Wednesday, December 31, 2008

** N E W P O S T I N G **

~Air Mata Muslimat~


"Siapa yang mengerti tentang hati wanita seperti kami. Hanya Allah yang memahami. Manusia tak mampu mendalami kecintaan, ketaatan dan jiwa kami yang sentiasa merindu KasehNya. Adakah mereka tahu, kami menangis. Hati kami menangis kerana dosa dan noda manusia. Hati kami kecewa. Tolonglah..kami perlu bimbingan, bukan galakkan kemaksiatan. Mereka juga tahu bertapa sucinya hati kami. Hormatilah pendirian kami. Hati kami perlu di jaga kerana hati kami terlalu mudah lembut dengan pujukkan, rayuan dan harapan yang di berikan. Tolonglah...janganlah beri kami apa-apa harapan. Kami tidak butuhkannya. Kami cuma mahu Cintanya, bukan perhatian mereka. Perhatian mereka, hanya membuatkan kami leka, lalai dan akhirnya ada yang kecewa. Tolonglah...kami perlu bimbingan. Kami sedih dan kecewa dengan keadaan hati kami. Hati yang sudah hilang cahaya. Hati yang di ajak berbicara, sudah diam membisu tidak berkata. Fahamilah kami, kerana kami adalah pembantu sayap kiri mereka. Jangan buat kami begini, kami lemah dan hilang harapan jika mereka terus menyiksa jiwa kami. Bantulah kami untuk menjaga hati kami, kerana sesungguhnya, kami sebenarnya ingin menjaga hati mereka dari terleka & terlalai terhadap kami."
Ensha Allah, entry ini akan aku siarkan jika di izinkan Allah s.w.t. Moga2 kita menjadi seorang ensan yang sangat menjagai hati, kerana disitulah tempat tumpuan Kekasih hati, Allah s.w.t.
:akuhamba86:
Tunggu... =)

Tasbih Cinta




Duhai hati yang sendiri

Engkau bernama 'sepi'
Jauh terhindar tercemar
duniawi

Dalam jiwa mu tega terluka

Meredah kemuncup perjuangan yang penuh duga

Saling menzahir cinta demi cinta

Engkau cukup terluka, terluka seribu rasa

Adakah mereka mengerti duhai hati?

Adakah mereka memahami?

Sungguh zalimnya dirimu

Menghunus pedang ke jantungmu sendiri

Teganya engkau membenamkan ia di lubuk hatimu

Membiarkan hatimu luka dan parah

Aku tahu, perit engkau mengusir semak dilubuk hatimu

Mengharap segengam harapan demi harapan

Demi sebuah cita dan Cinta..


Nukilan rasa : akuhamba86


Thursday, December 25, 2008

Tabir Cintaku


Aku mahu sentiasa mencintai, meratapi , menangisi
Sebuah kehidupan yang pasti ada kesudahan
Hatiku yang sentiasa di lewati duka dan nestapa, rindu dan bahagia
Meragut segenap jiwaku untuk menantiNya
Kadar sebuah duka yang tidak tertanggung
Dibayar tunai oleh kasih yang menggunung
Kudus kasih ini pasti di metrai perpisahan yang hakiki
Namun, kukuh cinta ini bertemu Kasih pasti
Aku tidak akan tega lagi melatah
Meraung sakitnya melukakan segenap jiwa
Aku akan terus meredah laut duka dan bahagia ini demi cintaNya
Walau badai lautan menghentam aku karam
aku lemas..
Namun teguh hati ini tak meranapkan kecewa kesakitan
Aku tetap menanti dan menadah cintaNya
Walau setitik jiwaku hitam kelam
Jurai air mata ini tak dapat aku tahan
Umpama hujan
Meratap pilu dosa yang aku lakukan..
Ya Robb...ampunkanlah dan maafkanlah diri hambamu yang penuh dosa ini..
:: aku hamba86 ::


Sunday, November 23, 2008

Taubat Seorang Hamba

Hati hitam mengenangkan..
Dosa-dosa yang ku lakukan..
Oh Tuhan Maha Kuasa..
Terima taubat hamba berdosa..
Ku akui kelemahan diri..
Ku insafi kekurangan ini..
Ku kesali kejahilan ini..
Terimalah..terimalah..terimalah taubat ku ini..
Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan menuju redha Mu ya Tuhan..
Ku akui kelemahan diri..
Ku insafi kekurangan ini..
Ku kesali kejahilan ini..
Terimalah...terimalah..terimalah..taubatku ini...
Dihamparan ini ku meminta...
Moga taubat ku di terima...
Penyanyi : Hafiz Hamidun
"Ya Allah, ampunilah segala dosaku ini...
Ya Allah...ampunilah aku...ampunilah aku...
ameen ya Robb..

Sunday, June 22, 2008

** KEMBARA INI **


Kembara ini,
Masih belum selesai..
Kemana lagi jasad ini akan mengatur langkah..
kemana..?
Adakah masih ada jalan..?

Kembara ini,
Membawa harapan..
Jalan ceritanya penuh suka dan duka..
Tawa dan nangis..
Adakah masih ada jalan..?

Kembara ini,
Pasti berakhir jua suatu hari nanti..
Berakhir tanpa nota terakhir..
Pada tika itu..
Mengertilah diri..
Pasti ada jalan..
Jalan menuju sebuah pengakhir pengembaraan..
Menuju Cinta paling hakiki..
Bertemu Tuhan Cinta Teragung paling abadi...


Ainul Hafizah-08

Sunday, June 15, 2008

RAHMAT UJIAN


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Catatan :
  1. Selamat Hari Bapa buat semua Bapa2 di Malaysia dan di seluruh dunia.
  2. Betul. Sememannya Ujian itu Rahmat buat kita. Bersyukurlah walaupun ujian itu perit.
  3. Ok. Selamat Menghadapi Ujian!

Tuesday, May 27, 2008

Respond Posting "ANUGERAH SUKARIN"


Assalamualaikum sahabat2 sekelian (hehe...), kabo??. Erm...aku sebenarnya nak kongsi sikit tentang posting aku semalam. Tadi masa dekat libry aku buka tafsir yang memang menjadi rujukan kegemaran aku (bukan nak menunjuk, tapi nak berkongasi na..), Tafsir Fi Zilalil Qur'an, Jilid 13. Sebelum ni aku ada terbaca sepotong ayat dari surah [al-Ahzab : 36]. Aku memang tertarik hati dengan ayat ni. So, that's why eden berkobar-kobar nak g ko libry hari ni. Akhirnya apa yang aku temui amat bermakna sekali. Ini adalah intipati yang aku dapat dari tafsir tersebut :


Firman Allah :
"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan-apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara-membuat pilihan sendiri mengenai urusan mereka, dan barangsiapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat nyata "
[al-Ahzab : 36]

Untuk mengetahui Nuzul ayat ini, bloeh rujuk tafsir tersebut. Cuma apa yang nak di kongsikan disini adalah ulasan dalam tafsir itu berkenaan :

Dasar Penyerahan Diri Kepada Keputusan Allah (Lihat ulasan di bawah) :

"Inilah satu asas dari asas-asas 'aqidah Islam yang telah tertanam di dalam hati angkatan kaum muslimin yang pertama. Ia tertanam dengan amat kukuh. Ia di yakinkan oleh jiwa mereka dan ia mempengaruhi perasaan-perasaan mereka. Intisari dari asas ini ialah mereka tidak mempunyai apa-apa kuasa pun di atas diri mereka dan urusan mereka, malah mereka dan segala apa yang ada di dalam milik mereka adalah di bawah kekuasaan Allah. Allah memilih dan mengendalikan mereka mengikut kehendak iradat-Nya. Mereka tidak lebih dari merupakan sebahagian dari alam buana yang berjalan mengikut undang-undang yang umum, sedangkan Allah Pencipta dan Pentadbir alam buana inilah yang menggerakkan mereka bersama-sama pergerakkan alam buana yang besar. Dialah yang membahagikan peranan-peranan kepada mereka masing-masing di dalam cerita alam buana yang besar ini. Mereka tidak mempunyai kuasa memilih peranan yang di lakunkan mereka kerana mereka tidak mengetahui cerita itu dengan sepenuhnya. Mereka juga tidak mempunyai kuasa untuk memilih gerak langkah yang disukai mereka kerana apa yang di sukai mereka mungkin tidak sesuai dengan peranan yang di tentukan untuk mereka, kerana mereka bukannya pengarang cerita itu dan bukan pula tuan punya panggung itu. Mereka hanya para pengambil upah yang mendapat upah dari kerja-kerja mereka. Merak tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam hasil natijah mereka itu"


Catatan :

Untuk mendapat penjelasan yang lebih lanjut dan menarik lagi, anda di alu-alukan
cari tafsir ni dan lihat sendiri kandungannya. Aku jamin, garenti tersenyum nyelah bila baca tafsir ni. Bukan surah and ayat ni jer, tapi surah yang lain gak.

wallahu'alam

Selamat Mencuba!!


Rujukan :

  1. Asy-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah, Tafsir Fi Zilalil Qur'an, Di awah Bayangan al-Qur'an, Jilid 13, Terjemahan oleh Yusoff Zaky Haji Yacob.

Monday, May 26, 2008

PENCALONAN ANUGERAH SUKARIN

Gambar sekadar Hiasan

Osme (Pelakon kurang terkenal) :
Inilah saat yang di nantikan. Tak gitu cik Gayah.

Cik Gayah (Penyanyi paling pelupo) : Ya betul!!

Osme : Dimumkan, pelakon wanita terbaik anugerah Sukarin tahun 2010 jatuh kepada ...(Gedegam gedegum )......Cik.... Nyonya..” Dijemput keatas pentas.

Berdentam dentum tepukan gemuruh dari penonton. Hampir meletup mikrofon dan speaker..hehe.....

...............................................................................................

Begitulah kehidupan umpama lakonan. Wah..wah...hehe...first of all, aku nak menyusun jari2 ni nak minta maaf sebab lama tak update blogs ni. Sibuk dengan tesis. Nak buat macam mana. Perjuangan belum selesai. InsyaAllah, hari ni, aku nak berkongsi sesuatu dengan kalian sahabat2 yang di kasihi sekalian (Wah, cam nak bagi syarahan agama pulak dah..=) )

Jom kita buka minda (buka selua-luasnya), kita lihat, artis pada hari ini, tidak kira pelakon, penyanyi, pelawak, penulis, penerbit dan pepe yang lain, hidup mereka penuh cabaran, ujian dan dugaan. Gosip silih berganti, fitnah datang dan pergi. Bukan mudah menjadi artis. Kadang-kadang di uji dengan kemewahan. Kadang-kadang diuji juga dengan kemiskinan dan kesusahan. Dan kadang-kadang juga diuji dengan keindahan dan kecantikan. Sebenarnya banyak ujian untuk seorang yang bergelar artis. Contohnya seorang pelakon. Jika kita lihat, seorang pelakon itu merupakan seorang yang tabah. Melakonkan wataknya mengikut skrip yang telah disediakan. Walaupun kadang-kadang, kondisinya ketika dilokasi tidak baik, mungkin dia sedang bersedih, namun, apabila skrip dan director menuntut dan mengkehendaki dia gembira maka senyuman perlu diukir. Untuk apa? Untuk menghidupkan lakonan itu. Begitulah juga sebaliknya. Kerjaya seorang pelakon menuntut artis untuk bersabar. Sekiranya dia penyanyi, dia perlu menghiburkan orang. Walaupun, dia dalam keadaan sedih, namun, tanggungjawabnya kepada penonton perlu di laksanankan. Mendedangkan lagu yang telah digarap indah lirik dan diikat bersama melodi. Wah! indah sekali. Sekiranya, penyanyi mendendangkan lagu dengan penuh penghayatan, sudah tentu penonton akan berpuas hati dan tersenyum.

Begitulah kehidupan seorang artis, perlu mengembirakan orang lain walaupun dirinya sendiri terluka.

Sekiranya kita merenung jauh ke dalam diri kita sejenak, hidup kita adalah lakonan semata. Kitalah pelakon-pelakon yang memainkan watak yang berbeza. Jika lakonan yang di tayangkan di TV, kitalah penontonnya. Ramaikan. Tetapi, dalam kehidupan dunia dan akhirat, hanya ada satu sahaja yang menjadi penonton dan pengadil serta penghukum iaitu Allah yang Esa. Hidup sebagai ’artis’ bukan senang. Sebagai pendakwah, hidup kita memang payah. Bukan mudah. Penuh mehnah. Lakonan kita (pendakwah) mantap jika berdialogkan al-Quran dan as-Sunnah. Namun, lakonan kita kurang atau tidak menjadi lansung jika kita berdialogkan duniawi semata. Kadang-kadang lakonan kita (pendakwah) tidak dapat diterima oleh pelakon-pelakon yang lain. Ada yang dengki, cemburu dan buruk sangka. Oleh itu, banyaklah gosip dan fitnah untuk ’pelakon’ seperti kita. Namun, ada ’pelakon’ yang sealiran dengan kita (pendakwah), menyokong tindakan kita, menjadi sahabat dan teman.

Adakalanya, kita (pendakwah) di rundung masalah, namun bila berhadapan dengan mad’u, kita perlu menunjukkan wajah yang ceria dan gembira. Untuk apa? Untuk menghidupkan watak yang dilakonkan. Watak apa? Watak sebagai seorang da’ie. Andai kata kita menunjukkan kesedihan di hadapan mad’u, sudah pasti dan confirm, mad’u itu tidak yakin untuk mendengar kata-kata kita, kerana kita sendiri tidak mampu mengendalikan masalah. Bahkan, mad’u itu akan bersimpati dengan kita (Bukan nak hipokrit, tapi, as pendakwah, kita kena pandai and bijak mengendalikan masalah sebab kita adalah orang yang di Tarbiyyah)

Kerana itulah....sebutkanlah dan hayatilah dialog yang telah diberikan oleh Allah iaitu al-Quran dan telusurilah as-Sunnah dengan sepenuh hati agar Allah berpuas hati dengan lakonan kita yang ikhlas. Apabila Allah berpuas hati dengan kita, maka seudah tentu Allah akan memilih kita sebagai orang yang dicintainya. Seperti artis terkenal. Bila dia disayangi oleh peminat, atau penonton, maka sudah pasti mereka akan memilih beliau untuk memengangi apa-apa pingat yang di pertandingkan.


Catatan :
  1. Pendakwah perlu tabah.
  2. Mehnah dan tribulasi adalah sunah berjuang.
  3. Bak kata guru aku "kalu nak cinta Allah, mesti ikut sunnah Rasulullah s.a.w"
...Wallahu'alam...
=)

Wednesday, May 21, 2008

:: H A K I K A T B A H A G I A ::


Sahabat,
Aku menyayangi mu,
Semoga ukhuwah kita kekal selamanya,
Biar dugaan datang melanda,
Ku akan cuba mempertahankannya,
Kerana persahabtan kita,
Terpatri atas tunjang Aqidah yang sahih..
..............................................................................
~ i k h l a s T a p i J a u h ~
Hamba