Sunday, March 23, 2008

K U S E S A L I

Ya Allah,

Inilah hambaMu,

Yang meratap mengharap percikan cintaMu,

Engkau tahu,

Bertapa jelaga nista terus memburu,

Dosa dan dosa dan dosa,

melagukan sonata hawa nafsu,

Kelu lidahku untuk mengaku di hadapanMu,

Malu jiwaku untuk menatapMu,

Ya Allah,

Dalam gundah penuh ragu aku menghampiriMu,

Menatap diriku sendiri yang selalu berpaling,

sesekali dosa-dosa ku sesali,

Tetapi berjuta kali ku ulangi,

Betapa harus ku mengadapMu,

Sedang seluruh syaraf batinku,

Hanyalah kisah kepalsuan..

Wednesday, March 19, 2008

A d i k K u A s r a r

Asrar : Salam. akak..asrar seronok sangat belajar hari nie...Ade ke budak-budak tu present cakap kerajaan kita sama dengan Andalusia..Asrar teringat akak cite tentang dasar negara hari tu, antara perlembagaan dan uluhiyyah..apelagi kuar la hujah, panas betul...bile dah faham Islam, kite rase sangat nak tegakkan Islam tu, kan akak?
Catatan : Mesej nie dari adikku yang comel. "Bagus adik, teruskan usaha untuk faham Islam. semoga adik Istiqomah ye sayang..."
p/s : So, kita bertangungjawab untuk memahami hakikat Islam itu sendiri. baru dapat menilai.

M u t i a r a H a t i

"Dalam kita melangkah terkadang di uji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk..
dan menangis..
peritnya terasa..
tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri..
kerana mungkin air mata ketika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman..
yang kian terkoyak lantaran tersasar dari ke ikhlasan..
semoga kita tabah dan di tetapkan iman.."
~Nukilan Rasa~

Tuesday, March 11, 2008

~ T A Z K I R A H : K A U K E K A S I H K U ~


“Afirah, Khirul sayang dan rindu dekat Afirah selalu. Kalau Afirah sayang dekat Khirul
, nak tak kita………….”
Bicara seorang lelaki dalam lingkungan 20-an sambil merangkul tangan kekasihnya.


“ Khirul, tak boleh buat macam ni! Berdosa sangat Afirah rasa…..kita bukan suami isteri. Mana boleh bersama-sama lagi macam ni....” Afirah membalas dalam nada menolak ajakkan Khirul sambil matanya menunduk kebawah.


”Tak ape Afirah. Khirul janji, janji betul-betul ni, lepas ni khirul akan kahwin dengan Afirah ye...” Bersinar-sinar mata Khirul memberi harapan palsu kepada Afirah.


Akhirnya, sepasang kekasih ini terus bersama, larut dan alpa dalam gelojak dan gelora jiwa yang membara tanpa menghiraukan hukum azab siksa Allah yang bakal di timpakan kepada mereka berdua nanti. Azab neraka pada ketika itu umpama ’syurga cinta’. Api yang panas umpama salji yang sejuk. Dunia milik berdua. Tiada siapa yang nampak. Inilah hakikat insan atau manusia yang alpa dan lupa pada hari ini. Nilai cinta di tempatkan jauh ke lembah maksiat, umpama cinta haiwan yang tidak punya akal fikiran. Manusia kufur pada nikmat akal untuk membezakan antara halal dan haram!

Allah telah befirman dalam surah ’Ali Imran ayat 110 yang bermaksud :
”Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang di lahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan berman kepada Allah..”

Kitalah umat yang terbaik yang telah di ciptakan Allah. Sedihnya, kenapa kita tidak pernah mempersembahkan nilai akhlak yang mulia kepada Allah. Beginikah cara untuk kita tunjukkan rasa sykur kita kepadaNya? Ya Allah....”Rabbirfirli ya Allah....Rabbirfirli Ya Rahman....Rabbirfirli Ya Rahim...”. Mungkin kita terlupa...

”Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh paling baik untuk menjadi ikutan kamu”
[al-Ahzab : 21]

Begitulah hakikat Rasulullah diutuskan. Mengapa kita tidak pernah menjadikan Rasulullah sebagai Qudwah Hasanah? Mengapa nilai akhlak dan moral barat kita ambil? Kenapa? Kenapa? Tidak cukupkah nilai akhlak yang ada pada Rasulullah?

Andai kata Rasulullah ada di hadapan kita, sudah tentu baginda sedih dan menitiskan air mata melihat umatnya yang lelah kalah pada nafsu pada hari ini. Andai kata Saidina Umar al-Khattab masih hidup, sudah tentu di hunuskan pedangnya untuk menikam sesiapa sahaja yang tidak menghargai Rasulullah s.a.w.


Bila di tanya tentang akhlak Rasulullah, tiada seorang sahabat pun yang mampu menceritakannya. Sebak menusuk sukma, bila terkenangkan akhlak Rasulullah. Rasulullah sesungguhnya amat cinta pada Ilahi, penyayang, kasih pada isteri, sahabat, kaum keluarga dan khususnya umat manusia.


Sehingga sampai satu ketika Ali telah ditanya oleh seorang Arab Badui mengenai akhlak Rasulullah, Ali dengan linangan air mata berkata: ”Ceritakan kepada ku mengenai keindahan dunia ini.”
Arab Badui itu menjawab : ”Bagaimana mungkin aku dapat menceritakan keindahan dunia ini..”
Ali menjawab : ”Engkau tidak sanggup menceritakan keindahan dunia padahal Allah s.w.t berfirman bahawa sungguh dunia ini kecil dan hanyalah senda gurau belaka. Bagaimana aku dapat melukiskan akhlak nabi sedangkan Allah berfirman :

”Sesungguhnya Muhammad memiliki budi pekerti yang Agung”
[al-Qalam : 4]

”Ummati...ummati...ummati...” itulah kalimah yang telah menghancurkan leburkan hati setiap umat yang bisa memaksa air mata setiap insan mengalir deras. Cintanya Rasulullah pada kita sehingga ke saat wafatnya..Ya Rasulullah....


”Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira’

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahduIringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya RasulullahKau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnyaKami merinduimu..”


Begitulah, ketika Rasulullah s.a.w wafat, kota Madinah dipenuhi dengan tangisan umat Islam. Ada diantaranya tidak percaya yang Rasulullah telah meninggalkan mereka.

Jika kita merenung dan menyingkapi semula setiap pengorbanan yang Rasulullah lakukan kepada kita, bermula dari Rasulullah diangkat menjadi Rasul sehingga wafatnya, maka sudah pasti kita sedikit pun tidak akan melakukan perkara yang mengguris hati Baginda. Kita pada hari ini tidak mahu memahami, menghayati dan menyintai nilai akhlak yang ada pada Rasulullah. Menerima akhlak Rasulullah umpama membaca buku. Setelah habis di baca, kita akan menutup buku tersebut dan menyimpanya jauh di sudut rak sehingga berdebu. Mungkin nilai akhlak di dalam buku itu kita ambil seketika kita masih ingat. Namun, bila telah lama berlalu, kita pun lupa nilai akhlak yang ada dala cerita itu, lalu kita pun kembali kepada nilai akhlak dan moral yang buruk. Perkara yang sama kita telah lakukan kepada Rasulullah s.a.w. Tidak zalimkah kita melakukan perkara sedemikian kepada kekasih Allah? Perjuangannya kita kenang dan peribadinya kita sanjung hanya pada ketika 12 Rabiulawal sahaja. Sedangkan cinta Rasulullah pada kita, umatnya tidak pernah mengira batas hari dan waktu. Ayuhlah sahabat, kawan-kawan sekelian. Ayuhlah kita kembali menyintai Rasulullah setulusnya, seikhlasnya, secintanya. Moga, bila tiba masanya kita kembali berkumpul di padang Mahsar, Rasulullah s.a.w bisa tersenyum melihat umatnya yang benar mengambil dan menggunakan harta peninggalannya iaitu al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dan rujukkan untuk kita mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w.


~Sempena sambutan Maullidur rasul yang bakal kita sambut pada 20 Mac 2008 bersamaan 12 Rabiulawal dengan waktu yang tersisa ini, apa kata kita mengambil peluang untuk mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w~

~Wallahu'alam~

Catatan : InsyaAllah, penulisan ini bakal keluar dalam salah satu Risalah di Universiti..Nantikan..

~ T E R I M A K A S I H G U R U ~


“..Menginfakkan harta kejalan Allah adalah perniagaan yang pasti menguntungkan dan tidak akan rugi untuk selamanya..”

Hermm..tetiba aku rasa sedih bila teringatkan amanat Guru aku nie. Betul kata dia. Aku tak kan lupa. Terima kasih Guru!. Actually, aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat Guru aku. Dia banyak mengajar aku. Menjadi anak muridnya adalah perkara paling berharga. Mendapat ilmu dan tarbiyyah. Aku bersyukur. Semoga Guruku senantiasa di Rohmati..


”Guru...
Terima kasih atas ilmu yang kau ajarkan..
Kami tidak akan lupa setiap masa yang kau luangkan buat kami...
Setiap ilmu mu pasti kami amalkan..
Moga berkatnya berterusan sehingga kita di kembalikan..
Semoga Allah sahaja bisa membalas jasamu..
Ameen ya Robb..”

Monday, February 25, 2008

~ Tersungkur Di Persimpangan 1 ~


Satu mesej yang aku dapat masa aku benar2 jatuh tersungkur berbunyi :


“Keyakinan kepada Allah adalah ibarat air kedamaian yang tak pernah kering menjadikan seorang muslim tetap tegar di saat orang lain berguguran dan tetap tenang di saat orang lain ketakutan”


Mesej ni datang dari seorang adik yang amat rapat dengan aku. Masa aku dapat mesej ni, terubat sedikit hati aku yang tengah sakit. Siapa tahu sakit yang aku rasa. Siapa nampak luka yang tengah berdarah. Hanya Allah yang tahu bertapa lukanya hati aku. Mahu sahaja aku menjerit sekuat hati. Aku tahu, akan ada satu masa yang akan membuatkan aku down sangat. Setiap manusia mesti alaminya. Bohong jika ada manusia yang kata,
”aku tak pernah rasa susah hati”. Tipu sangat lah tu..! Masa hati aku jatuh sakit, aku dapat rasa time tu juga, iman turun sikit. Itu lagilah buat aku sedih. Terpaksa cari jalan macam mana nak kuatkan diri aku balik. Naikan iman. Alhamdulillah, berjaya juga.
Aku telefon ibu. Dengar suara ibu dengan ayah boleh buat aku sebak sangat. Suara orang yang membesarkan kita. Allahuakbar!....aku sayang sangat dekat ibu dengan ayah. Aku nak cerita masalah ni, tapi problem ni tak boleh nak keluar. Macam di kunci dalam hati. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa parahnya.

Ni satu lagi mesej yang mengubat hati aku, dari adik yang sama :


”takda ape kak, takpe. InsyaAllah. 1 ja..doakan saya jadi muslim yang rindukan Tuhannya dan jaga hati kedua2nya(ibu dan ayah) ye...dunia ni kejap je kan, tak da ape ape pun padanya”


Aku tersentak dengan ayat yang di highlight di atas. Betul 2. kejap sangatlah dunia ni if nak di bandingkan dengan akhirat yang kekal abadi. Tul tak??..

So, kawan2 jangan la susah hati sangat dengan hal dunia. Hal akhirat yang perlu di gusarkan.


Tingkat Iman !!

Kurangkan Masalah Tingkatkan Prestasi!!


..Semoga Ber.....jaya..


~Wallahu'alam~

Wednesday, February 20, 2008

~ S e b u a h C i n t a ~


Dalam gelap....
Senyuman itu menyapa....
Senyuman anak kecil...
Hadiah dariNya buat mu yang bergelar ibu...


Ibu....
Begitulah perjalanannya....
Hidupmu engkau korbankan untukku dan keluarga...
Engkaulah serikandi pejuang yang menjadi idola hati...

Ibu...

Taatnya engkau pada Ilahy...
Setianya engkau pada suami...
Cintanya engkau pada permata hati mu...
Seluruh ketaatanmu membuatkan hatiku lemah...
Keharuman cintamu melewati pintu syurga...

Ibu..
Percaturan hidupmu amat payah....
Engkau menongkah arus dalam cinta ini...
Tak pernah engkau berhenti melangkah walau susah...
Di saat hela nafasmu...
Kau tiupkan semangat buat kami...ibu...

Ibu ku sayang...bonda tercinta...
Tiada kata mahupun madah untukku hadiahkan....
Aku bersyukur dengan cinta mu, ibu...
Hari ini aku menjadi aku...
Menjadi yang berguna untuk Islam...

Dalam tabah hati...
Kuhadiahimu seuntai cinta yang kusulam lama...
Sulamannya emas cinta.....
Kuletak di dalam bekas doaku...ibu...
Ku kirimkan buatmu...

Ibu...
Ibu...

Ibu...ku harap semoga...
Kita dapat bertemu lagi...

“..Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah kedua-duanya sebagaimana mereka mengasihani aku ketika kecil..”

~ al-Fatihah buat yarhamah bonda sahabatku atulasca ~

Monday, February 18, 2008

Tazkirah : Hutan Organ ?? Wei gile ke?


” Pandangan mata selalu menipu..
Pandangan akal selalu tersalah..
Pandangan nafsu selalu melulu..
Pandangan hati itu yang hakiki..
Kalau hati itu bersih..

Hati kalau terlalu bersih..
Pandangannya kan menembus hijab..
Hati jika subur dan bersih
Firasatnya tepat dengan Allah..
Tapi hati bila di kotori ..
Bisikkanya bukan lagi kebenaran..
Tapi hati jika dikotori
Bisikkannya bukan lagi kebenaran...

Hati tempat jahtuhnya pendangan Allah..
Jasad lahir tumpuan manusia...

Utamakanlah pandangan Allah..
Daripada pandangan manusia..”

”Rabbil fir li war hamni warfa’ni wajjbur niwarzukni wahdini wa’afiini wa’fuanni...wa’fuanni Ya Allah...”

Aduhai hati...aduhai hati....aduhai hati....
Assalamualaikum sahabat2 yang senantiasa dihati.

Soal Hati??? Herm...aku paling suka kalau cakap tentang hati. Hari ni aku nak kongsi sikit tentang hati. Aku bukan nak cakap tentang masalah hati tapi aku nak cakap tentang bertapa uniknya hati kita.

Duhai sahabat sekelian...
Hati adalah anugerah Allah yang paling bernilai. Cuba lihat, if hati bersih suci dari noda, firasatnya menghampiri petunjuk Allah...subahanAllah..tahu tak kenapa??
Jom....kita selongkar Rumah Hati di tengah Hutan Organ..
Nak tahu tak??? Hati kita ada lima deria rasa. Herm..macam mana nie???

Deria rasa hati :
Deria berbicara
Deria bau
Deria mendengar
Deria melihat
Deria rasa


Deria berbicara :
Hati mampu berkata2 sebanarnya walaupun hati tiada mulut. Kata2 hati lebih tajam dan mendalam. Contohnya, andai kita menegur kawan kita dengan teguran itu datang dari hati, maka kawan kita akan lebih mudah tersentuh. Berbanding kalau kita menegur, hanya datang dari nafsu.

Deria bau :
Hati ita mampu menghidu perbuatan jahat, keikhlasan, kejujuran dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu cuba berbuat jahat, pasti hati dapat menghidu pergerakkannya.

Deria mendengar :
Hati...oh hati...hati mampu mendengar. Hati mendengar dengan mendalamnya. Contohnya, bila sahabat kita menceritakan masalahnya kepada kita, dan kita mendengar dengan telinga, sudah pasti kita tidak akan berasa apa2. tapi, sekiranya kita mendengar dengan hati, sudah tentu kita pun mahu sekali merasa kesedihannya..kan...

Deria melihat :
Hati juga mampu melihat....begitulah yang di katakan, melihat dengan mata hati. Pandangannya lebih tajam daripada melihat dengan mata kepala...

Deria merasa :

Disinilah yang di katakan..

”Hati kalau terlalu bersih..
Pandangannya kan menembus hijab..
Hati jika subur dan bersih
Firasatnya tepat dengan Allah..
Tapi hati bila di kotori ..
Bisikkanya bukan lagi kebenaran..
Tapi hati jika dikotori
Bisikkannya bukan lagi kebenaran...”

Umpama, lidah kita yang ada deria rasa. Dalam keadaan lidah yang bersih, cuba makan gulai ikan. Mesti kita dapat rasa, masin, manis, tawar, payau, kelat, pedas dan sebagainya. Tapi kalau lidah kita tak bersih, hilanglah deria rasa. Cuba minum air cokelat yang manis, pastu makan pula kuih lepat pisang yang manis. Confirm! Hilang rasa manis lepat tu...kecualilah kalau kita minum air masak untuk hilangkan rasa manis air tadi...

Sama2 lah kita menjaga hati

~Wallahu’alam~

Thursday, February 14, 2008

Wa'fuanna Ya Allah...Allah..Allah..Wa'fuanna


Maksudnya :
[30] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
[31] Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.
Catatan : Itulah tanda bertapa kasihnya allah pada kita. Kitalah makhluk ciptaan Allah yang paling istimewa..
Wallahu'alam

~...R I N D U P A D A K A L I A N... ~

Gambar Sekadar Hiasan

...Assalamualaikum...
Rasanyer da lame tak upDate Blogs. Bukanyer sebab tak der masa, tapi ada sebab lain. Aku harap sangat, kalian semua sempat menghabis dan menghadami setiap Tazkirah yang di post di blogs aku. Di setiap Tazikirah, ada mesej yang aku nak sampaikan. Ianya bukan omong kosong . Adakalanya, merupakan satu hakikat yang mungkin berlaku pada diri aku mahupun orang lain. Aku mohon maaf jika ada juga yang tersinggung.

TERISTIMEWA :
Buat adik adik di Bait al-Amin, akak rindu pada kalian. InsyaAllah, jika ada kelapangan akak akan sampai juga ke Bait al-Amin....Doakan akak disini yang sedang berjuang berhabis-habisan untuk projek tahun akhir dan dalam akademik terutamanya dan yang paling penting dalam menegakkan Kalimah Tauhid di Bumi Allah ini. Terima kasih di atas di atas nyayian lagu Happy Birthday untuk akak. Walaupun akak tak dengar, namun keikhlasan adik2 mampu sampai dan di dengari oleh setiap makhluk di langit sana..InsyaAllah. Terima kasih juga kerana senantiasa mendoakan akak disini...Akak doakan semoga adik2 berjaya di dunia mahupun di akhirat....

...Ameen a Robbal 'alamin...

Buat adik2 Rasyadah akak, akak harap, adik2 lah penyambung rantai2 dakwah ini. Istiqomah dalam perjuangan ye Rasyadah. Akak sayang pada kalian. Kasih sayang akak tidak pernah kurang mahupun sedikit.Walaupun tidak berapa bulan lagi akak akan habis belajar, namun akak harap ukhuwah kita seErat2nya dan sekuat akar yang mencengkam bumi. Amalkanlah setiap ilmu yang di peroleh. Hanya itu sahaja yang akak mampu berikan sebagai tanda kasih sayang akak pada kalian...

Untuk semua yag membaca Blogs ana, teruslah lewati blogsini, dan ambillah setiap yang bermanfaat darinya.

..Wallahu'alam..