Tuesday, April 18, 2023

Diam



Diri merasa bingung dan kosong..
Hanya berjalan mengikut kehendakNya..
Tanpa mahu bertanya apa apa..
Asalkan Dia terus ada menuntun jalan ini..
Sehingga ke destinasi..

-
28 Ramadhan 1444H

Monday, April 17, 2023

27 Ramadan 1444H



Diheningnya petang ini..
Hujan turun lembut..
Tiada paksaan..
Tiada kekerasaan..
Hujan turun penuh cinta..
Halus membasahi bumi..

Dihening petang ini..
Kabus datang bersama angin sejuk..
Dari gunung yang tinggi..
Turun melimpahi sekelian umat..
Yang dirindui..
Seperti memahami petanda malam 
istimewa bakal menjelma..

Dihening petang ini..
27 Ramadan bakal dimasuki..
Malam munajat para Pencinta..
Malam yang sunyi..
Malam bertemu hati hati yang merindu..
Malam air mata..
Malam dimana kelunya lidah..
Malam dimana diamnya suara..
Malam dimana hanya qalbu yang fasih..
Qalbu yang mencintai..
Ruhani yang merasa..
Wujudnya Dia yang mencinta..

Bukanlah malam yang dikejar..
Tapi makrifat pada Allah yang diidamkan..
Kosongnya hati dari mengingat yang lain..
Hanya Allah bertahta..
Beraja di jiwa..

Bersimpuhlah meski sebentar..
Inilah malam pembuka..
Yang membuka pintu hati, jiwa, 
ruhani dan nurani..
Agar kembali merasa..
Memandang akan wujudnya Dia..

-
Maghrib, 27 Ramadan 1444H

Ratib Pilu



Ya Allah..
Dikala langkah ku kian lemah..
Sambutlah diriku ya Allah..
Aku hanyalah hambamu..
Yang faqir..
Yang kosong..
Yang bodoh..
Yang bingung..
Tanpa apa² kekuatan..

Dari dulu..
Hanyalah diriMu..
Engkaulah Tuhanku..
Engkaulah Tuanku..

-
26 Ramadan 1444H

Wednesday, April 5, 2017

Abstraknya Cinta Mu Ilahy..



Hari ini aku masih disini..
Aku tidak menghiung hari..
Tidak pula aku menghitung nasibku..
Aku disini tetap disini..
Bersama Dia yang menentukan taqdirku..
Aku tidak memilih apa apa..
Dan tidak berupaya memilih apa apa..
Aku hanya berdiri sebagai seorang yang lemah..
BerTuan..
Ingin sentiasa bahagia atas apa jua..
Hatiku ini, 
biarlah begini..

Tuesday, April 4, 2017

Ya Allah, Biuslah Hatiku..



Orang sentiasa bertanya aku, bagaimana iu 'Sabar'?
'Sabar', satu kalimah yang mudah disebut, tetapi apa yang perlu ada didalamnya agar terealisasi pada diri kita? lebih mudah, bagaimana untuk merasakan 'sabar' ketika berlaku hal-hal yang tidak diingini?

Ya, bukan mudah menjalani sesuatu hal yang kita tidak ingini. Tetapi, apabila ianya berlaku jua, kita perlu melaluinya, meskipun hal tersebut sukar. Maka, 'Sabar' adalah ubat yang paling mujarab pada ketika itu.

Persoalan ini amat sukar untuk dijawab. 'Kosongkan hatimu!' itu sahaja jawapannya. 'Kosong!'. Lalu, tempuh. Biarkan Allah membius hati kita. Agar kita tidak merasakan sakitnya sesuatu hal yang perit. Ya, Allah akan membius hatimu teman. Dia yang akan mengisikan kekosongan tadi, bukan engkau yang mengisiskannya. Serahkan zahir batin mu padaNya. Agar Dia menguruskannya. Bukan engkau pentadbir dirimu. Bukan engkau penentu sakit bahagia dirimu. Engkau sebenarnya Kosong. Engkau Kosong tidak memilik apa apa. Lalu bagaimana, engkau mahu memenuhi kehilangan hatimu itu? Berikan kepada Yang Maha Memiliki, Maha Mencintai. 

Setelah engkau kosongkan hatimu, masih adakah rasa 'perit' rasa 'sakit' tadi? Hati yang kosong tidak memiliki rasa. Dia hanya bergerak menuju mengikut gerak hati. Hati yang kosong tidak memiliki benci. Hatinya neutral, lalu Allah lah mengisikan hatinya dengan Cinta (Hubb). dan Cinta ini lah yang sangat diperlukan manusia untuk menjalani kehidupannya. Dengan Cinta, maka dia dapat menjalani kehidupan ini sabar(rela). Mengapa? 

Kerana..

"CINTA itu telah Allah bius ke HATI mu, agar engkau lali dari merasakan pedihnya sebuah kelukaan.."

By, Teduhan Azzahra

Monday, February 20, 2017

Gembira dalam Lamunan


Pagi ini..
Indah sekali..
Burung berkicauan..
Menyanyi Nyanyi lagu keindahan..
merdu..
Bahasanya burung tak dapat difahami insan..
Cit cit cit..
Halus..
Ianya bukan sekadar bunyi..
Tetapi sebuah bicara Sang Burung kepada Pemiliknya..
"Ya Allah..Ya Allah...Ohh Allah.."
Mungkin begitu..

Aku hanya hamba yang mendengar bicaranya burung..
Setiap pagi setia menyanyikan lagu Cinta buatNya..
Adakah aku jua seperti itu..?
Setia mendampingiNya setiap ketika?
Atau aku hanya mencariNya ketika duka?
atau kecewa?
Bertanya pada diri..
Apakah erti Kesetiaan sejati..
Apakah erti Keluhuran diri..
Apakah erti Keikhlasan jiwa..

Hanya berdiri di pintuNya tika kelemasan..
Memang begitulah sifat seorang hamba..
Tika ketiadaan apa apa, Allah la SegalaNya..
Tika ketiadaan apa apa, Allah la JalanNya..

Jangan begitu duhai diri..
Tetaplah berada di PintuNya tika apa sahaja yang bakal melandamu..
Nescaya engkau tidak akan merasa sedih..
tidak merasa takut..
tidak merasa hampa..
tidak merasa kecewa..
kerana bersamaNya ada Kegembiraan..
Berdekatan denganNya ada Keselamatan..
Berdampingan denganNya ada Kerinduan..
dan..
Bersua denganNya adalah kenikmatan yang Abadi..
Allah...

By Teduhan

Monday, September 21, 2015

Ku melangkah



Dalam jejak ku yang hening..
ku melangkah keseorangan..
memandang kehadapan..
aku dalam perjalanan..

Persinggahan ku sementara..
hadirnya mereka sementara..
datangnya mereka sementara..
mengisi setiap tawa dan duka..
menghiasi warna warna Cinta..

Kini aku berhenti seketika..
melihat sekeliling ku..
penuh cerita, senda, gurau, tawa..
cuba ku fahami setiap seni kejadian..
cuba ku selami setiap watak kewujudan..

Ku ingin melangkah..
dan tiada halangan..
tiada kebimbangan..
Namun..
setiapnya membawaku dalam pengharapan..
ku yakin setiap kejadian..
ada pelajaran..

Ya Ilahy..
Kekasih Hati..
Aku dalam gundah..
Engkau terdahulu mengetahui air mata ini..
mengalirnya terlebih dahulu sebelum bicara..

Friday, July 17, 2015

Pergi tanpa Noktah


Siapa tahu..
Kini..
Langkahku sudah hampir pada hujungnya..
Terasa hiba dijiwa..
Ku perlu menjauh..
Meninggalkan segala gelak ketawa..
Meninggalkan segala hiba nestapa..
Jauh ku kan berjalan..
Menuju perhentian..

Siapa tahu..
Aku yang lepas penuh senyuman..
Kini..
Dihadapan..
Hidup tiada titik jawapan..
Aku tiada mahu menyakiti sesiapa..
Tiada mahu melukakan sesiapa..
Tiada mahu apa apa jua dibebankan ke atas bahu..
Biarlah hanya kaki dan bahu ini memikulnya..
Demi Cinta..

Siapa tahu..
Adakah ucapan Selamat Jalan akan ku ungkapkan..
Buat mereka yang ku kasih..
Buat mereka yang mencintai..
Terpaksa ku ucapkan..
Agar mereka memahami..
Betapa peliknya hidupku ini..
Aku datang dan pergi..
Mereka tiada mampu akan mengerti..
Kebahagiaan apakah yang aku nikmati ini..

Duhai yang melihat..
Lihatlah senyuman diwaktu Senja..
Ianya indah mempersona..
Namun begitu..
Senyumannya akan berlalu..
Meninggalkan kita...
Dan datanglah malam menggantikan..
Esok...
Belum tentu lagi..
Senja kembali...
Begitulah diriku..

Thursday, June 25, 2015

Melangkah lah Duhai Diri..


Melangkah lah duhai diri..
Biar apa jua yang melanda dirimu..
Biar hujan, panas, petir dan guruh..
Itulah perjalanan mu..
Yang telah di suratkan..
Oleh Kekasih mu..

Melangkah lah duhai diri..
Dalam ranjau yang berduri ini..
Jangan pernah mengalah kerna kelemahan diri..
Dia lah yang Maha Memberi..
Pintalah agar diberikan Kekuatan..
Tiada pun kekuatan yang lahir dalam dirimu..
Jika bukan Dia yang memberi..
Engkau sendiri pun tidak mampu melangkah..

Melangkah lah duhai diri..
Dalam Kabut yang kabur ini..
Mata penglihatan mu meskipun tiada dapat melihat..
Namun mata Ruhani mu berfungsi
Untuk terus memandang dari Nya..
Dia lah yang sentiasa bersama mu..
Dalam sukar dan suka..

Melangkah lah duhai diri...
Walau longlai kaki mu..
Walau lemah jiwa mu..
Walau pilu hati mu..
Walau sakit batin mu..
Walau luka zahir mu..
Melangkah lah..
Engkau tidak akan memahami selagi engkau kaku tanpa melangkah..
Melangkahlah..
Sedangkan Bumi juga melangkah mengelilingi matahari..
Disana Sang Bumi..
menemui siang dan malam..

Melangkah lah duhai diri..

:Teratak Zahro 

Sunday, February 8, 2015

Dia


Keheningan Pagi memberikan kekuatan pada diri..
Terasa kesejukan memenuhi ruang hati..
Pada Kabus ku sampaikan rindu rindu yang bertamu..
Pada Siang ku sampaikan Cinta yang menyinar..
Dia lah yang sentiasa dalam legar siang dan malamku..
Dia lah yang yang sentiasa dalam nafasku..
Tanpa Dia, aku hanyalah sia sia..
Dengan Dia, aku adalah TajalliNya
Bersama Dia, aku bermakna..
Untuk Dia, segalanya..


Tulisan: Teduhan, Cyprus