Friday, February 25, 2011

Majlis Ilmu Bersama.... ^_^

بســــم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t

Moga hari anda sekalian di Bahagiakan oleh Allah s.w.t. Sholawat serta salam buat junjungan mulia Sayyidina Muhammad Rasulullah s.a.w, Keluarga Baginda s.a.w serta para Sahabat Baginda s.a.w..

Ilaa hadhratin Nabiyyi Muhammad al-Mushthofaa Rasulullah s.a.w, wa ilaa aalihii washohbihii ajma'iin.. al-Fatihah



Jadual terbaru Ustazah Alina Almunawar (semarang, Indonesia):

26.2.2011, Sabtu:
Kediaman Puan Zarina
No 35, Jln Bdr Utama 1/1, Bandar Utama
(2.30 PM)

27.2.2011, Ahad:
Baitul Faliq,
No 108, Pinggir Za’aba, Tmn Tun Dr Ismail
(10 AM)

Masjid Muaz Bin Jabal, Taman Setiawangsa
(3PM)

28.2.2011, Isnin:
Masjid Al Falah USJ
(9 AM)


p/s: Ayuh kita lapangkan waktu untuk kesana.. ^_^

Saturday, February 12, 2011

12 Rabiul Awal [KeLembutan Kasih Sang Nabi s.a.w]

بســــم الله الرحمن الرحيم

Ya Robbi...
Air mataku..

Jatuh berlinangan..
Merindukan seseorang..
Yang menjadi Nabi Akhir Zaman..

Baginda Nabi s.a.w tulus dalam perjuangan..
Mukjizatnya Sang Nabi s.a.w pada sekelian manusia..
Mencukupkan minuman,
Mencukupkan makanan,
Memberi kasih sayang..

Mengimpikan umatnya..

Mencintai Tuhan..


Kelahiran Baginda s.a.w..
Sungguhnya indah penuh keAjaiban..
Lahirnya..
Sujud kepada Tuhan..
tidak seperti insan lain..
Sangatlah tampan, indah di pandangan Tuhan dan manusia..

Begitulah..
Bebeza Sang Nabi s.a.w..
Jika dibandingan dengan sekelian manusia..
Kelembutannya sehingga membuatkan kanak-kanak bahagia..

Wahai umat Rasulullah s.a.w..
Ayuhlah merindu & menyambutnya..
Jika cinta buktikanlah..
Pintalah pada Tuhan..
Debarkan hati mu..
Agar rasa-rasa itu...
Membuatkan kita rindu padanya Sang Nabi s.a.w..

Ameen..

Tuesday, February 8, 2011

12 Rabiul Awwal [Saat Kecintaan Sejati Sang Nabi s.a.w]


بســــم الله الرحمن الرحيم

Tuhan ku..
Ku hulurkan Salam buat Baginda Nabi s.a.w..
Salam dan rinduku buat Insan TerAgung yang Engkau Cintai..
Salam penuh pengharapan pada Baginda s.a.w
Ku hulurkan lagi Salam cinta ku padanya..
Salam tulus dari umat yang berdosa..

Ya Rasulullah, Ya Habiballah, Ya Nabiyyallah..
KeGembiraan diwajah mu Ya Rasulullah,
slalu menjadi pengharapan ku padaNya Ilahi..
KeBahgiaan di hati mu Ya Habiballah,
slalu menjadi dambaan ku di setiap jalan hariku..
Saat terukirnya Senyuman mu Ya Nabiyyallah,
itulah detik yang membahagiakan..
Tiada yang lebih membahagiakan selain melihat diri mu Ya Rasulullah,
Gembira, Bahagia dan Tersenyum..

Ya Rasulullah, Ya Habiballah, Ya Nabiyyallah..
Tangisan mu Ya Rasulullah itulah yang tidak sanggup ku lihat..
Remuklah hatiku saat melihat Titisan air matamu Ya Habiballah,
Hancurlah seluruh jasad ini saat aku mendapati engkau kecewa dengan diriku,.. Ya Nabiyyallah,

Tuhan ku..
Saat aku menangis, aku bimbang Kekasih Mu bersedih melihat umatnya yang kecewa..
Saat aku berduka, aku bimbang Sang Nabi menitiskan air mata melihat diriku terhina..
Saat aku mengharap pada-Mu Tuhan, aku selalu merasakan Kekasih Mu juga turut menadah tangan mengharap pada-Mu..
Saat aku bersujud, mengharapkan Baginda s.a.w memohon bagiku moga terampun dosa,
aku merasa sejuknya Kasih dan Rindunya Sang Nabi pada umatnya..

Tuhan ku..
Saat bilakah telah aku lukakan hati Sang Nabi s.a.w..?
Saat bilakah telah aku telah membuat Baginda s.a.w menangis..?

Tuhan ku..
Ampunkanlah aku ketika saat ku membuat mata Sang Nabi menangis,
membuat Hati Sang Nabi kecewa..
Kerana aku sangat tidak sanggup atas dosa-dosa ku ini
yang menghiris-hiris perasaan Baginda s.a.w..
Taubatkanlah aku, dan angkatlah doa ku ini Ya Allah
dengan berkat Sayyidina Muhammad Rasulullah s.a.w,
Kekasih Mu..
Tolonglah Ya Allah..
Mataku buta untuk melihat Baginda terseyum redho pada ku..
Maka, aku berharap pada Mu..
di saat dosa ku terampun dan doa ku terangkat,
maka Baginda s.a.w tersenyum melihat ku..
dan syaitan kecewa dengan segenap usahanya..

Ya Allah..
Kegembiraan Sang Nabi sudah cukup menitiskan air mata syukur ku ini..
..ameen Ya Allah..

Friday, December 17, 2010

Games Anakku Sayang ^_^/

بســــم الله الرحمان الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Kepada semua sahabat-sahabat, ada sedikit iklan yang bermanfaat buat anak2, adik2, sepupu2, jiran2, kawan2 dan seangkatan dengannya yang berumur 2-7tahun.. Jemput baca Iklannya..


Inginkan games untuk anak yang islamik, mendidik, sentiasa diupgrade, makin lama makin banyak games, bayar sekali seumur hidup, tidak perlu install, dan boleh main dari mana-mana?.

Seronoknya kalau anak bertambah cerdik dengan bermain games, ada ke games yang macam tu?


Memperkenalkan games mewarna online berunsur islam pertama dalam Bahasa Malaysia, Games Mewarna Anakku Sayang.

Sesuai untuk anak 2 - 7 tahun.

Lihat Video penerangan mengenai Games ini...^_^/






Jemput klik Games Pendidikan Anakku Sayang

Kalau berminat, Silalah beli Games Pendidikan Anakku Sayang

demi kebaikan anak-anak anda..^_^/

Sekian, Terima Kasih atas kesudian anda meluangkan masa. Semoga Allah Azzawajalla menambah Iman & Taqwa & memberi hidayah sentiasa. Ameen..



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين