Maha Kuasa..
Terima taubat hamba berdosa..
Ku akui kelemahan diri..
Ku insafi kekurangan ini..
Ku kesali kejahilan ini..
Terimalah..terimalah..terimalah taubat ku ini..
Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan menuju redha Mu ya Tuhan..
Ku akui kelemahan diri..
Ku insafi kekurangan ini..
Ku kesali kejahilan ini..
Terimalah...terimalah..terimalah..taubatku ini...
Dihamparan ini ku meminta...
Moga taubat ku di terima...
Penyanyi : Hafiz Hamidun
"Ya Allah, ampunilah segala dosaku ini...
Ya Allah...ampunilah aku...ampunilah aku...
ameen ya Robb..

Sunday, June 22, 2008

** KEMBARA INI **


Kembara ini,
Masih belum selesai..
Kemana lagi jasad ini akan mengatur langkah..
kemana..?
Adakah masih ada jalan..?

Kembara ini,
Membawa harapan..
Jalan ceritanya penuh suka dan duka..
Tawa dan nangis..
Adakah masih ada jalan..?

Kembara ini,
Pasti berakhir jua suatu hari nanti..
Berakhir tanpa nota terakhir..
Pada tika itu..
Mengertilah diri..
Pasti ada jalan..
Jalan menuju sebuah pengakhir pengembaraan..
Menuju Cinta paling hakiki..
Bertemu Tuhan Cinta Teragung paling abadi...


Ainul Hafizah-08

Sunday, June 15, 2008

RAHMAT UJIAN


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Catatan :
  1. Selamat Hari Bapa buat semua Bapa2 di Malaysia dan di seluruh dunia.
  2. Betul. Sememannya Ujian itu Rahmat buat kita. Bersyukurlah walaupun ujian itu perit.
  3. Ok. Selamat Menghadapi Ujian!

Tuesday, May 27, 2008

Respond Posting "ANUGERAH SUKARIN"


Assalamualaikum sahabat2 sekelian (hehe...), kabo??. Erm...aku sebenarnya nak kongsi sikit tentang posting aku semalam. Tadi masa dekat libry aku buka tafsir yang memang menjadi rujukan kegemaran aku (bukan nak menunjuk, tapi nak berkongasi na..), Tafsir Fi Zilalil Qur'an, Jilid 13. Sebelum ni aku ada terbaca sepotong ayat dari surah [al-Ahzab : 36]. Aku memang tertarik hati dengan ayat ni. So, that's why eden berkobar-kobar nak g ko libry hari ni. Akhirnya apa yang aku temui amat bermakna sekali. Ini adalah intipati yang aku dapat dari tafsir tersebut :


Firman Allah :
"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan-apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara-membuat pilihan sendiri mengenai urusan mereka, dan barangsiapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat nyata "
[al-Ahzab : 36]

Untuk mengetahui Nuzul ayat ini, bloeh rujuk tafsir tersebut. Cuma apa yang nak di kongsikan disini adalah ulasan dalam tafsir itu berkenaan :

Dasar Penyerahan Diri Kepada Keputusan Allah (Lihat ulasan di bawah) :

"Inilah satu asas dari asas-asas 'aqidah Islam yang telah tertanam di dalam hati angkatan kaum muslimin yang pertama. Ia tertanam dengan amat kukuh. Ia di yakinkan oleh jiwa mereka dan ia mempengaruhi perasaan-perasaan mereka. Intisari dari asas ini ialah mereka tidak mempunyai apa-apa kuasa pun di atas diri mereka dan urusan mereka, malah mereka dan segala apa yang ada di dalam milik mereka adalah di bawah kekuasaan Allah. Allah memilih dan mengendalikan mereka mengikut kehendak iradat-Nya. Mereka tidak lebih dari merupakan sebahagian dari alam buana yang berjalan mengikut undang-undang yang umum, sedangkan Allah Pencipta dan Pentadbir alam buana inilah yang menggerakkan mereka bersama-sama pergerakkan alam buana yang besar. Dialah yang membahagikan peranan-peranan kepada mereka masing-masing di dalam cerita alam buana yang besar ini. Mereka tidak mempunyai kuasa memilih peranan yang di lakunkan mereka kerana mereka tidak mengetahui cerita itu dengan sepenuhnya. Mereka juga tidak mempunyai kuasa untuk memilih gerak langkah yang disukai mereka kerana apa yang di sukai mereka mungkin tidak sesuai dengan peranan yang di tentukan untuk mereka, kerana mereka bukannya pengarang cerita itu dan bukan pula tuan punya panggung itu. Mereka hanya para pengambil upah yang mendapat upah dari kerja-kerja mereka. Merak tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam hasil natijah mereka itu"


Catatan :

Untuk mendapat penjelasan yang lebih lanjut dan menarik lagi, anda di alu-alukan
cari tafsir ni dan lihat sendiri kandungannya. Aku jamin, garenti tersenyum nyelah bila baca tafsir ni. Bukan surah and ayat ni jer, tapi surah yang lain gak.

wallahu'alam

Selamat Mencuba!!


Rujukan :

  1. Asy-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah, Tafsir Fi Zilalil Qur'an, Di awah Bayangan al-Qur'an, Jilid 13, Terjemahan oleh Yusoff Zaky Haji Yacob.

Monday, May 26, 2008

PENCALONAN ANUGERAH SUKARIN

Gambar sekadar Hiasan

Osme (Pelakon kurang terkenal) :
Inilah saat yang di nantikan. Tak gitu cik Gayah.

Cik Gayah (Penyanyi paling pelupo) : Ya betul!!

Osme : Dimumkan, pelakon wanita terbaik anugerah Sukarin tahun 2010 jatuh kepada ...(Gedegam gedegum )......Cik.... Nyonya..” Dijemput keatas pentas.

Berdentam dentum tepukan gemuruh dari penonton. Hampir meletup mikrofon dan speaker..hehe.....

...............................................................................................

Begitulah kehidupan umpama lakonan. Wah..wah...hehe...first of all, aku nak menyusun jari2 ni nak minta maaf sebab lama tak update blogs ni. Sibuk dengan tesis. Nak buat macam mana. Perjuangan belum selesai. InsyaAllah, hari ni, aku nak berkongsi sesuatu dengan kalian sahabat2 yang di kasihi sekalian (Wah, cam nak bagi syarahan agama pulak dah..=) )

Jom kita buka minda (buka selua-luasnya), kita lihat, artis pada hari ini, tidak kira pelakon, penyanyi, pelawak, penulis, penerbit dan pepe yang lain, hidup mereka penuh cabaran, ujian dan dugaan. Gosip silih berganti, fitnah datang dan pergi. Bukan mudah menjadi artis. Kadang-kadang di uji dengan kemewahan. Kadang-kadang diuji juga dengan kemiskinan dan kesusahan. Dan kadang-kadang juga diuji dengan keindahan dan kecantikan. Sebenarnya banyak ujian untuk seorang yang bergelar artis. Contohnya seorang pelakon. Jika kita lihat, seorang pelakon itu merupakan seorang yang tabah. Melakonkan wataknya mengikut skrip yang telah disediakan. Walaupun kadang-kadang, kondisinya ketika dilokasi tidak baik, mungkin dia sedang bersedih, namun, apabila skrip dan director menuntut dan mengkehendaki dia gembira maka senyuman perlu diukir. Untuk apa? Untuk menghidupkan lakonan itu. Begitulah juga sebaliknya. Kerjaya seorang pelakon menuntut artis untuk bersabar. Sekiranya dia penyanyi, dia perlu menghiburkan orang. Walaupun, dia dalam keadaan sedih, namun, tanggungjawabnya kepada penonton perlu di laksanankan. Mendedangkan lagu yang telah digarap indah lirik dan diikat bersama melodi. Wah! indah sekali. Sekiranya, penyanyi mendendangkan lagu dengan penuh penghayatan, sudah tentu penonton akan berpuas hati dan tersenyum.

Begitulah kehidupan seorang artis, perlu mengembirakan orang lain walaupun dirinya sendiri terluka.

Sekiranya kita merenung jauh ke dalam diri kita sejenak, hidup kita adalah lakonan semata. Kitalah pelakon-pelakon yang memainkan watak yang berbeza. Jika lakonan yang di tayangkan di TV, kitalah penontonnya. Ramaikan. Tetapi, dalam kehidupan dunia dan akhirat, hanya ada satu sahaja yang menjadi penonton dan pengadil serta penghukum iaitu Allah yang Esa. Hidup sebagai ’artis’ bukan senang. Sebagai pendakwah, hidup kita memang payah. Bukan mudah. Penuh mehnah. Lakonan kita (pendakwah) mantap jika berdialogkan al-Quran dan as-Sunnah. Namun, lakonan kita kurang atau tidak menjadi lansung jika kita berdialogkan duniawi semata. Kadang-kadang lakonan kita (pendakwah) tidak dapat diterima oleh pelakon-pelakon yang lain. Ada yang dengki, cemburu dan buruk sangka. Oleh itu, banyaklah gosip dan fitnah untuk ’pelakon’ seperti kita. Namun, ada ’pelakon’ yang sealiran dengan kita (pendakwah), menyokong tindakan kita, menjadi sahabat dan teman.

Adakalanya, kita (pendakwah) di rundung masalah, namun bila berhadapan dengan mad’u, kita perlu menunjukkan wajah yang ceria dan gembira. Untuk apa? Untuk menghidupkan watak yang dilakonkan. Watak apa? Watak sebagai seorang da’ie. Andai kata kita menunjukkan kesedihan di hadapan mad’u, sudah pasti dan confirm, mad’u itu tidak yakin untuk mendengar kata-kata kita, kerana kita sendiri tidak mampu mengendalikan masalah. Bahkan, mad’u itu akan bersimpati dengan kita (Bukan nak hipokrit, tapi, as pendakwah, kita kena pandai and bijak mengendalikan masalah sebab kita adalah orang yang di Tarbiyyah)

Kerana itulah....sebutkanlah dan hayatilah dialog yang telah diberikan oleh Allah iaitu al-Quran dan telusurilah as-Sunnah dengan sepenuh hati agar Allah berpuas hati dengan lakonan kita yang ikhlas. Apabila Allah berpuas hati dengan kita, maka seudah tentu Allah akan memilih kita sebagai orang yang dicintainya. Seperti artis terkenal. Bila dia disayangi oleh peminat, atau penonton, maka sudah pasti mereka akan memilih beliau untuk memengangi apa-apa pingat yang di pertandingkan.


Catatan :
  1. Pendakwah perlu tabah.
  2. Mehnah dan tribulasi adalah sunah berjuang.
  3. Bak kata guru aku "kalu nak cinta Allah, mesti ikut sunnah Rasulullah s.a.w"
...Wallahu'alam...
=)

Wednesday, May 21, 2008

:: H A K I K A T B A H A G I A ::


Sahabat,
Aku menyayangi mu,
Semoga ukhuwah kita kekal selamanya,
Biar dugaan datang melanda,
Ku akan cuba mempertahankannya,
Kerana persahabtan kita,
Terpatri atas tunjang Aqidah yang sahih..
..............................................................................
~ i k h l a s T a p i J a u h ~
Hamba

Sunday, May 18, 2008

S A M P A I K A N


Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan
buatnya. .

Tolong beritahu si dia, cinta agung
adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
YangMaha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan
ibubapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih
cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya
kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula
mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia
tenggelam dalam angan-angannya. .

Tolong tegur si dia, andai nafsu
mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang
Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia. Aku masih
milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia,
tanggungjawabnya besar kepada
keluarganya. .
Tolong sabarkan si dia, usah ucap
cinta di kala cita-cita belum
terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan
cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak
mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya. .

Tolong pesan padanya aku membiarkan
Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku
tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-
citanya. .

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah
penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku
mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga
hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana
aku tidak mampu memberitahunya
sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau
aku sendiri tidak mengetahui siapa dan
dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan
santunnya dan bertemu mawar berduri
yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga
engkau bertemu diriku suatu hari
nanti...
"Sandarkanlah cinta kepada
Allah...pasti tidak kecewa kerna pasti
ada balasan..."

...Bunga Purple Untuk Guru2 Ku...
Terima Kasih Guru!

:: SELAMAT HARI GURU ::


Selamat Hari Guru kepada semua guru2 yang pernah mendidik aku. Jasa kalian aku tak kan lupa. Semoga kalian di panjangkan umur dan di murahkan rezeki...ameen...aku sayang kalian semua...

: : M a a f S a n g a t : :

Salam buat kalian semua...
Lama sunguh aku tak update blog nie. sebenarnyer memang nak update, tapi tak bawa bahannyer pula..hehe..doakan aku ye...
~Wasalam~

Sunday, March 23, 2008

K U S E S A L I

Ya Allah,

Inilah hambaMu,

Yang meratap mengharap percikan cintaMu,

Engkau tahu,

Bertapa jelaga nista terus memburu,

Dosa dan dosa dan dosa,

melagukan sonata hawa nafsu,

Kelu lidahku untuk mengaku di hadapanMu,

Malu jiwaku untuk menatapMu,

Ya Allah,

Dalam gundah penuh ragu aku menghampiriMu,

Menatap diriku sendiri yang selalu berpaling,

sesekali dosa-dosa ku sesali,

Tetapi berjuta kali ku ulangi,

Betapa harus ku mengadapMu,

Sedang seluruh syaraf batinku,

Hanyalah kisah kepalsuan..

Wednesday, March 19, 2008

A d i k K u A s r a r

Asrar : Salam. akak..asrar seronok sangat belajar hari nie...Ade ke budak-budak tu present cakap kerajaan kita sama dengan Andalusia..Asrar teringat akak cite tentang dasar negara hari tu, antara perlembagaan dan uluhiyyah..apelagi kuar la hujah, panas betul...bile dah faham Islam, kite rase sangat nak tegakkan Islam tu, kan akak?
Catatan : Mesej nie dari adikku yang comel. "Bagus adik, teruskan usaha untuk faham Islam. semoga adik Istiqomah ye sayang..."
p/s : So, kita bertangungjawab untuk memahami hakikat Islam itu sendiri. baru dapat menilai.

M u t i a r a H a t i

"Dalam kita melangkah terkadang di uji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk..
dan menangis..
peritnya terasa..
tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri..
kerana mungkin air mata ketika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman..
yang kian terkoyak lantaran tersasar dari ke ikhlasan..
semoga kita tabah dan di tetapkan iman.."
~Nukilan Rasa~

Tuesday, March 11, 2008

~ T A Z K I R A H : K A U K E K A S I H K U ~


“Afirah, Khirul sayang dan rindu dekat Afirah selalu. Kalau Afirah sayang dekat Khirul
, nak tak kita………….”
Bicara seorang lelaki dalam lingkungan 20-an sambil merangkul tangan kekasihnya.


“ Khirul, tak boleh buat macam ni! Berdosa sangat Afirah rasa…..kita bukan suami isteri. Mana boleh bersama-sama lagi macam ni....” Afirah membalas dalam nada menolak ajakkan Khirul sambil matanya menunduk kebawah.


”Tak ape Afirah. Khirul janji, janji betul-betul ni, lepas ni khirul akan kahwin dengan Afirah ye...” Bersinar-sinar mata Khirul memberi harapan palsu kepada Afirah.


Akhirnya, sepasang kekasih ini terus bersama, larut dan alpa dalam gelojak dan gelora jiwa yang membara tanpa menghiraukan hukum azab siksa Allah yang bakal di timpakan kepada mereka berdua nanti. Azab neraka pada ketika itu umpama ’syurga cinta’. Api yang panas umpama salji yang sejuk. Dunia milik berdua. Tiada siapa yang nampak. Inilah hakikat insan atau manusia yang alpa dan lupa pada hari ini. Nilai cinta di tempatkan jauh ke lembah maksiat, umpama cinta haiwan yang tidak punya akal fikiran. Manusia kufur pada nikmat akal untuk membezakan antara halal dan haram!

Allah telah befirman dalam surah ’Ali Imran ayat 110 yang bermaksud :
”Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang di lahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan berman kepada Allah..”

Kitalah umat yang terbaik yang telah di ciptakan Allah. Sedihnya, kenapa kita tidak pernah mempersembahkan nilai akhlak yang mulia kepada Allah. Beginikah cara untuk kita tunjukkan rasa sykur kita kepadaNya? Ya Allah....”Rabbirfirli ya Allah....Rabbirfirli Ya Rahman....Rabbirfirli Ya Rahim...”. Mungkin kita terlupa...

”Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh paling baik untuk menjadi ikutan kamu”
[al-Ahzab : 21]

Begitulah hakikat Rasulullah diutuskan. Mengapa kita tidak pernah menjadikan Rasulullah sebagai Qudwah Hasanah? Mengapa nilai akhlak dan moral barat kita ambil? Kenapa? Kenapa? Tidak cukupkah nilai akhlak yang ada pada Rasulullah?

Andai kata Rasulullah ada di hadapan kita, sudah tentu baginda sedih dan menitiskan air mata melihat umatnya yang lelah kalah pada nafsu pada hari ini. Andai kata Saidina Umar al-Khattab masih hidup, sudah tentu di hunuskan pedangnya untuk menikam sesiapa sahaja yang tidak menghargai Rasulullah s.a.w.


Bila di tanya tentang akhlak Rasulullah, tiada seorang sahabat pun yang mampu menceritakannya. Sebak menusuk sukma, bila terkenangkan akhlak Rasulullah. Rasulullah sesungguhnya amat cinta pada Ilahi, penyayang, kasih pada isteri, sahabat, kaum keluarga dan khususnya umat manusia.


Sehingga sampai satu ketika Ali telah ditanya oleh seorang Arab Badui mengenai akhlak Rasulullah, Ali dengan linangan air mata berkata: ”Ceritakan kepada ku mengenai keindahan dunia ini.”
Arab Badui itu menjawab : ”Bagaimana mungkin aku dapat menceritakan keindahan dunia ini..”
Ali menjawab : ”Engkau tidak sanggup menceritakan keindahan dunia padahal Allah s.w.t berfirman bahawa sungguh dunia ini kecil dan hanyalah senda gurau belaka. Bagaimana aku dapat melukiskan akhlak nabi sedangkan Allah berfirman :

”Sesungguhnya Muhammad memiliki budi pekerti yang Agung”
[al-Qalam : 4]

”Ummati...ummati...ummati...” itulah kalimah yang telah menghancurkan leburkan hati setiap umat yang bisa memaksa air mata setiap insan mengalir deras. Cintanya Rasulullah pada kita sehingga ke saat wafatnya..Ya Rasulullah....


”Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira’

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahduIringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya RasulullahKau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnyaKami merinduimu..”


Begitulah, ketika Rasulullah s.a.w wafat, kota Madinah dipenuhi dengan tangisan umat Islam. Ada diantaranya tidak percaya yang Rasulullah telah meninggalkan mereka.

Jika kita merenung dan menyingkapi semula setiap pengorbanan yang Rasulullah lakukan kepada kita, bermula dari Rasulullah diangkat menjadi Rasul sehingga wafatnya, maka sudah pasti kita sedikit pun tidak akan melakukan perkara yang mengguris hati Baginda. Kita pada hari ini tidak mahu memahami, menghayati dan menyintai nilai akhlak yang ada pada Rasulullah. Menerima akhlak Rasulullah umpama membaca buku. Setelah habis di baca, kita akan menutup buku tersebut dan menyimpanya jauh di sudut rak sehingga berdebu. Mungkin nilai akhlak di dalam buku itu kita ambil seketika kita masih ingat. Namun, bila telah lama berlalu, kita pun lupa nilai akhlak yang ada dala cerita itu, lalu kita pun kembali kepada nilai akhlak dan moral yang buruk. Perkara yang sama kita telah lakukan kepada Rasulullah s.a.w. Tidak zalimkah kita melakukan perkara sedemikian kepada kekasih Allah? Perjuangannya kita kenang dan peribadinya kita sanjung hanya pada ketika 12 Rabiulawal sahaja. Sedangkan cinta Rasulullah pada kita, umatnya tidak pernah mengira batas hari dan waktu. Ayuhlah sahabat, kawan-kawan sekelian. Ayuhlah kita kembali menyintai Rasulullah setulusnya, seikhlasnya, secintanya. Moga, bila tiba masanya kita kembali berkumpul di padang Mahsar, Rasulullah s.a.w bisa tersenyum melihat umatnya yang benar mengambil dan menggunakan harta peninggalannya iaitu al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dan rujukkan untuk kita mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w.


~Sempena sambutan Maullidur rasul yang bakal kita sambut pada 20 Mac 2008 bersamaan 12 Rabiulawal dengan waktu yang tersisa ini, apa kata kita mengambil peluang untuk mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w~

~Wallahu'alam~

Catatan : InsyaAllah, penulisan ini bakal keluar dalam salah satu Risalah di Universiti..Nantikan..

~ T E R I M A K A S I H G U R U ~


“..Menginfakkan harta kejalan Allah adalah perniagaan yang pasti menguntungkan dan tidak akan rugi untuk selamanya..”

Hermm..tetiba aku rasa sedih bila teringatkan amanat Guru aku nie. Betul kata dia. Aku tak kan lupa. Terima kasih Guru!. Actually, aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat Guru aku. Dia banyak mengajar aku. Menjadi anak muridnya adalah perkara paling berharga. Mendapat ilmu dan tarbiyyah. Aku bersyukur. Semoga Guruku senantiasa di Rohmati..


”Guru...
Terima kasih atas ilmu yang kau ajarkan..
Kami tidak akan lupa setiap masa yang kau luangkan buat kami...
Setiap ilmu mu pasti kami amalkan..
Moga berkatnya berterusan sehingga kita di kembalikan..
Semoga Allah sahaja bisa membalas jasamu..
Ameen ya Robb..”

Monday, February 25, 2008

~ Tersungkur Di Persimpangan 1 ~


Satu mesej yang aku dapat masa aku benar2 jatuh tersungkur berbunyi :


“Keyakinan kepada Allah adalah ibarat air kedamaian yang tak pernah kering menjadikan seorang muslim tetap tegar di saat orang lain berguguran dan tetap tenang di saat orang lain ketakutan”


Mesej ni datang dari seorang adik yang amat rapat dengan aku. Masa aku dapat mesej ni, terubat sedikit hati aku yang tengah sakit. Siapa tahu sakit yang aku rasa. Siapa nampak luka yang tengah berdarah. Hanya Allah yang tahu bertapa lukanya hati aku. Mahu sahaja aku menjerit sekuat hati. Aku tahu, akan ada satu masa yang akan membuatkan aku down sangat. Setiap manusia mesti alaminya. Bohong jika ada manusia yang kata,
”aku tak pernah rasa susah hati”. Tipu sangat lah tu..! Masa hati aku jatuh sakit, aku dapat rasa time tu juga, iman turun sikit. Itu lagilah buat aku sedih. Terpaksa cari jalan macam mana nak kuatkan diri aku balik. Naikan iman. Alhamdulillah, berjaya juga.
Aku telefon ibu. Dengar suara ibu dengan ayah boleh buat aku sebak sangat. Suara orang yang membesarkan kita. Allahuakbar!....aku sayang sangat dekat ibu dengan ayah. Aku nak cerita masalah ni, tapi problem ni tak boleh nak keluar. Macam di kunci dalam hati. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa parahnya.

Ni satu lagi mesej yang mengubat hati aku, dari adik yang sama :


”takda ape kak, takpe. InsyaAllah. 1 ja..doakan saya jadi muslim yang rindukan Tuhannya dan jaga hati kedua2nya(ibu dan ayah) ye...dunia ni kejap je kan, tak da ape ape pun padanya


Aku tersentak dengan ayat yang di highlight di atas. Betul 2. kejap sangatlah dunia ni if nak di bandingkan dengan akhirat yang kekal abadi. Tul tak??..

So, kawan2 jangan la susah hati sangat dengan hal dunia. Hal akhirat yang perlu di gusarkan.


Tingkat Iman !!

Kurangkan Masalah Tingkatkan Prestasi!!


..Semoga Ber.....jaya..


~Wallahu'alam~

Wednesday, February 20, 2008

~ S e b u a h C i n t a ~


Dalam gelap....
Senyuman itu menyapa....
Senyuman anak kecil...
Hadiah dariNya buat mu yang bergelar ibu...


Ibu....
Begitulah perjalanannya....
Hidupmu engkau korbankan untukku dan keluarga...
Engkaulah serikandi pejuang yang menjadi idola hati...

Ibu...

Taatnya engkau pada Ilahy...
Setianya engkau pada suami...
Cintanya engkau pada permata hati mu...
Seluruh ketaatanmu membuatkan hatiku lemah...
Keharuman cintamu melewati pintu syurga...

Ibu..
Percaturan hidupmu amat payah....
Engkau menongkah arus dalam cinta ini...
Tak pernah engkau berhenti melangkah walau susah...
Di saat hela nafasmu...
Kau tiupkan semangat buat kami...ibu...

Ibu ku sayang...bonda tercinta...
Tiada kata mahupun madah untukku hadiahkan....
Aku bersyukur dengan cinta mu, ibu...
Hari ini aku menjadi aku...
Menjadi yang berguna untuk Islam...

Dalam tabah hati...
Kuhadiahimu seuntai cinta yang kusulam lama...
Sulamannya emas cinta.....
Kuletak di dalam bekas doaku...ibu...
Ku kirimkan buatmu...

Ibu...
Ibu...

Ibu...ku harap semoga...
Kita dapat bertemu lagi...

“..Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah kedua-duanya sebagaimana mereka mengasihani aku ketika kecil..”

~ al-Fatihah buat yarhamah bonda sahabatku atulasca ~

Monday, February 18, 2008

Tazkirah : Hutan Organ ?? Wei gile ke?


” Pandangan mata selalu menipu..
Pandangan akal selalu tersalah..
Pandangan nafsu selalu melulu..
Pandangan hati itu yang hakiki..
Kalau hati itu bersih..

Hati kalau terlalu bersih..
Pandangannya kan menembus hijab..
Hati jika subur dan bersih
Firasatnya tepat dengan Allah..
Tapi hati bila di kotori ..
Bisikkanya bukan lagi kebenaran..
Tapi hati jika dikotori
Bisikkannya bukan lagi kebenaran...

Hati tempat jahtuhnya pendangan Allah..
Jasad lahir tumpuan manusia...

Utamakanlah pandangan Allah..
Daripada pandangan manusia..”

”Rabbil fir li war hamni warfa’ni wajjbur niwarzukni wahdini wa’afiini wa’fuanni...wa’fuanni Ya Allah...”

Aduhai hati...aduhai hati....aduhai hati....
Assalamualaikum sahabat2 yang senantiasa dihati.

Soal Hati??? Herm...aku paling suka kalau cakap tentang hati. Hari ni aku nak kongsi sikit tentang hati. Aku bukan nak cakap tentang masalah hati tapi aku nak cakap tentang bertapa uniknya hati kita.

Duhai sahabat sekelian...
Hati adalah anugerah Allah yang paling bernilai. Cuba lihat, if hati bersih suci dari noda, firasatnya menghampiri petunjuk Allah...subahanAllah..tahu tak kenapa??
Jom....kita selongkar Rumah Hati di tengah Hutan Organ..
Nak tahu tak??? Hati kita ada lima deria rasa. Herm..macam mana nie???

Deria rasa hati :
Deria berbicara
Deria bau
Deria mendengar
Deria melihat
Deria rasa


Deria berbicara :
Hati mampu berkata2 sebanarnya walaupun hati tiada mulut. Kata2 hati lebih tajam dan mendalam. Contohnya, andai kita menegur kawan kita dengan teguran itu datang dari hati, maka kawan kita akan lebih mudah tersentuh. Berbanding kalau kita menegur, hanya datang dari nafsu.

Deria bau :
Hati ita mampu menghidu perbuatan jahat, keikhlasan, kejujuran dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu cuba berbuat jahat, pasti hati dapat menghidu pergerakkannya.

Deria mendengar :
Hati...oh hati...hati mampu mendengar. Hati mendengar dengan mendalamnya. Contohnya, bila sahabat kita menceritakan masalahnya kepada kita, dan kita mendengar dengan telinga, sudah pasti kita tidak akan berasa apa2. tapi, sekiranya kita mendengar dengan hati, sudah tentu kita pun mahu sekali merasa kesedihannya..kan...

Deria melihat :
Hati juga mampu melihat....begitulah yang di katakan, melihat dengan mata hati. Pandangannya lebih tajam daripada melihat dengan mata kepala...

Deria merasa :

Disinilah yang di katakan..

”Hati kalau terlalu bersih..
Pandangannya kan menembus hijab..
Hati jika subur dan bersih
Firasatnya tepat dengan Allah..
Tapi hati bila di kotori ..
Bisikkanya bukan lagi kebenaran..
Tapi hati jika dikotori
Bisikkannya bukan lagi kebenaran...”

Umpama, lidah kita yang ada deria rasa. Dalam keadaan lidah yang bersih, cuba makan gulai ikan. Mesti kita dapat rasa, masin, manis, tawar, payau, kelat, pedas dan sebagainya. Tapi kalau lidah kita tak bersih, hilanglah deria rasa. Cuba minum air cokelat yang manis, pastu makan pula kuih lepat pisang yang manis. Confirm! Hilang rasa manis lepat tu...kecualilah kalau kita minum air masak untuk hilangkan rasa manis air tadi...

Sama2 lah kita menjaga hati

~Wallahu’alam~

Thursday, February 14, 2008

Wa'fuanna Ya Allah...Allah..Allah..Wa'fuanna


Maksudnya :
[30] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
[31] Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.
Catatan : Itulah tanda bertapa kasihnya allah pada kita. Kitalah makhluk ciptaan Allah yang paling istimewa..
Wallahu'alam

~...R I N D U P A D A K A L I A N... ~

Gambar Sekadar Hiasan

...Assalamualaikum...
Rasanyer da lame tak upDate Blogs. Bukanyer sebab tak der masa, tapi ada sebab lain. Aku harap sangat, kalian semua sempat menghabis dan menghadami setiap Tazkirah yang di post di blogs aku. Di setiap Tazikirah, ada mesej yang aku nak sampaikan. Ianya bukan omong kosong . Adakalanya, merupakan satu hakikat yang mungkin berlaku pada diri aku mahupun orang lain. Aku mohon maaf jika ada juga yang tersinggung.

TERISTIMEWA :
Buat adik adik di Bait al-Amin, akak rindu pada kalian. InsyaAllah, jika ada kelapangan akak akan sampai juga ke Bait al-Amin....Doakan akak disini yang sedang berjuang berhabis-habisan untuk projek tahun akhir dan dalam akademik terutamanya dan yang paling penting dalam menegakkan Kalimah Tauhid di Bumi Allah ini. Terima kasih di atas di atas nyayian lagu Happy Birthday untuk akak. Walaupun akak tak dengar, namun keikhlasan adik2 mampu sampai dan di dengari oleh setiap makhluk di langit sana..InsyaAllah. Terima kasih juga kerana senantiasa mendoakan akak disini...Akak doakan semoga adik2 berjaya di dunia mahupun di akhirat....

...Ameen a Robbal 'alamin...

Buat adik2 Rasyadah akak, akak harap, adik2 lah penyambung rantai2 dakwah ini. Istiqomah dalam perjuangan ye Rasyadah. Akak sayang pada kalian. Kasih sayang akak tidak pernah kurang mahupun sedikit.Walaupun tidak berapa bulan lagi akak akan habis belajar, namun akak harap ukhuwah kita seErat2nya dan sekuat akar yang mencengkam bumi. Amalkanlah setiap ilmu yang di peroleh. Hanya itu sahaja yang akak mampu berikan sebagai tanda kasih sayang akak pada kalian...

Untuk semua yag membaca Blogs ana, teruslah lewati blogsini, dan ambillah setiap yang bermanfaat darinya.

..Wallahu'alam..

Monday, January 28, 2008

Tazkirah : Kematian Hati

Oleh: Alm. K.H. Rahmat Abdullah (Tarbawi)
Banyak orang tertawa tanpa (mau) menyadari sang maut sedang mengintainya.
Banyak orang cepat datang ke shaf shalatlayaknya orang yang amat merindukankekasih. Sayang ternyata ia datangtergesa-gesa hanya agar dapat segerapergi. Seperti penagih hutang yang kejamia perlakukan tuhannya. Dari jahilengkau disuruh berilmu dan tak ada izinuntuk berhenti hanya pada ilmu. Engkau dituntut beramal dengan ilmu yang Allahberikan. Tanpa itu alangkah besarkemurkaan Allah atasmu.Tersanjungkah engkau yang pandai bercakap tentang keheningan senyapditingkah rintih istighfar, kecupak air wudhu di dingin malam, lapar perut karena shaum atau kedalaman munajat dalam rakaat-rakaat panjang.Tersanjungkah engkau dengan licin lidahmu bertutur, sementara dalam hatimu tak ada apa-apa. Kau kunyah mitos pemberian masyarakat dan sangka baik orang-orang berhati jernih, bahwa engkau adalah seorang saleh, alim, abid lagimujahid, lalu puas meyakini itu tanparasa ngeri.As-shiddiq Abu Bakar Ra. Selalu gemetarsaat dipuji orang. "Ya ALLAH, jadikandiriku lebih baik daripada sangkaanmereka, janganlah Engkau hukum aku karena ucapan mereka dan ampunilah dakulantaran ketidaktahuan mereka," ucapnya lirih.Ada orang bekerja keras denganmengorbankan begitu banyak harta dandana, lalu ia lupakan semua itu dan takpernah mengenangnya lagi. Ada orangberamal besar dan selalumengingat-ingatnya, bahkan sebagianmenyebut-nyebutnya kepada khalayak. Adaorang beramal sedikit dan mengklaimamalnya sangat banyak. Dan ada orangyang sama sekali tak pernah beramal,lalu merasa banyak amal dan menyalahkanbanyak orang karena kekurangan atauketidaksesuaian amal mereka denganambisi pribadinya, atau tidak mau kalahatau tertinggal di belakang parapejuang. Mereka telah menukar kerja dankata.Dimana kau letakkan dirimu? Saat kecil,engkau begitu takut gelap, suara dansegala yang asing. Begitu kerap engkaubergetar dan takut, sampai sesudahpengalaman dan ilmu makin bertambah,engkaupun berani tampil di depan seorangkaisar tanpa rasa gentar. Telah berapahari engkau hidup dalam lumpur yangmembunuh hatimu sehingga getarannya takterasa lagi saat obyek ma'siatmenggodamu dan engkau menikmatinya? Malukepada Allah dan hati nurani tak ada lagi.Malam-malam berharga berlalu tanpa saturakaatpun kau kerjakan. Usia berkurangbanyak tanpa jenjang kedewasaan ruhanibertambah tinggi. Rasa malu kepadaAllah, dimana kau kubur dia?Di luar sana rasa malu tak punya harga.Mereka jual diri secara terbuka lewatlayar kaca, sampul majalah atau bahkanmelalui penawaran langsung. 228.000remaja mengidap putau. Dari 1500 responden usia SMP & SMU 25% mengakutelah berzina dan hampir separuhnyasetuju remaja berhubungan seks di luarnikah asal jangan perkosaan, walaupunpada saatnya mereka memperkosa.Dan masyarakat memanjakan mereka, karena"mereka masih d ibawah usia." Mungkinengkau mulai berfikir, "Jamaklah, bilaaku main mata dengan aktifis perempuan--bila engkau laki-laki atau sebaliknya(akhi dan ukhti)-- dicelah-celah rapatatau berdialog dalam jarak sangat dekatatau bertelepon dengan menambah waktusekedar melepas kejenuhan dengan candajarak jauh." Betapa jamaknya 'dosakecil' itu dalam hatimu. Kemanagetarannya yang gelisah dan terlukadulu, saat "TV Thaghut" menyiarkansegala "kesombongan jahiliyah dan maksiat?"Saat engkau mau muntah melihat laki-lakiberpakaian perempuan, karena kau sangatpercaya kepada ustadzmu yang mengatakan,"Jika Allah melaknat laki-laki berbusanaperempuan dan perempuan berpakaianlaki-laki, apa tertawa riang menontonakting mereka tidak dilaknat?" Ataukahtaqwa berlaku saat berkumpul bersama danyang paling tinggi berteriak "Ini tidakislami" berarti ia paling islami, lalusesudah itu urusan kesendirian tinggallah antara engkau dengan lamunanmu, takada Allah disana?Sekarang kau telah jadi kader hebat.Tidak lagi malu-malu tampil. Justruengkau sangat malu untuk menahantanganmu dari jabatan tangan lembut lawan jenismu yang muda dan segar. Kauyang tak mampu melawan berontak hatimuuntuk tidak makan berdiri di tengah suatu resepsi mewah. Berbisiklah syaithanmu: "Jika kau duduk di lantai atau di kursi malam ini citra da'wahakan ternoda." Seakan engkau-lah pemilikda'wah ini.Lupakah kau, jika bidikanmu ke sasaran tembak meleset 1 milimeter, maka pada jarak 300 meter dia tidak melenceng 1milimeter. Begitu jauhnya inhiraf dikalangan awam, tak lain karena paraelitenya telah salah melangkah lebihdulu. Siapa yang mau menghormati ummatyang "kiayi"-nya membayar beberapa ratusribu kepada seorang perempuan yangbeberapa menit sebelumnya ia setubuhi,lalu dengan enteng mengatakan, "Itu maharku, Allah waliku dan malaikat itu saksiku," dan sesudah itu segalanyaselesai, berlalu tanpa rasa bersalah?Siapa yang akan memandang ummat yangda'inya berpose lekat dengan seorangperempuan muda artis penyanyi lalumengatakan, "Ini anakku, karenakedudukan guru dalam Islam seperti ayah,bahkan lebih dekat lagi."Akankah engkau juga menambah barisankebingungan ummat lalu mendaftar dirisebagai 'alimullisan (alim di lidah)?Apa kau fikir sesudah semua kedangkalanini kau masih aman dari kemungkinanjatuh ke lembah yang sama? Apa bedaseorang remaja yang menzinai temansekolahnya dengan seorang alim yangmerayu rekan perempuan dalamorganisasinya? Kau andalkan penghormatanmasyarakat awam karena statusmu lalu kauserang maksiat masyarakat awam? Bukankahini mengkomersilkan kekuranganmasyarakat? Koruptor macam apa engkauini? Semoga ini tak terjadi pada dirimu,karena kafilah yang pernah berlalu taksunyi dari peruntuh bangunan yang dibinadengan susah payah.Pernah kau lihat sepasang mami dan papidengan anak remaja mereka. Tengoklahlangkah mereka di mal. Betapa besarsumbangan mereka kepada Amerika danZionis dengan banyak-banyak mengkonsumsiproduk makanan mereka, semata-matakarena nuansa "westernnya." Engkau akanmenjadi faqih pedebat yang tangguh saatengkau tenggak minuman halal itu, denganperasaan "lihatlah, betapa Amerikanyaaku". Memang, soalnya bukan Amerika ataubukan Amerika, melainkan apakah engkaupunya harga diri.Mahatma Ghandi memimpin perjuangankemerdekaan India dengan kain tenunanbangsa sendiri atau terompah lokal yangtak bermerk. Namun setiap ia menolehkekanan, maka 300 juta rakyat Indiamenoleh ke kanan. Bila ia tidur di relkereta api, maka 300 juta rakyat Indiaakan ikut tidur disana. Bila ia mintabangsanya mendongakkan kepala denganbangga, maka 300 juta bangsa India akantegak, walaupun tulang punggung merekatak kuat lagi berdiri karena lapar dankurang gizi.Kini datang "pemimpin" ummat, inginmengatrol harga diri dan gengsi ummatdengan pameran mobil dan rumah mewahserta hidup di tengah gemerlap kehidupanselebritis. Saat fatwa digenderangkan,ummat tak lagi punya kemauan untukmendengar. "Engkau adalah penyanyi bayaranku dengan uang yang ku kumpulkan susah payah. Bila aku bosan aku bisa panggil penyanyi lain yang kicaunya lebih memenuhi seleraku?"

Tuesday, January 22, 2008

Tazkirah : Aku Nak Beli Buku : Mahal ke???


Firman Allah :
“Sesunguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”
[al-Baqarah : 156]
Keterangan ayat :
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w mengajar umatnya agar beristirja dengan lafaz di atas, dalam perkara yang besar mahupun kecil hinggakan apabila sepatu tertanggal sekalipun di tuntut untuk membaca doa di atas. Orang2 yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di atas apabila berlaku sesuatu yang menguji keimanan mereka. Mereka tetap reda dengan ketetapan Allah itu dan meyakinibahawa Allah s.w.t sekali2 tidak menzalimi mereka dalam perkara yang berlaku itu
(Tafsir al-Mawardi, tafsir ayat 155 surah al-Baqarah)

Assalamualaikum…hai….and sebagainya…Khabar semua? Harap khabar baik ye…lama sungguh tak update, sampai ada yang dah tegur. Hehe…mulakan dengan senyuman…

Senyum sEmua!!! =)
Sepanjang semingu yang lepas, aku ada ditimpa problem ckit. Jadi takde idea nak menulis. But Today……hehe…..Jom Jalan..!
Destinasi Jalan Jalan Cari Ilmu kita hari ini macam biasalah, singgah dekat blogs aku kejap...http://teduhan.blogspot.com...
Aku nak kongsi satu teori yang aku pelajari dari pengalaman aku sendiri. Tapi sebelum tu, biarlah aku bagitahu maksud teori itu ape ye..
Teori ialah suatu yang praktikal. Melalui teori akan dapat menghuraikan dan meramal kehidupan manusia. Manusia selalu membuat keputusan berasaskan pengalaman yang lalu. Ok. Sekarang aku nak anda semua tumpukan perhatian dimana kita mendapat teori dan membuat teori dari pengalaman because, ada juga teori yang kita dapat dari baca buku dan sebagainya. ”TEORI DARI PENGALAMAN”.
Ok, kisahnya bermula bila aku singgah dekat sebuah kedai buku. Kedai buku ni terlalu banyak sangat buku (pening btul time tu...), sehinggakan aku tak tahu nak pilih buku yang ingin aku baca. Aku pun jalan2 dan intai2 buku yang best. Then aku nampak dua buah buku yang memang best. Kedua2nya miliki gayabahasa dan penceritaan yang menarik. Tiba tiba....(jeng...jeng...jeng..)
Aku pun jatuh CinTa buat kali yang ke-1 000 000...hehe.....aku ni bukannya suka membaca sangat. Tapi....sekali aku terSuka dengan 1 buku, mesti aku ingat tahap TERASA HATInye lah dengan buku tu. Buku yang telah berjaya meraih tempat pertama dalam hati aku adalah buku Fiqh al-Sirah tulisan Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti dan Ketika Cinta bertasbih tulisan Habiburrahman El Shirazy (ceh..tunjuk baik pula...tak dalah. Aku memang nak baca buku ni..). aku tak tahu nak pilih yang mana satu. Last sekali aku pun buat keputusan untuk membeli buku Fiqh al-Sirah tulisan Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti. Sepanjang perjalanan aku nak membayar harga buku dan sepanjang aku balik dari kedai buku, hati aku asyik teringat2 buku Ketika Cinta Bertasbih. Aku sayang dan rindu dekat buku tu. Aku nak beli sangat...! aku sedih sebab masa itu juga, aku tak cukup duit...wawawawa......Walupun aku dah buat pilihan, namun jauh di sudut hati aku, aku masih teringat dengan buku itu...=(.......Aku reda..
Aku pun bisik dekat hati ”takpe...insyaAllah...aku harap, dapat bertemu dengan buku yang lebih baik dari buku tu. Mungkin ada hikmahnya kenapa aku tak dapat beli buku tersebut. Aku redha...”
Itu adalah teori dalam membeli sebuah buku :
MASUK KE KEDAI BUKU --> MENCARI ---> BUAT PILIHAN ---> MEMBELI ---> MASIH TERINGAT ---> REDHA ( KEMBALI PADA ALLAH )
SEBENARNYA................
Kehidupan kita ibarat MEMBELI SEBUAH BUKU. Dalam hidup kita, kita di dedahkan dengan pelbagai pilihan. Banyak betul pilihan. Sehingga kadang2 kita tersalah pilih. Masuk kekedai buku ibarat berada di dunia ini. Mencari ibaratnya seperti kita yang senantiasa mencari kebahagiaan, ketenangan, pasangan, cinTa, harapan, pelajaran, ilmu, sanak saudara dan sebagainya. Memang fitrah manusia senantiasa mencari. Buat pilihan umpama diri kita apabila dalam tempoh mencari, kita ketemu dengan pelbagai pilihan. Kita mesti pilih satu. Kadang2 itulah yang menyusahkan. Namun ada hikmahnya. Sebab itulah Allah kurniakan kita akal untuk berfikir. Saya bagi satu contoh mudah.
Contohnya orang perempuan atau lelaki yang berada di dunia yang fana mencari cinta akhirnya ketemu dengan cinta dunia. Maka, apabila sudah lama bercinta, timbullah bibit bibit ingin melebih Lebih. Lalu temanya mengajaknya berzina, sepatutnya dia mengelak. Sekiranya dia membeli seumpama membuat keputusan untuk terjebak dalam zina dan berzina dengan temanya, maka apabila segalanya telah terlanjur, dia akan menyesal, terutamanya perempuan. Anda cuba duduk dan berfikir sejenak..penyesalan biasanya akan mengundang seseorang untuk mengingati kisah hitam tersebut. Setiap hari dia akan memikirkannya. Dia akan merasa berdosa sentiasa. Itulah yang di katakan ”MASIH TERINGAT”. Namun, apabila dia kembali kepada Ar-Rahman, pasti dia akan redha di atas ketentuan tersebut dan bertaubat serta berharap akan bertemu dengan Cinta yang Teragung. Dia pasti akan mengemis kembali Cinta ilahi yang pernah dia tinggalkan suatu ketika dulu kerana dek terpaut dengan syurga dunia yang sementara. Segala yang di ciptakan di dunia an segala nikmat atau ujian yang di berikan samada susah atau senang, enak atau pahit sebenarnya menuntut kita kembali sujud pada yang Esa.
Ini adalah suatu contoh, yang mana saya harap anda semua dapat berfikir sejenak tentangnya.

MASUK KE KEDAI BUKU --->MENCARI ---> BUAT PILIHAN ---> MEMBELI ---> MASIH TERINGAT ---> REDHA ( KEMBALI PADA ALLAH )

So, semoga jalan jalan yang kita tempuh di dunia ini adalah jalan yang di berkati dan di redhai Allah...ameen...banyakkan istikharah dalam nak buat keputusan. Ingat senang ke nak buat keputusan. Hanya hati yang dekat dengan Allah saja, yang mampu buat keputusan yang baik. Kalau rasa2 hati anada jauh dari Allah, makan perbanyakkanlah solat sunat taubat, hajat dan istikharah. insyaAllah...Allah pasti membantu because Dia sayang dekat kita.


”Kalau mahu jadi pahlawan jangan setengah setengah. Jadilah pahlawan yang benar benar pahlawan, meskipun harus mengorbankan sesuatu yang kau anggap paling berharga. Tidak ada pahlawan yang tidak bekorban apa apa ”

– dipetik dari Novel Ketika Cinta bertasbih episod 1, Habiburrahman El Shirazy

Firman Allah :
”wa man yattaqillaha yaj’al lahu makhraja..”
maksudnya : ”dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Dia akan menjadikan untuknya jalan keluar”
....Ameen...
Good Luck!!

Friday, January 11, 2008

BILA HATI MEMBEKU ?? PADA SUHU BERAPA ?? MASA SUHU NEGATIF KE ??



Bismillah hirohmanirrohim...Firman Allah : maksudnya :

‘Perempuan2 yang keji adalah untuk laki2 yang keji, dan laki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji(pula), sedangkan perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik, dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik2 (pula).. ‘
[An-Nur :26]

Assalamualaikum…..selamat tahun baru
[islam] [awal Muharram].

Aku harap semua dah tanam azam baru untuk tahun nie. Erm…merujuk kepada firman di atas (ceh skema plak..), aku rasa semua dah pernah baca ayat ni. Bahkan ayat nie sering diulang2 berjuta, bermilion, ber koyan2 kali terutamanya dalam ceramah2 agama yang menjurus kearah cinta. CINTA !!!!! adoi…bab CINTA, CINTAN dan CINTON yang menjadi perbualan REMAJA dan SEMUA MANUSIA yang bergelar MANUSIA…begitulah hakikat ‘cinta’. Namun terserah kepada setiap orang untuk mendefinasikannya. Aku tak nak cerita bab ta’rif CINTA, tapi aku nak cerita BAGAIMANA kita meLETAKkan CINTA di tempat yang betul agar HATI terus mekar (keskemaan aku makin menjadi2..hehe…) dalam menyintai ALLAH.
Masalah cinta dah jadi macam makan minum masyarakat hari ni, terutamanya masalah putus cinta. So bila hati kita beku (merujuk kepada tajuk kita..)

‘Hati membeku MENGINGATKAN KATA JANJI MANISMU… oh……lalala...’
So hati membeku pada SUHU : MENGINGATKAN KATA JANJI MANISMU


Ha...time beku ni lah mesti dah putus CINTA..he...=)...kuang3X....
Masa bercinta semua indah, bila putus…adoi…sakitnya !! macam terputus urat saraf dan saluran darah. Mana taknya, sakit giler…darah tak dapat mengalir ke jantung, so darah mengalir tak tentu arah. Macam tu le juga dengan orang yang putus cinta. Orang yang putus cinta biasanya jadi tak tentu arah, hilang punca. Tak tahu nak mengadu dekat siapa dan tak tahu nak pergi kemana. Kenapa jadi gitu ??? ha…nak tahu ke ?? (ceh, bertanya pulak..) hehe…IMAN……mana peginya iman….cari iman balik……IMAN yang teguhlah jantungnya. Itulah, bila cinta tak berpandukan keimanan kepada Allah, maka bila dah putus cinta, maka Cinta hilang arah. Cinta mencari arah untuk kembali. Kembali kepada siapa ??? kembali pada Allah la. Betul tak ?? Begitulah fitrah manusia. Bila susah, kecewa dan merana, fitrahnya, mesti kembali kepada Allah. Kan.. ?…kan… ?
Aku nak bagitahu pada penCINTA cinta makhluk. Aku yakin, confirm dan pasti anda semua mesti tengah hangat bercinta sekarang. So, my suggestion..letakkanlah cinta anda hanya di tangan. Genggam kuat2 supaya tak terlepas. Sanggup patah jari semata2 jaga cinta anda (yor la..). Tapi yang SpecialNyer, anda letaklah di hati anda CINTA kepada Allah…
Bak kata pepatah yang aku buat sendiri :

‘Di Tangan Cinta Manusia, Di Hati Cinta Ilahi’

Kenapa ek aku kata macam 2 ?? yer la, katakanlah anda putus cinta dengan someone, thats means, cinta yang ada dekat dalam genggaman anda terlepas, so
ianya tak meninggalkan kesan luka. If kulit anda tercalar pun, nanti akan di gantikan dengan sel kulit yang baru…so tak per…but, if anda letak cinta manusia dekat hati anda, bila putus cinta, anda tahu tak apa akibatnya ?? ha…hati jadi luka dan sakit2 tau. Hati mana boleh ganti yang baru. Kalau dah luka, ada dua pilihan. Pertama : pegi hospital then bedah. Kedua : Mati. Mati?? Nie lah yang manusia hari ni buat. Putus cinta je, mati pilihannya..asal mati je, putus Cinta..So sekarang ni, jangan letak cinta manusia dekat hati, tapi letak dalam genggaman! Bila terlepas, tak sakit sangat. Cinta Allah confirm tak luka punya. BerCINTA dengan Allah sungguh2. sebab cinta Allah bawa ke syurga. Percayalah!!!
So, ape nak buat sekarang??
Buat2 pandai la...hahaha....lalalala....=)
So, aku ulang sekali lagi :

‘Di Tangan Cinta Manusia, Di Hati Cinta Ilahi’

Catatan : Carilah ape juga Method yang di redhai Allah untuk mendekatkan Cinta anda kepada Allah.
~Wassalam~