Thursday, March 25, 2010

~Ya Alloh..Berilah aku Taubat Nasuha atas Taubat ku Yang Palsu..~


Assalamualaikum w.b.t

BismillahhirRomanNirRohim..

"Kasehanilah aku wahai Tuhan

Hamba yang lemah ini pengampunan-Mu yang ku harapakan.."

Sahabat2 yang amat di kasehi Alloh Azzawajalla, dan di ingati Rasulullah s.a.w sepanjang kehidupan. Ensya Alloh, kali ini kita akan berbicara tentang Alloh. Mungkin perbicaraan ini terlalu global, namun, ianya sangat dekat di hati kita kerana Allah itu kan lebih dekat dari urat leher.

Alloh..

Perbicaraan tentangNya pasti akan mengentarkan hati kerana Dialah Maha Agung, yang Ter Agung, maka pastilah hati menjadi kecut, muka menjadi pucat, bibir kelu berkata kerana nama Alloh itu sudah mengalir di dalam darah, laju dan pantas sampai ke jantung lalu membikin jantung berdegup kencang kerana dia telah mengenal nama yang Maha Agung itu.


Begitulah kebesaran Alloh dan Rahmat-Nya serta pengampunan-Nya yang tidak terhitung. Masakan hendak di hitung, kita sendiri wujud di dunia kerana kehendak-Nya, padahal hakikatnya kita tidak pernah wujud di dunia. Kerana cinta-Nya, Dia mewujudkan kita, sedangkan Dia Maha Tahu yang manusia selalu curang pada-Nya. Kerana Penyayang-Nya, dia mengizinkan pula kita beramal dengan amal2 yang sholeh sedangkan Dia Maha Tahu yang manusia akan lupa bahawa Dialah yang mengizinkan kemudahan beramal pada-Nya lantas manusia berkata "Ya Alloh, aku telah beramal, aku telah mentaati-Mu, aku telah mendekatkan diriku pada-Mu..". Tidak malukah berkata demikian! Sedangkan Allah lah yang mengizinkannya. Alloh lah yang memberi kurnia-Nya kepada kita. Maka, Alloh pun menjadikan kita taat pada-Nya.


Seperti kalam hikmah yang mulia Imam Ibnu Athaillah Askandary dalam kalam hikmahnya yang ke 123 :


"Apabila Dia (Alloh) mengkehendaki melahirkan kurnia-Nya atas anda, niscaya Dia jadikan (amal ibadat bagi anda) dan menyandarkan (amal itu) bagi anda."


Setiap sedekah amal dari Alloh kepada kita teramat bermakna dan beerti. Aku ingin bertanya. Semasa solat, adakah kita pernah merasa nikmat ketika sujud, nikmat yang merupakan keringanan untuk sujud, keringanan yang bukan di paksa kerana rukun tetapi kerana rindu sehingga sujud itu menjadi mudah, ringan dan penuh syukur. Sujud itu menjadi sesuatu yang di nanti2 pada tiap kali solat dan solat itu pula sentiasa di nanti-nanti kerana hanya ingin sujud kepada-Nya. MasyaAlloh.. Pernah kah kita? Rasailah ia..


Bagi yang berdosa, dan mahu kembali, pasti sangat penasaran untuk memiliki hati sedemikian, solat sedemikian dan hati yang dekat dengan Khaliknya. Bukan? Pasti ingin merasa manisnya menerima sedekah dari Alloh. Dan sedekah paling manis dari Alloh bagi hamba2 yang berdosa, adalah taubat ke atas taubat yang palsu. Bukan aku mengatakan taubat kita semua nya palsu, tetapi aku ingin mengatakan, perbaharuilah taubat kita. Sentiasa bertaubat kerana ianya adalah sedekah yang tidak ternilai. Mulailah pada-Nya dengan meminta Dia mengurniakan Taubat Nasuha. Kerana, jika kita tidak meminta, badan akan terasa berat untuk rukuk dan sujud, dan hati pula menjadi lalai.


..Kemudian, setelah meminta pada-Nya Taubat Nasuha, apabila hati terasa lunak dengan Alloh, terasa pedih dengan dosa, terasa mahu menangis, mahu mendakap Alloh, itu bermakna Alloh telah melunakkan hati kita, maka segeralah bertaubat dan bersyukur kerana hati kita masih hidup, berdenyut cinta Ilahi...Subahanalloh..Sesungguhnya Alloh sangat cinta teramat cinta pada orang2 yang bertaubat di atas taubat yang palsu.


Renungkanlah bahawa Alloh mahu benar menerima taubat kita :


"Dan Allah hendak menerima taubatmu.." [an-Nisa':27]


Sahabat2, kalian tahu bukan, yang Alloh sentiasa membentangkan tangan-Nya untuk menerima taubat kita di setiap siang dan malam hari :


Nabi s.a.w bersabda :

" Robb kita setiap sepertiga malam terakhir, lalu berfirman, "Siapa yang berdoa pada-Ku, untuk Aku kabulkan permohonannya?; siapa yang meminta pada-Ku, untuk Aku penuhi permintaannya?; dan siapa yang mohon ampun pada-Ku, untuk Aku ampuni dosanya?."

[HR. Bukhari dan Muslim]


Lihatlah, perkataan seorang alim besar Tasawuf bernama Sahl bin Abdullah r.a :


Apabila seorang hamba Alloh berbuat salah, lantas ia berkata :"

"Wahai Tuhanku! Engkau telah mentakdirkan , Engkau telah mengkehendaki dan Engkau telah memutuskan (bahawa aku telah berbuat tidak baik ini),"

Niscaya Alloh Yang Maha Agung dan Maha Besar akan marah kepada kita dan Alloh akan berkata :

"Wahai hamba-Ku! Engkaulah yang salah, engkaulah yang tidak mengerti dan engkaulah yang derhaka (kepada-Ku!)"


Tetapi apabila seseorang yang berdosa itu berkata dan berdoa kepada Alloh di sebabkan kesalahannya :

"Wahai Tuhanku!. Aku telah aniaya atas diriku, akulah yang salah dan akulah yang tidak mengerti...,"


Niscaya Alloh akan menjawab :

"Wahai hambaKu!. Akulah yang telah mentakdirkannya, kerana itu sesungguhnya Aku maafkan segala kesalahanmu"


Sahabat2 ku. Alloh mengkehendaki kita bertaubat pada-Nya atas dosa2 yang di lakukan. Kepada-Nya jugalah diserahkan, penerimaan atau penolakkan taubat kita. Yang perlu, pintalah Taubat pada-Nya dengan berakhlak. Letakkanlah kesalahan ke atas diri kita sendiri, kerana Dia Maha Suci sedangkan kita lah yang hina. Bila kita mendamba pada-Nya, pasti Dia juga mendamba kan kita untuk menjadi hamba-Nya yang soleh. Masakan tidak, Dia sendiri yang menciptakan syurga dengan tangan-Nya untuk menunggu kita semua hamba-Nya. Maka, percayalah, termasuklah kita kedalam golongan orang2 yang soleh kerana taubat yang sebenar taubat bukan taubat yang palsu.


Pesanan ku buat diri sendiri dan buat semua, jadilah hamba yang merendah diri, merasa diri hina, nestapa, sunyi dari semua pujian manusia. Menjadilah kita hamba yang setiap hari menadah tangan, memohon sedekah dari Alloh Yang Maha Agung. Semoga dengan sedekah-Nya, kita akan menjadi hamba yang kaya di sisi-Nya. Subahanalloh, ensya Allah..ameen.


Wallahu'alam

Wednesday, March 24, 2010

~Ya Allah, Dosa ku Leburkanlah Ia Dalam Pengampunan-Mu..~


Tuhan ku..

Aku menadah kedua tanganku ini..

Tadahan ku ini cukup tidak sempurna untuk meminta pada-Mu..

Namun, ku anggkat jua kedua tangan ku yang zalim ini..

Menunduk wajahku tanda aku sungguh berdosa..



Tuhan ku..

Sungguh banyak dosa dan mazmumah ku..

Hingga aku sendiri tidak daya menghitugnya..

Engkau jualah yang menyaksikan kezalimanku..

Menderhaka kepada-Mu..



Tuhan ku..aku merayu..

Pengharapanku pada-Mu janganlah Engkau putuskan..

Rintihanku pada-Mu Tuhan, tolonglah dengarkan..

Tangiskanku pada-Mu Tuhan..pujuklah aku..



Tuhan ku..

Bukakanlah pintu takutkan-Mu kepada ku..

Agar hati ku gundah untuk melakukan dosa..



Tuhan ku..

Bukakanlah pula pintu berharap-Mu padaku..

Agar hati ku terubat kembali mengarah langkah pada-Mu..



Tuhan ku..

Aku kan jua hamba-Mu..

Kasehanilah aku..

Friday, March 19, 2010

Sajak aku Windu engkau..



Sebentar tadi...


Sambil surfing internet...


tetiba...

Hatiku rindu pada mu...


Pada engkau yang dah lama aku tinggalkan...


Pada engkau yang telah lama aku tidak sentuh...


Maafkan aku sayang...




Kau tahu kan...

Dari dulu...


Hingga kini...


Aku rindu...


Padamu..


Cuma masa tidak mengizinkan kita bertemu...


Tapi hati ini sangat rindu...


Rindu yang bersangatan pada mu...


Bila Melihatmu....


Hati jadi girang...


Wangian mu wat aku teringat-ingat...


Warna mu, wah...


Aku sayang kamu...


Aku sayang dan rindu kamu sangat...



Pasembor Penang...



gambar sekadar hiasan

(sebenarnya tengah lapaq dan rindu kat pasembor penang, tu yang letak posting ni..^^)

Monday, March 15, 2010

Mata cinta, Qalbu rindu


Ya Allah…
Aku amat bersyukur pada-Mu..
Hati ini Engkau titip kan rasa mahu pada-Mu..
Hati ini Engkau sentuh lembut,dan penuh syahdu…
Engkau buat aku terleka pada-Mu..
Aku sikit pun tak mahu merajuk dari-Mu…
Kerana Engkau selalu memujukku…

Ya Allah…
Mencintai-Mu suatu nikmat…
Itulah nikmat yang selalu aku minta pada-Mu…
Nikmat yang akan buat aku tidak memiliki selain-Mu..
Kerana memiliki-Mu adalah nikmat pada sebuah hati…

Ya Allah…
Merasa lunak berbicara dengan-Mu…
Membuatkan aku mahu menceritakan segalanya walaupun Engkau telah tahu..
Kerana..
Berbicara dengan –Mu membuatkan aku merasa hiba..
Membuatkan ku ingin terus berlari menuju-Mu..
Mendakap-Mu semahu ku..

Ya Allah..
Aku bangga Ya Allah..
Engkau adalah Tuhanku…

Wednesday, March 10, 2010

~Aku Berharap Ya Robbi~


Duhai Allah yang amat aku cinta..

Degup jantung ini hanya untuk-Mu..

Air mata ini tanda penyesalanku..


Duhai Allah yang amat aku cinta..

Biarku bongkar rasa ini..


Ya Ilahy..

Engkau tahu kan..

Setiap saat aku marasa hina..

Setiap saat aku merasa takut..

Setiap saat aku berharap..

Setiap saat aku merindu..

Setiap saat aku mendamba ampunan-Mu..

Setiap saat aku mencinta..

Setiap saat aku mengadu..

..dan..

Ya Allah..

Setiap saat itulah...

Aku berbuat maksiat pada-Mu..


Ya Ilahy..

Aku benar mengharap kekuatan dari-Mu..

Aku sangat berhajat pada termakbulnya permintaanku..

..andai tidak di dunia..

Ku harap di Sana...Ya Ilahy..


Kini..

Sekali lagi aku palingkan wajahku pada-Mu..

Ku harap cahaya-Mu bisa menyuluh jalanku..

Menuju pengampunan dan Rahmat-Mu..

Ya Ilahy...

~Ashkuruka Ya Rabbi~


Ashkuruka ya rabbi..

ala dawami foldi rahmatik

antallazi takzanu libiliko'i

ya rahman ya rahim

ad'uu ka..ya rabbi..

antallazi takzanulibisuaalik

la kal hamdu

min kulli qolbi

ij 'al ni..fi munajatika ya rabbi

nakin khufil khuwah 'inda li ko'ika..

'alla ukhsina adabi..

ma'a kaya rabbi..

adat nafsi takhsya..

min ma akhsia dika..

inda to'ati bi du...

ni rahmatik..

wayakun 'allaya qodo buka

ya rabbiya rabbal alamin..

faghfur an...

ya rabbal almin..

ighfirli ya rabbi..
~Mawaddah~

Sunday, February 28, 2010

MESTI TONTON** he..

Salam 3alaik...

Video pengajaran yang MESTI di TONTON...he...

~~Batu Belah Batu Bertangkup~~ versi animasi berloqhat utara...Best..ansya Allah..

Sunday, February 7, 2010

Jom dekat pada-Nya..!


Assalamualaikum w.b.t

Semoga hari ini lebih baik dari semalamnya.

Disini, ana ingin sekali mengajak semua pengunjung dan sahabat2 untuk beriadah bersama selama 40 hari bermula 7 Februari hingga 18 Mac 2010.

Aktivitinya seperti berikut :

1) Qiammulai dan solat Tahajjud

2) Solat Dhuha dan solat taubat setiap hari

3) Baca al-Quran 20 page sehari

(setiap waktu solat baca 4 page = 5 waktu x 4 =20 page = 1 juzuk)

4) Tambah ilmu dengan Baca hadis

5) Jaga setiap hari bacaan mathurat pagi dan petang

6) Jaga setiap hari bacaan Yassin

7) Menahan diri dengan Puasa sunat

8) Jaga setiap hari dengan Astagfirullah 100x

9) Jaga setiap hari dengan Selawat 100x

10) Jaga setiap hari dengan Lailahaillallah 100x

11) Jaga setiap hari dengan Ya Allah 66x

12) Tambah ilmu dengan baca Buku islami

13) Jangan tinggal tazkirah (dengar atau buat tazkirah)

14) Menutup malam dengan Solat sunat witir

15) Menutup malam dengan bacaan Surah al-Mulk

16) Menutup malam dengan Muhasabah diri dan memaafkan orang lain


p/s : ..dan jagalah setiap perkara yang telah di fardhukan keatas kita seperti solat wajib. Jika mampu, dirikanlah secara berjemaah dan perkara wajib yang lain.

Semoga kita sama2 dapat melaksanakanya termasuklah diri yang amat lemah ini..

Wallahu'alam

Sunday, January 17, 2010

Final Exam Dunia


Assalamualaikum w.b.t…



“Tuhan…Kuatkan aku…
Lindungiku dari putus asa…”



BismillahhiRohmannirRahim… Lama sudah agaknya aku tak menulis sesuatu di ruang Teduhan ini. Ruang teduhan yang aku bangunkan untuk sesiapa saja berteduh, kini aku sendiri perlu berteduh disamping Ilahi. Hampir 1 tahun sudah aku menyepi diri. Hanya puisi garapan dari hatiku saja yang menghiasi laman ini. Jari dan tanganku sudah tidak berdaya, otakku pula telah lama tidak punya cerita dan hati ini…….



….dan Hati ini punya cerita sedih yang tersendiri hingga jari ini malu untuk menulis lagi. Namun, hari ini aku kuatkan lagi diri ini untuk memberi kepada sesiapa yang telah lama menantikan tulisan ku. Aku kuatkan hati ini juga untuk menulis cerita hati. Moga2 ianya menjadi penguat semangat kepada sesiapa yang sudah merasai tiadanya harapan.
Kehidupan ini, sahabat2 sekelian, amat penuh likunya. Jalannya susah. Dunia ini penjara bagi jiwa yang lemah (mungkin jiwaku..)



Nabi Muhammad s.a.w berkata,
“Bingkisan bagi orang mukmin adalah keimanan.”

Nabi s.a.w berkata begitu kerana, dunia menjadi penjara bagi orang2 yang beriman. Andai diri kita seringkali mengalami kesukaran hidup di dunia untuk mendirikan AdDin, menahan syahwat dan mencegah godaan syaitan secara berterusan, maka kematian adalah lebih baik dan tepat berbanding seksaan ini.

Terkadang kita merasa tidak mampu menanggung segala ujian. Hingga kita di uji dengan ujian terbesar sekali. Semakin lambat bantuan dari Allah, maka semakin berat dan berlanjutanlah ujian itu. Ujian yang membuat hati ini bersedih dan berduka. Bukan mahu duka berpanjangan, bukan menyesali apa yang terjadi, tapi…orang yang di uji terasa lelah…



“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan di biarkan dengan hanya berkata : Kami telah beriman, sedangkan mereka belum lagi diuji.” [al-Ankabut : 2]



Manusia ini seringkali mengatakan diri mereka beriman. Dan ungkapan beriman itu hanya lah dituturkan saja di bibir..dan ungkapan kata beriman itu pastinya teramat sukar bila menghadapi ujian2 yang besar..



“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang tedahulu dari mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui siapakah orang-orang yang benar beriman, dan mengetahui siapakah orang-orang yang berdusta?.” [al-Ankabut : 3]



Dan iman itu bukanlah sebuah ucapan semata-mata, tapi ungkapan iman itu punya tugas, tanggungjawab yang besar yang perlu di pikul oleh orang2 yang mengatakan diri meraka beriman. Ungkapan iman yang membawa kepada jihad yang besar. Jihad yang menguji setiap titis kesabaran dan ketabahan.



Duhai diri, kalian tidak akan dibiarkan dengan mengatakan diri telah beriman. Sebaliknya, kita semua pasti diuji dengan dakwaan itu. Ujian yang diberikan untuk membuktikan keimanan. Ujian yang mesti di tempuh oleh setiap manusia hingga manusia itu keluar dari ujian dalam keadaan hati yang bersih suci. Umpanya seperti yang di sebut oleh Asy-Syahid sayyid Qutb Rahimahullah dalam kitab Fi Zilalil Quran “..sebagaimana api menguji emas untuk memisahkan unsur2 logam yang murah dan melekat padanya..”.



Allah s.w.t telah mengetahui hati kita sebelum dicobanya ujian yang berat itu ke atas kita. Ujian yang berat hanya untuk hati yang mahu tunduk. Ujian yang berat itu untuk menyucikan diri yang kotor sebelum diberiNya sebuah tanggungjawab dan amanat yang lebih besar. Jika kita punya hati yang mendengki, dikikisnya hati yang mendengki itu dengan ujian, hingga kita tidak mendengki lagi, jika hati kita selalu berbuat maksiat, di ujinya dengan ujian supaya kita tidak melakukannya lagi, jika kita tidak pernah merasa hamba, di berinya ujian, di lontarkan kita ke lembah duka dan hina, agar kita kembali mendongak keatas, melihat siapa yang mencatur hidup kita..dan begitulah seterusnya. Dan..ujian yang berat adalah tanda kaseh sayangNya. Laluilah ujian itu, kerana hanya hamba2Nya yang benar berjuang menghadapi ujian sahaja akhirnya akan diberi panji2 iman…subahanAllah.



Dan manusia, mengapa perlu angkuh dengan diri. Kerana ada manusia bila diuji selalu merasa biasa. Bila buat maksiat, tidak merasa berdosa. Merasa biasa hingga maksiatnya menyakitkan orang lain pula. Ada pula yang buat maksiat, menangis setiap hari. Merasa berdosa, merasa takut padaNya. Hingga rasa takut itu telah menutup matanya hingga tak kelihatan pengampunanNya. Sesungguhnya Kauf dan Raja’ itu berada di antara dua jalan. Iaitu jalan sombong dan jalan berputus-asa. Ambilah jalan ini. Kerana… Dengan ujian itu, manusia sentiasa merasa takut dan berharap akan Rahmat Allah. Walaupun dosa setinggi langit, seluas bumi, tapi mengharap Rahmat Allah Yang Maha Luas buat hatinya tenang sekali. Sesungguhnya hati yang masih ada rasa takut itu, bersyukurlah, kerana iman masih ada.



…dan terkadang dalam taubat itu ada liku-likunya…jalanilah ia, walau terjatuh lagi, pohonlah ampunanNya. Dia kan Maha Pengampun lagi Maha Penyayang…



Wallahu’alam..
Moga peroleh cahaya iman dari ujianNya..

Monday, January 11, 2010

Aku Ingin Pinta..


Aku hamba hina..

Menumpang di bumi Allah yang Maha Esa..

Sering pula berbuat dosa..

Kurang pula berbuat kebaikan...

Leka pula dalam taubat...


Aku hamba hina...

Merayu meminta...

Pada Yang satu...

Pada Yang Maha Esa...

Pada Yang Maha Pengasih..

Pada Yang Maha Penyayang..

Semoga di buka lagi ruang taubat untukku...

Semoga di buka lagi jalan-Nya untukku...

Semoga di izinkan lagi untuk aku mengadap-Nya..

Semoga di izinkan lagi aku menyintai-Nya...


Bantulah aku ya Allah...

Hidupkanlah hatiku ya Allah...

Lapangkanlah hatiku ya Allah...

Terimalah aku ya Allah...

Ameen...ya Robb...(T_T)