Wednesday, October 5, 2011

Hapuskan Bayangan Cinta ~ Bicara Sang Faqir


Ku bicara cinta


Kerana dalam diri ada cinta

Namun ianya telah dinodai

Dengan bayangan cinta palsu

Sehingga cinta sejati pudar dan suram


Oh betapa insan dalam kepalsuan

Mengejar cinta permainan bayang-bayang

Cinta yang takkan kesampaian

Penuh penderitaan kesedihan dan gelora


Bangunkan cinta sejati dalam dirimu

Pada Tuhan yang menciptamu dengan kalimah cinta

Engkau akan hidup dengan cinta kebenaran

Bukan lagi bayang yang tak terpegang


Engkau akan merasai kenikmatan

Kerana hidupmu tiada lagi lelah mengejar bayang

Cinta yang sejati membawa cahaya

Menyinar cinta kebenaran

Menghancurkan bayang cinta kebatilan


Engkau akan menemui Dia dan Dia

Hanya Dia yang menyeru kepada kalimah cinta yang hakiki dan abadi

Engkau akan bahagia dan amat bahagia

Sehingga engkau tiada peduli lagi

Pada siapa di sekelilingmu dan apa yang berlaku

Hanya memandang Wajah-Nya dimana engkau memandang..


Bicara Sang Faqir, Sabtu, 1 Oktober 2011

~Walid~

Tuesday, October 4, 2011

Bisikan Cinta...


Ku bisikan Sir pada Cinta...
Ku nyatakannya dari alam Cinta Menyintai...
Ku bisikan ku bisikan lagi agar dia mengerti untuk mula menCintai-Nya..
Berdayunglah Cinta dalam menghina dirimu..


''Tuhanku.... zalimnya aku Ya Allah.. kerna aku banyak melakukan dosa, maka zalimnya aku ke atas diriku sendiri.. kerna zalimnya aku Ya Allah... hinalah aku Ya Allah..hinalah aku kerna berlaku zalim keatas diriku.. dan hinalah aku di sisi Mu Ilahy.. kerna hinanya aku Ya Allah... jahillah aku Ya Allah..kerna aku tidak mampu membeza.. lemahlah aku Ya Allah..aku lemah tiada mampu menjadi baik, tiada pula mampu menghalang diri dari berbuat dosa... Ya Ilahy..Faqirnya aku Ya Allah...!! Faqirnya aku!!...Faqirnya aku hanya pada Mu..!! pergantungan ku hanya pada Mu.. berharap ku hanya pada Mu dan.. aku berhajat pada Mu Ilahy.... Tiada mampu aku tanpa Mu.."

Ya Ilahy.. anta Maqsudi.. wa Redho ka madlubi..aghtini Mahabbataka..

"..tanamlah diri mu ke dalam Tanah Kerendahan diri.."


Saat kesunyian hatiku berlabuh sepi...
Diam..sepi..sunyi...
Ku mendengar bisikan di sudut hatiku...

"...tanamlah diri mu ke dalam Tanah Kerendahan diri..."

Sunyi penuh Rahsia..
ku diam kaku..
Ke sebut nama Mu...Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah..
Ku jeritkan ia dalam lubuk hatiku yang paling dalam..
paling jauh dari alam hati yang hitam..

Sunday, May 15, 2011

Majlis Mahabbatur Rasul ~Masjid At Taqwa Bertam Indah Pulau Pinang~

بســــم الله الرحمن الرحيم
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته

Dijemput semua Sahabat-sahabat ke Majlis Mahabbatur Rasul di Masjid At Taqwa Bertam Indah Pulau Pinang pada 21 Mei 2011 (Sabtu). Untuk makluman Masjid Bertam adalah antara masjid yang paling aktif di Pulau Pinang. InsyaAllah Habib Muhammad bin Muhammad Aqiel al Mahdaly, kumpulan Qasidah Syamsul Haq dan Kumpulan Ihya’ IPTB akan bersama.

Tetantif adalah seperti berikut :

-----------------------------------

7.20 mlm: Muhibbin Berkumpul

7.30 mlm: Solat Maghrib Berjemaah

7.50 mlm: Bacaan al Quran

8.00 mlm: Bacaan Qasidah-qasidah Cinta Rasul

8.30 mlm: Bacaan Mawlid Ad Dibaie

8.45 mlm: Tausiah oleh Habib Muhammad bin Muhammad Aqiel al Mahdaly

-----------------------------------


♥♥

~ Wahai Tuhanku..Wahai yang memiliki diriku..~

بســــم الله الرحمن الرحيم

الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته

Akulah pendosa yang sentiasa berlari..
Ke sana ke sini membawa dosa..
Dosa-dosa yang ku gendong bukan sebarangan..
Dosa-dosa yang berat dan menakutkan..
Andai dosa itu punya gambaran dan bau..
Pasti buta sekelian mata yang memandang..
Pasti terbakar nafsu yang menghidu..

Ya Tuhanku!!
Sekelian manusia merasakan kononnya aku sedang memburu Mu Ilahy..
Tidak kah mereka tertipu dengan pendengaran dan penglihatan mereka..
Sedang hakikatnya akulah yang sedang diburu oleh dosa-dosa ku..



يَاقَرِيْبًا يَامُجِيْبًا يَاعَلِيْمًا يَاسَمِيْعًا
قَدْ تَحَقَّقْتُ بِعَجْزِي وَخُضُوْعِي وَانْكِسَارِي
........